CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2524|Reply: 29

[Dunia] AS saman Google isu monopoli secara haram enjin carian

[Copy link]
Post time 21-10-2020 11:38 AM | Show all posts |Read mode
AS saman Google isu monopoli secara haram enjin carian

https://www.sinarharian.com.my/a ... -haram-enjin-carian

TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 21 Oktober 2020


Enjin carian popular, Google kini berdepan saman daripada kerajaan Amerika Syarikat yang menuduhnya mengekalkan monopoli secara haram dalam pencarian maklumat di internet. - Foto AFP

WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam memfailkan satu saman yang menuduh Google mengekalkan 'monopoli secara haram' dalam pencarian maklumat di online dan pengiklanan dalam kes antiamanah terbesar di negara itu sejak berdekad-dekad lalu.

Tindakan itu kemungkinan menyebabkan syarikat gergasi di Lembah Silicon itu dipecah-pecahkan.

Kes tersebut yang mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun untuk diselesaikan dan mewujudkan satu perbalahan baharu antara kerajaan AS dengan syarikat teknologi gergasi sekali gus memberi implikasi terhadap sektor tersebut.

Timbalan Peguam Negara, Jeffrey Rosen berkata, kes itu difailkan bersama ketua peguam negeri di 11 buah negeri ke atas Google yang menjadi dominan dalam ekosistem online.

"Google ialah pintu masuk ke internet. Namun, ia masih mengekalkan monopolinya melalui amalan eksklusifnya yang menjejaskan persaingan," kata Rosen kepada para pemberita.

Tuntutan saman itu menyatakan ia melibatkan satu perjanjian yang memerlukan enjin carian Google dimasukkan ke dalam sesuatu peralatan sehingga membuatkan sebahagian daripada aplikasinya mustahil untuk dipadamkan.

Kerajaan mendakwa Google membayar berbilion-bilion dolar untuk mengekalkan kedudukan itu sekali gus mengukuhkan amalan monopolinya.

Tuntutan saman itu difailkan di Washington menyatakan bahawa tindakan Google tersebut menutup peluang para pesaingnya dan mencadangkan supaya mahkamah menimbangkan satu cara penyelesaian yang berkesan dalam kes berkenaan.

Pemfailan itu menggesa pihak mahkamah memerintahkan Google berhenti daripada amalan antipersaingannya dan mencadangkan perubahan 'struktur' dilakukan ke atas syarikat berkenaan.

Ini bermakna syarikat tersebut akan dipecah-pecahkan.

Bagaimanapun, Google menganggap tuntutan saman itu 'amat cacat'.

"Orang ramai menggunakan Google kerana mereka yang memilih bukan kerana dipaksa atau gagal mencari alternatif lain," kata seorang peguam utama Google, Kent Walker dalam blognya.

"Tuntutan undang-undang itu tidak membantu para pengguna. Sebaliknya, ia akan menyebabkan peningkatan harga telefon, membantu enjin carian lain yang berkualiti rendah dan menyusahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan enjin carian Google

yang mereka mahukan," tambahnya. - AFP


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 11:46 AM | Show all posts
US ni dh knp triggered sgt dgn gugel? stupid moron la
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:47 AM | Show all posts
dulu yahoo ... tapi yahoo tu complex sangat ...... bersepah contents ...
rindu YM ... tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak salah, perkataan 'google' tu sendiri dah masuk dalam kamus dorang bmaksud mencari sesuatu dlm internet
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:54 AM | Show all posts
dah google user friendly, for sure org suka...apa yg monopoli pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:55 AM | Show all posts
sama mcm dulu masa belum ada shopee, org suka lazada sbb takde yg lebih best dari dia, tp la ni shopee take over sbb very user friendly than thou...now, lazada mcm dah nak flop aje aku nengok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 12:02 PM | Show all posts
gadget replied at 21-10-2020 11:55 AM
sama mcm dulu masa belum ada shopee, org suka lazada sbb takde yg lebih best dari dia, tp la ni shop ...

shopee tempat buang harga bagi seller xpandai jual di fb ig. mana2 founder pasti bengkek produk ada jual kt shopee. the best beli kt shopee jual kt facebook .

ada tempat lg murah dari shopee. lazada mahal dari shopee. tak berbaloi. the best is shopee
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:10 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-10-2020 01:02 PM
shopee tempat buang harga bagi seller xpandai jual di fb ig. mana2 founder pasti bengkek produk ad ...

betul...harga better than lazada EVEN SAME SELLER yg dari lazada...camna tu?? hehe ....selain senang godek (user friendly) dari segi server depa jauh lebih laju dari lazada yg tertinggal jauh ke belakang...kenapa aku cakap cenggitu? aku perasan kat Shopping Cart depa...yg lazada punya nak untick atau tick akan amik masa lama nak respond...tp shopee so real...so live time...tu baru part Shopping Cart...

same goes google pun...laju, light dan mudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju ja kalau saman google ni.. menyampah.. semua preinstall dalam android.. nak uninstall punyalah qenyah.. adb, powershell..
Youtube apps..mcm pelaq.. iklan bersepah.. dah disable pun, dia auto update.  Terpaksa guna YouTube vanced..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:22 PM | Show all posts
gadget replied at 21-10-2020 12:10 PM
betul...harga better than lazada EVEN SAME SELLER yg dari lazada...camna tu?? hehe ....selain ...

akan datang trend buyer check iklan facebook, dan beli di shopee.

sama juga trend di amerika, check facebook beli amazon ebay.  facebook masih kekal lubuk orang berduit. akan datang mungkin trend berubah.wallahuallam.



Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:38 PM | Show all posts
aku tak pandai sangat dunia internet ni tapi kalau tak silap aku ada bebrapa yang serupa google kan spt yahoo, firefox, netscape, microsoft edge,...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:41 PM | Show all posts
dah pecahkan lah monopoli..

contoh buat enjin carian baru - Trump Search - imej rambut terapung
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:11 PM | Show all posts
kemungkinan ada tekanan dari microsoft bing
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:24 PM | Show all posts
damian_lee replied at 21-10-2020 11:47 AM
dulu yahoo ... tapi yahoo tu complex sangat ...... bersepah contents ...
rindu YM ... tiberrr

dulu yahoo sgt2 powerful... now google pulak. ni kalau dah kena 'kacau' ni, alamat lepas ni akan muncul yg baru menjadi power
siapakah agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah google juga bakalan menjadi #SoYesterday?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 03:02 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-10-2020 12:02 PM
shopee tempat buang harga bagi seller xpandai jual di fb ig. mana2 founder pasti bengkek produk ad ...

hg patut tag statement ni bg @sarah82



dia selaku pemuja terbesaq lazada akan bg penampaq siam kt hang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 03:16 PM | Show all posts
munkin sbb Android..tapi Android percuma..patut juga dpt kredit..
apapon, adil laa sbb Microsoft pon paksa utk download Edge klu guna Windows..

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 21-10-2020 03:02 PM
hg patut tag statement ni bg @sarah82



Tak ada la.. Sebenarnya shopee hamjad.  Bab2 back up seller penipu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 03:30 PM | Show all posts
aku suka juga google ni...selain dari user friendly aku rasa database dia byk compare to others...tk tau la betul ke tdk....sb aku selalu guna google je ..pernh juga guna bing... mcm lain je result nya..

anyway..nk tanya..kalau google dlm fon.. selain dari ruang menaip nya tu..ada cerita @ berita2 lain sama dgn page dia.. tp bila guna google dlm Pc..tk de pun..bersih je...

mcmana nk buat page google pd PC tu ada  cerita2 mcm page google pd fon..?  aku suka baca berita2 yg diorng load kat situ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 04:21 PM | Show all posts
noell replied at 21-10-2020 03:02 PM
hg patut tag statement ni bg @sarah82

sarah82 kaya takpe shopping kt lazada kita duit berkira terpaksa shopping kt shopee. tu pun filter lagi dengan carouselle.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.085350 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list