CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 5

[Tempatan] Samsung Galaxy S20 baru dilancar awal tahun ni. Januari tahun depan keluar pulak

[Copy link]
Post time 18-10-2020 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Galaxy S21 mungkin diperkenalkan Januari depan
    myMetroit>metro
Muhammad Saufi Hassan

Samsung dijangka akan memperkenalkan peranti kelas perdana mereka daripada siri Galaxy S, Januari depan.

Berdasarkan kepada garis masa pelancaran peranti itu untuk tahun sebelumnya, pengenalan peranti Galaxy S21 itu agak cepat berbanding kelaziman takwim syarikat berkenaan sekitar Mac.

Galaxy S21 kebiasaannya diperkenalkan awal tahun manakala untuk siri Galaxy Note pada penghujung tahun dan itu sudah menjadi takwim tahunan untuk syarikat berkenaan.

Buat masa ini, peranti Samsung Galaxy S21 akan memperkenalkan prestasi kamera lebih baik sesuai dengan kategori peranti itu yang lebih memberi fokus kepada kuasa kamera dan bukan untuk produktiviti seperti Galaxy Note.

Peranti baharu Samsung itu dijangka masih mengekalkan nama S21 atau mungkin S30 berdasarkan kepada gandaan 10 seperti peranti lalu.

Jika ia benar, Samsung mungkin mempercepatkan pengenalan peranti itu untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam perkongsian pasaran telefon pintar yang ketika ini dilihat didominasi oleh Huawei.

Wujud juga khabar angin yang menyatakan bahawa mungkin Samsung akan memperkenalkan peranti itu Disember depan dan mula dijual di pasaran seawal Januari.

Setakat ini, tiada spesifikasi yang tertiris namun besar kemungkinan syarikat itu akan menggunakan pemproses Exynos generasi baharu atau cip keluaran Qualcomm Snapdragon.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 8:35 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2020 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
perghhh..yg latest skrg pun aku rasa dah powerfull dah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:29 AM | Show all posts
aku still dgn s8

janji bleh wasap & call

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:33 AM | Show all posts
Aku anti dgn samsung sejak terkena karan masa caj hp..

Baru pegang hp terkena electric shock. bzzzzttt..

Tangan kering pun boleh terkena.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:34 AM | Show all posts
kalau hp dia blh jadi mask, i nak beli next year.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap tahun kluar versi baru... byk sgt bezanya ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062210 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list