CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8896|Reply: 105

[Tempatan] MTUC keliru dgn kenyataan Menteri Kanan, saper yg sepatutnya WFH? Kau sekolah t

  [Copy link]
Post time 21-10-2020 10:01 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kenyataan dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa pekerja bahagian pengurusan serta pengawasan diarah bekerja dari rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai tidak jelas.

Presidennya, Datuk Abdul Halim Mansor berkata, kerajaan perlu memperincikan golongan pekerja dan kakitangan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Saya sendiri keliru dengan kenyataan itu dan menteri sepatutnya membuat perincian kerana ia boleh membawa maksud kepada peringkat pengurusan dan bukan pekerja yang bekerja di bahagian pengurusan.

"Kenapa peringkat pengurusan perlu bekerja dari rumah sedangkan mereka ada ruang pejabat sendiri, malah pemandu peribadi," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ismail Sabri bahawa pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta penyeliaan dalam di kawasan penguatkuasaan PKPB diarah bekerja di rumah berkuat kuasa esok.

Arahan terbaru itu akan membabitkan satu juta pekerja di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuta pekerja bekerja dari rumah bermula Khamis ini

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Halim berkata, kerajaan seharusnya meminda akta sedia ada membabitkan sektor pekerjaan dengan memasukkan terma khas membabitkan bekerja dari rumah.

“Amalan kerja dari rumah merupakan satu normal baharu yang mesti diamalkan dalam sektor pekerjaan kerana ia penting untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin menular, lebih-lebih lagi di zon merah.

"Sudah tiba masanya kita menjadikan bekerja dari rumah ini sebagai satu profesion khusus terutama ketika negara masih bergelut dengan Covid-19.

"Dalam hal ini, majikan perlu bersikap terbuka dan mempercayai pekerja mereka yang bekerja dari rumah, manakala pekerja pula perlu berdisiplin, perlu melaksanakan tanggungjawab serta tugas seperti yang termaktub dalam terma pekerjaan seperti yang dilakukan di pejabat sebelum ini,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... dak-jelas-kata-MTUC
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 10:04 AM | Show all posts
Nak tanya soalan bodoh sikit, Admin ni kategori management & supervision ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:35 AM | Show all posts
dlm erti kata lain

pandai2 la ko nak idop
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:36 AM | Show all posts
bos2 kot wfh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dah puas memaki dan keliru dan group whatsapp..akhirnya kami dalam managerial post buat keputusan datang kerja...

bukan semua sektor managernya kerja depan komputer baca emel...

realiti hidup bukannya bak drama mustafa kamal bangun pagi minum jus oren, masuk kerja sign paper..


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:37 AM | Show all posts
nasibla dekk dapat menteri x kompeten
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 11:44 AM | Show all posts
bapak dafi ni dh kenapa..slalu bagi umumkan benda yg tak jelas??
x payah la ko acah2 sweet nak tarik perhatian netizen buat briefing berlatarkan belakangkan keris la helmet la bagai kalu pengumuman ko lagi menambahkan kekeliruan dlm hidup rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:51 AM | Show all posts
Mmg press con yg xjelas, setakat umum gitu2 jah tanpa penjelasan terperinci. Nnti penguatkuasaan dan perlaksanaan semua kelaut. Ujong2 marhaen jugak kena kompaun seribu sorang, menteri attakiri aman2 jah belum kena dakwa lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu baca... WFH......Work From Hell........
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:53 AM | Show all posts
~boolean replied at 21-10-2020 10:50 AM
dah puas memaki dan keliru dan group whatsapp..akhirnya kami dalam managerial post buat keputusan da ...

Jap nak tanya, kalau kita defy the order, gomen tau ke dan boleh kena tindakan ke? Sebab kebenaran masih diberikan utk 10% drpd total workforce dtg dan bagi surat kebenaran jah dekat polis. So adakah gomen akan dtg spotcheck satu2 office utk tgok kepatuhan majikan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:54 AM | Show all posts
tripleid replied at 21-10-2020 11:37 AM
nasibla dekk dapat menteri x kompeten

Mmh xkompeten dan arahan yg bertukar2 selang sehari dua. Arahan diberikan pula tak jelas dan perlaksanaan di peringkat bawahan pon kelam kabut dek arahan sebegini. Tu pon cacai walauntit cakap gomen terbaik. Abahcow!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:54 AM | Show all posts
ahhh xde makna
sudahnya sume keje je full
poyo jela arahan ni sume
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:55 AM | Show all posts
damsel_fiji replied at 21-10-2020 11:44 AM
bapak dafi ni dh kenapa..slalu bagi umumkan benda yg tak jelas??
x payah la ko acah2 sweet nak tari ...

Dia ingat org nak selidik background apa, baju apa dia pakai dan puji memuji macam awal2 pkp dulu, org duk samakan baju dgan makanan la, baju abahcow yg sempoi bagai, time tu semua la pakat memuja muji.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
amira_safia replied at 21-10-2020 10:04 AM
Nak tanya soalan bodoh sikit, Admin ni kategori management & supervision ke?

yg bermakna..manager,supervisor dok umh..kuli jer kojo...best lak camni..kih2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:01 PM | Show all posts
Bila arahan tak diberi dengan jelas kena tunggu esok (hari ni kiranya) baru nak bagi details mana tak huru hara semuanya.  Kan lebih baik lockdown je area merah macam dibuat sebelum ini.  Bukan bagi arahan macam tu tapi ramai tak mampu nak ikut sebab bidang kerja mereka yang tak membolehkan mereka kerja dari rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 21-10-2020 11:54 AM
Mmh xkompeten dan arahan yg bertukar2 selang sehari dua. Arahan diberikan pula tak jelas dan perla ...

Abah pon da tk nmpk smggu. Bz btol abah smggu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 12:02 PM | Show all posts
iols sampai skrg confuse .... kerja rumah ke tak ...
pastu.... paling confuse ... ada limit waktu dalam ofis plak ..

aku rasa HR mesti tengah tertunggu2 ...... the details ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kami ni buat bayaran, claim mcm2 tu semua so sehari dlm 5 org kena dtg ofis sbb yg buat Kewangan dikecualikan daripada wfh.
Seksyen lain kena 2 peg 2 staf datang ikut giliran.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
konsep Pak menteri asal baca text ucapan berserta doa.. baca text dengan muka paling innocent.. selebih tu rakyat pikir la sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:28 PM | Show all posts
Skuau replied at 21-10-2020 11:57 AM
yg bermakna..manager,supervisor dok umh..kuli jer kojo...best lak camni..kih2.

Lgi best. Layan. Kucing tak de. tikus jadi king le.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.098508 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list