Kongsinya di Instagram, bukannya dia enggan menegakkan haknya, sebaliknya dia memahami pihak terbabit mungkin bertindak demikian bagi meneruskan kelangsungan hidup.
"Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan tak nak fight, tapi mungkin depa pun tengah susah nak cari sumber pendapatan," tulisnya yang reda dengan apa yang berlaku.
Kredit foto: IG Jovian
Dalam masa sama, Jovian turut berkongsi pelitup muka palsu yang berada di pasaran dengan harga jauh lebih murah.
Walaupun tidak mengambil sebarang tindakan, Jovian menasihati pengguna supaya tidak menggunakan produk palsu itu kerana tidak mematuhi tahap kualiti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -
CARI