CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6082|Reply: 41

'Dulu hari-hari orang kecam, sekarang tidak lagi' - Azwan Ali

  [Copy link]
Post time 20-10-2020 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Selebriti dan pengacara kontroversi, Azwan Ali lega apabila kecaman terhadapnya sekarang semakin berkurangan berbanding dulu.
Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, 54, berkata, situasi ini berlaku selepas dia membayar denda berjumlah RM17,000 ketika minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu akibat menyelar dan mengutuk sebuah hospital.
"Gara-gara seorang artis, saya diperintahkan mahkamah supaya membayar denda. Jika tidak saya akan dipenjara. Sejak itu peratus kecaman semakin berkurangan," katanya.

Menurutnya, dia juga menjalani kehidupan yang tenang kerana apabila bangun pagi, tiada lagi makian daripada warganet.
"Dulu sebaik bangun pagi, saya lihat 50 orang maki hamun di laman sosial. Takkan saya nak diam dan makilah semula. Namun, sekarang sudah berkurangan dengan kuasa Allah. Sekarang nak ada tiga orang yang maki pun susah. Sebelum ini ada yang kata saya tak ada 'job', padan muka! Mereka boleh hina saya macam-macam, tapi dengan kuasa Allah lihatlah sekarang rezeki saya," katanya yang kini aktif menjalankan perniagaan Minyak Angin Diva AA.
Azwan juga mengakui amat berhati-hati apabila menyentuh berkenaan kecamannya terhadap seseorang individu terutama membabitkan rupa fizikal.
"Saya tak pernah nak sentuh soal 'body shaming' kecuali individu itu kerana dia yang pijak saya dulu. Tapi melihatkan perkembangan terbaru, 'body shaming' adalah satu jenayah membuatkan saya jadi semakin berhati-hati. Satu iktibar kepada kita semua. Pada saya, kes itu tanda Allah nak tunjukkan kepada kita semua supaya berhati-hati," katanya yang menganggap isu ini sudah basi dan cerita lama yang dimainkan oleh sekelompok 'haters'.
Mengambil kira situasi sekeliling serta statusnya yang kini terbabit secara langsung dalam perniagaan, Azwan kini menukar panggilan Melayu Mulia Syurga kepada pengikutnya.
"Ya, saya lebih suka bercakap mengenai perniagaan. Terdapat jutaan Melayu Mulia Syurga yang sokong perniagaan saya. Kalau tengok Instagram saya pun sudah tiada isu politik sebab saya memang jaga Instagram untuk produk saya saja. Namun, itu tidak akan menjejaskan reputasi saya untuk kekal sebagai Diva AA untuk sembur sesiapa saja bagi membetulkan keadaan," katanya.
Azwan berkata, minyak angin menjadi pilihannya kerana ia adalah aktiviti Allahyarham bapanya, Ali Omar. "Arwah memang biasa membuat minyak angin kerana dia mengurut orang kemalangan. Bagi saya, perniagaan ini adalah sebagai usaha saya untuk mendekati peminat termasuk di Singapura dan Brunei. Inilah hadiah untuk peminat. Walaupun tak boleh beri secara percuma kepada mereka, sekurang-kurangnya saya dapat berswafoto dengan mereka sebagai tanda terima kasih," katanya.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ka takdak.body shaming
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak percaya la ayat ni datang dari mulut azwana alia sendiri.. betul2 reputs olah ayat dia bagi nampak sopan..

Memang body shaming satu jenayah ke?? Kalau gemuk bunjut sebab salah sendiri kuat makan tido malas bergerak, lepas tu kita body shaming badan bunjut dia, tu satu kesalahan ke? Ini semua palat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tiba2 ko pun nak berniqab sudahhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:07 AM | Show all posts
Ambikkk ko..... terus Melayu Mulia Surya...
sebab nak berniaga jual minyak angin kan...

dulu.... segala maki cacian tuk melayu...
hahhahahhaa........
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:07 AM | Show all posts
Terdapat jutaan Melayu Mulia Syurga yang sokong perniagaan saya.


kalau sokong suh la beli. ko jual singgit pun da dpt RM1juta da. kaya ko tanpa macau scam. sebaris dgn melvin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 10:09 AM | Show all posts
iloveDivaAA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 10:12 AM | Show all posts
Kurex replied at 20-10-2020 09:59 AM
Tak percaya la ayat ni datang dari mulut azwana alia sendiri.. betul2 reputs olah ayat dia bagi namp ...

disebabkan body shaming la ada influenza kena saman 2 jooota

Dia ni agaknya kalau netizen nak saman mmg dah lama dia jual bulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenelah tone down sbb biz minyak angin baru nk up.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:54 AM | Show all posts
macam tak percaya Diva AA cakap lemah lembut
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:58 AM | Show all posts
Baru sedar ke AA.  Tak kan tak tau kalau respect is earned n not given n also that u shall reap what u sow. Netizen tak denya sibuk nak menyampah, membenci dan mencela AA kalau AA sendiri tak memulakan cakapan kasar dn memaki2. Sbg seorang yg pernah bergelar graduan ttpi sayang tersasar pekerti dn bahasanya. Ape pun belum terlambat untuk merubah kpd kebaikan. Baik terhadap insan dn keadaan, InsyaAllah kebaikan itu akan kembali kpd AA sendiri serta membuka pintu rezeki. Amiin...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:37 AM | Show all posts
dah dpt hidayah la tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape2 jela diva
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah apa2 pacik tu...org tak maki kalau ko xmaki2 dulu.
Dah kena saman baru nk insof
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak confused dgn dia atau dia yg confused dgn diri sendiri ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 01:05 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-10-2020 01:02 PM
Akak confused dgn dia atau dia yg confused dgn diri sendiri ni?

he is confusing? haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah start buang tebiat ke ni?
Nampak sgt nak menyindir dengan melayu mulia syurga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Zielathefatlady replied at 20-10-2020 01:05 PM
he is confusing? haha

Maybe too.
Hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by addamnor at 20-10-2020 01:35 PM

Beliau ini actually coward jah... pung pang pung pang memekak kemain.. bila kn writ saman, terus gelabah tetek Siap mohon maaf pelbagai..
lihat jah kes vida vs azwan ali. Senang2 jah vida tu pijak kepala heshe dengan duit dia, terus azwan ali gelabah minta maaf. Lols sangat pondan expired ini. Tiada apa yang boleh dicontohi.. baik dari segi pencapaian karier semasa mahupun personaliti.. semua hanjeng tentang beliau.. sepit siput jah masih memuja beliau dengn up content di ig agar ada kisah & sebutan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila org mula ignore ko dan jadikan ko kurang/tak penting lgsung diperkatakan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.172879 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list