CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 0

[SABAH] Sehingga 8 malam saja yer .. tu pun hanya yang terpilih.

[Copy link]
Post time 17-10-2020 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Tempoh operasi beberapa perniagaan terpilih dilanjutkan sehingga 8 malam

KOTA KINABALU: Kerajaan telah membenarkan tempoh masa perniagaan terpilih dilanjutkan sehingga 8 malam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada 14 Oktober lalu tempoh masa beroperasi ditetapkan adalah bermula dari 6 pagi sehingga 6 petang.

"Bagaimanapun, bermula pada 17 Oktober ini, tempoh operasi dibenarkan sehingga 8 malam dengan lanjutan dua jam. Tempoh masa operasi baharu adalah dari 6 pagi sehingga 8 malam.

"Tempoh masa itu hanya digunapakai oleh premis seperti restoran, farmasi, kedai serbaneka dan stesen minyak," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pelanjutan tempoh masa operasi ini tidak termasuk untuk mini market, kedai runcit, supermarket dan hypermarket

Sementara itu, Masidi menjelaskan pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar sedang berjalan lancar.

"Sehingga hari ini (16 Oktober) , 35,672 bakul makanan telah diagihkan. Semua penduduk negeri Sabah adalah diperingatkan untuk sentiasa peka  dengan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa.

"Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian COVID-19," katanya.

Yap Siong Han

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.093485 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list