CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1046|Reply: 1

[SARAWAK] 17102020 Meningkat 4 kes baru Covid 19

[Copy link]
Post time 17-10-2020 06:15 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 4 KES POSITIF YANG BAHARU DIREKODKAN DI SARAWAK (17/10/2020)

Hari ini 17 Oktober 2020, empat (4) kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak. Kesemua kes ini dikesan di Daerah Kuching. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 763 kes.

A.Kes Baharu COVID-19 (4 Kes Jangkitan Tempatan)

Hari ini terdapat empat (4) kes baharu COVID-19 dikesan di Daerah Kuching.

Kesemua kes ini adalah kontak rapat kepada kes positif COVID19 yang dikesan melalui saringan kali kedua iaitu pada hari Ke-10 semasa kontak-kontak ini di dalam arahan kuarantin 14 hari.

Indeks kes kepada kes-kes ini adalah kes Ke-719 iaitu seorang warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 (Sabah) sebelum disaring dan didapati positif COVID-19 pada 6 Oktober 2020.

Ringkasan kes-kes baharu ini adalah seperti berikut:

i) Kes Ke-760 : Seorang lelaki warganegara tempatan yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

ii)Kes Ke-761 : Seorang kanak-kanak lelaki warganegara tempatan yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

iii)Kes Ke-762 : Seorang wanita warganegara tempatan yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

iv)Kes Ke-763 : Seorang kanak-kanak lelaki warganegara tempatan yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.


Masa pendedahan kes-kes ini adalah diantara 2 hingga 6 Oktober 2020 semasa Kes Ke-719 menjalani kuarantin di rumah. Saringan ujian rT-PCR pertama telah dijalankan pada 6 Oktober dan keempat-empat kes ini telah didapati negatif COVID-19 pada 8 Oktober 2020.

Mereka ini telah dimasukkan ke pusat kuarantin untuk menjalani baki arahan kuarantin 14 hari selepas terdapat tiga (3) kes baharu dikesan pada saringan pertama pada 8 Oktober 2020. Kes-kes ini telah disaring kali kedua pada 16 Oktober 2020 dan keputusan ujian rT-PCR mereka didapati positif pada hari ini.

Kesemua kes ini tidak menunjukkan tanda dan gejala jangkitan COVID-19 dan mereka telah pun dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2020 06:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.421197 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list