CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1761|Reply: 4

[SARAWAK] Masjid baharu dengan kos pembinaan RM10 juta untuk masyarakat Islam di

[Copy link]
Post time 17-10-2020 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Abang Johari mendedahkan bahawa pembinaan masjid berkenaan adalah atas permintaan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Datuk Liwan Lagang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga.

"Liwan mintak (minta) masjid dengan saya lepasnya berondeng (berunding) dengan (Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Datuk) Awang Bujang (Awang Antek), nya (beliau) madah (kata) dengan saya selepas kita bangunkan gereja kita akan bangunkan masjid.

"Sini nak carik (cari) orang bukan Islam mintak polah (bina) masjid, hanya di negeri kita jak (sahaja), dan orang Islam pulak minta gereja.

"Ini hidup kita di negeri Sarawak. Sebab ya (itulah), kita punya adat dan susunan masyarakat yang begitu baik sekali," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Waterfront Belaga, pada hari yang sama.

Pembinaan masjid dengan kos RM10 juta itu akan mengambil masa dua tahun iaitu dari 18 Oktober 2020 dan dijangka siap menjelang 18 Oktober 2022.

Masjid baharu berkenaan akan dibina di atas lot 1487, Blok 2 dengan keluasan tanah kira-kira 2.6 ekar.

Terdahulu, Liwan dalam ucapannya berkata bahawa masjid berkenaan akan menjadi lambang perpaduan dan kerjasama yang erat bagi seluruh masyarakat di Belaga.

Katanya, kerajaan negeri bersikap adil dan saksama dalam membahagikan peruntukan kepada semua kaum dan agama di negeri ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri telah memberi sebanyak RM10 juta untuk pembinaan gereja di Apau Koyan, begitu juga RM10 juta untuk pembinaan masjid  di sini.

"Melalui UNIFOR untuk DUN Belaga sahaja setakat ini sebanyak RM2.9 juta telah diagihkan, ini belum termasuk Murum, juga belum termasuk peruntukan dari RTP dan MRP.

"Inilah pemimpin yang orang kata mengotakan kata-katanya," katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Abu Bakar Marzuki, Residen Bahagian Kapit, Nyurak Keti dan Pegawai Daerah Belaga, Juan Ubit.

Credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2020 05:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2020 05:08 PM | Show all posts
15.10.2020, Tinjauan di Tapak Baharu Masjid Daerah Belaga
Pada sebelah petang, YB Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) merangkap ADUN N65 Belaga melawat & meninjau kerja-kerja di Tapak Baharu Masjid Daerah Belaga yg terletak di Simpang Long Amo, Belaga.

Turut mengiringi YB Datuk ialah Datuk Awg. Bujang Bin Awg. Antek, En. Juan Ubit, Pegawai Daerah Belaga & beberapa KMKK.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2020 11:30 AM | Show all posts
Buletin -Belaga.
Masjid Daerah Belaga Dijangka Siap Dalam Tempoh Dua Tahun

BELAGA: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah merasmikan pecah tanah Masjid Daerah Belaga hari ini.

Pembinaan masjid baru itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan akan dilaksanakan oleh Kontraktor Sarabrand Holdings Sdn Bhd.

Reka bentuk masjid baharu trersebut sangat unik menggabungkan seni dan motif Orang Ulu dan Melayu Brunei manakala kubahnya bewarna hijau mengambil konsep Masjid Nabawi di Madinah.

Dibina di atas tanah berkeluasan 2.6 ekar, masjid tersebut mampu menampung 625 jemaah dalam satu-satu masa.

Hadir sama Menteri Muda Utiliti Elektrik Luar Bandar Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam Dan Dewan Bandaraya Kuching Utara Dan Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi) Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, ADUN Murum Keneddy Chuk Pai dan kenamaan lain.


EDISI UKAS
#belagasarawak
#kapitsarawak
Kredit UKAS.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2020 11:31 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065791 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list