Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
4406
View
70
Reply

[Tempatan] Bunuh suami buta untuk harta. #26, Dihadapkan ke mahkamah esok. #41, G.S. Angela Dewi & G.S. Vijaya didakwa membunuh.

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-10-2020 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 22-10-2020 07:55 AM

Bunuh suami buta untuk harta

https://www.kosmo.com.my/2020/10/21/bunuh-suami-buta-untuk-harta/

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
21 Oktober 2020, 10:00 am


Kesan darah mangsa yang terdapat pada kain dan kerusi selepas diserang dengan tukul besi oleh adik iparnya pada 1 Oktober lalu.

KAJANG C Seorang wanita tergamak merancang pembunuhan suaminya yang buta semata-mata untuk mendapatkan harta milik lelaki itu yang dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.

Dalam kejadian kira-kira pu-kul 12.30 tengah hari pada 1 Oktober lalu itu si isteri me-ngupah adik lelakinya untuk datang ke rumah mereka di Jalan Jati, Kampung Sungai Chua di sini dengan tujuan membunuh suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun, pembunuhan itu terbongkar pada Sabtu lalu selepas wanita berusia 45 tahun berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuatnya yang mendakwa si mati disamun individu tidak dikenali di hadapan rumah mereka.

Sumber memberitahu, pada hari kejadian, mangsa telah didatangi seorang lelaki di pekarangan rumah sebelum suspek bertindak memukul kepalanya menggunakan tukul besi selain melarikan rantai yang dipakai.


DI Hospital Kajang inilah seorang ahli perniagaan menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu selepas diserang adik ipar sendiri.

Susulan kejadian itu, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang di sini untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Kata sumber, pihaknya mendapati wujud keraguan dalam laporan yang dibuat isteri pertama mangsa sebelum pihak polis memberkas wanita itu bagi membantu siasatan.

Isteri mangsa direman selama tujuh hari dan pada Sabtu lalu baru suspek mengaku telah rancang membunuh suaminya bagi mendapatkan harta.

Suspek turut mengaku me-ngupah adik lelakinya untuk melakukan pembunuhan tersebut dengan menawarkan upah sebahagian daripada harta milik mangsa, katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut sumber, suspek dikatakan akan mendapatkan harta termasuk aliran tunai milik suaminya yang berjumlah lebih RM2 juta termasuk RM800,000 daripada insurans ekoran kematian mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 59 tahun yang mengusahakan perniagaan lori dan besi buruk mengalami cacat penglihatan sejak 20 tahun lalu ekoran penyakit genetik keluarga.

Mangsa juga dikatakan mempunyai dua isteri dan enam orang anak berusia dalam lingkungan belasan tahun dan 20-an.

Menurutnya lagi, bertindak atas maklumat itu pihak polis menahan suspek lelaki berusia 42 tahun di kawasan Kajang pada Ahad lalu.

Jelas sumber itu, suspek wa-nita itu turut membawa polis ke sebuah kedai besi buruk milik suaminya yang membawa kepada penemuan senjata yang digunakan ketika kejadian.

Tukul besi serta rantai leher mangsa ditanam di kedai besi buruk itu.

Kedua-dua suspek itu masih dalam tahanan reman dan dijang-ka dituduh di mahkamah pada Khamis ini, ujarnya.

Kes disiasat mengikut Sek-syen 302 Kanun Keseksaan.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 21-10-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
eh.. ingatkan kes ni jadi kat luar negara, terkejut aku rupanya kajang je.. isk3
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:37 AM | Show all posts
Kasihan kepada mangsa. Orang India ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa ada 2 isteri. Jadi yg bunuh tu isteri pertama ke isteri kedua
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
senangnya setel kes.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:02 AM | Show all posts
Usaha yang sia2 akhirnya kedalam juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca byk kali supaya aku tak miss hint

1. Isteri umur 45
2. Kena tangkap selepas isteri pertama buat report yg bercanggah.
3. Rantai leher mangsa dijumpai

jadi aku rasa isteri kedua yg upah adik sendiri bunuh suami sendiri. dan juga depa ni india.

ni la pendapat aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh beristeri dua ni Muslim la kan.. Jahatnya ko kak... Dia dah buta kot.. Ko ambik sikit sikit bukan dia nampak. Perlu ke nak membunuh bgai
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-10-2020 11:02 AM
Aku baca byk kali supaya aku tak miss hint

1. Isteri umur 45

Terima kasih. Keliru tadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 21-10-2020 11:05 AM
Terima kasih. Keliru tadi

kemungkinan saja la isteri kedua...mungkin isteri pertama juga..

iols suspek isteri kedua berdasarkan ayat kat dlm artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 21-10-2020 11:20 AM
jalfa replied at 21-10-2020 11:02 AM
Kalau boleh beristeri dua ni Muslim la kan.. Jahatnya ko kak... Dia dah buta kot.. Ko ambik sikit si ...


kes Samy Vello pun ada 2 org isteri...mungkin 1st wife yg didaftarkan tapi 2nd wife yg tak rasmi tapi pernikahan dijalankan berdasarkan adat/agama

esk kita tengok depa ni sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:10 AM | Show all posts
selalunya tak sebut kaum ni mesti antara 2 leluhur
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:11 AM | Show all posts
sarah82 replied at 21-10-2020 11:02 AM
Aku baca byk kali supaya aku tak miss hint

1. Isteri umur 45

pendapat aku, kalau tak disebut kaum tu kau faham2 je la leluhur apa.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 21-10-2020 11:11 AM
pendapat aku, kalau tak disebut kaum tu kau faham2 je la leluhur apa.....

aku perasan tentang tu...tapi aku kekadang bersangka baik sebab ada ayat mangsa ada 2 isteri...jadi ramai ingat melayu islam
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:22 AM | Show all posts
Kata sumber, pihaknya mendapati wujud keraguan dalam laporan yang dibuat isteri pertama mangsa sebelum pihak polis memberkas wanita itu bagi membantu siasatan.

apa pun tak dapat sudahnya ke penjara...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:22 AM | Show all posts
sarah82 replied at 21-10-2020 11:08 AM
kes Samy Vello pun ada 2 org isteri...mungkin 1st wife yg didaftarkan tapi 2nd wife yg tak rasmi ...

my ex boss singh
1st wife aturan family bangsa sikh juga
made from India
2nd wife falling in love punya edition
made from Filipine
ai caya kalau ini bangsa leluhur

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 21-10-2020 11:22 AM
my ex boss singh
1st wife aturan family bangsa sikh juga
made from India

2nd marriage tu didaftar tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ok..Iols baca artikel yg cari reput buka

Isteri pertama mangsa direman selama tujuh hari dan pada Sabtu lalu baru suspek mengaku telah rancang membunuh suaminya bagi mendapatkan harta.

jadi yg kena tangkap adalah 1s wife
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:27 AM | Show all posts
sarah82 replied at 21-10-2020 11:23 AM
2nd marriage tu didaftar tak?

daftar setahu ai
sbb dorang ada anak sama
yang penting bini 1st beranak awal skit je
dari bini yang 2nd
plus bini 2nd kuat jelessss nak matik

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Standard la.. Sebab dia caras suami org kan.. Hahahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list