CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2852|Reply: 28

[Tempatan] MB Selangor tak ambil 'pusing' kecaman isu air

[Copy link]
Post time 21-10-2020 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-10-2020 09:16 AM

MB Selangor tak ambil 'pusing' kecaman isu air

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 4:43 PM

Norzamira Che Noh
am@nstp.com.my

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada sidang media mengenai gangguan bekalan air ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran di SUK Shah Alam.  FOTO FAIZ ANUAR.

Shah Alam: Walau dicemuh, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kekal positif dalam menangani masalah pencemaran yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di negeri ini.

Beliau memberitahu memahami situasi dihadapi sebilangan pihak yang marah dengan insiden gangguan bekalan air dan kerajaan negeri harus tenang dalam menangani permasalahan itu.

"Dari kita tuding jari dan keluarkan teori konspirasi, lebih baik kita tenang dan selesaikan masalah.

"Mereka memang marah tapi kita mahu selesaikan masalah ini secara sistematik dan bukan hanya gimik," katanya ketika sidang media di Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, tadi.

Beliau menjawab soalan berhubung tuntutan beberapa pihak yang mahu beliau meletak jawatan susulan isu pencemaran yang kerap berlaku di negeri ini.

Dalam pada itu, susulan gangguan bekalan air, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menzahirkan rasa dukacita berikutan rakyat negeri ini perlu bergelut dengan gangguan bekalan air serta penularan wabak Covid-19.

Mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Amirudin berkata, kerajaan negeri menjunjung kasih atas keprihatinan baginda malah usaha turut dipergiatkan sejak 8 September lalu bagi melakukan pemantauan khususnya di kawasan 'hotspot'.

"Malah, bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membantu pemantauan sungai ini, kami juga akan menyediakan tawaran RM20,000 kepada pemberi maklumat bagaimanapun maklumat itu mesti berguna untuk memastikan mereka yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan," katanya.

Pada Isnin lalu, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Pencemaran itu menyebabkan penutupan empat loji iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 05:20 PM | Show all posts
Ok. abam ulang lagi komen yang lepas


Rakyat selangor masih setia dengan kerajaan negeri sekarang


Apalah sangat setakat takda air tu kan. kan..kan..


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bersyukur tak duduk kat selangor or kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dapat drone kan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketegaq MB ni..
Muka tak malu pun ya jugak.
Lepas satu, satunisu tak boleh tackle
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ninpon nk jadi punca kejatuhan kerajaan negeri ke. Saksikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 05:50 PM | Show all posts
Nasib baiklah kau duduk dlm pH...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko rap dah la mir..dah macam acara bulanan xdak air. Sebab= pencemaran. Sabotaj kononn..piirahhh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hoi MB!!  gi balik negeri ko la
dah la bukan anak jati selangor
dtg negeri org pun ko buat kacau bilau
pundek punye embi gemok
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok cuma nak kompem
Bulan depan bila yg air takdek?
Nak gali lubang buat perigi standby air
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam_Leh replied at 21-10-2020 05:20 PM
Ok. abam ulang lagi komen yang lepas

Rakyat selangor masih setia dengan kerajaan negeri sekarang
...

Next election change ler....sometimes bila lama sangat jadi naik lemak. Harap pengundi selangor sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:08 PM | Show all posts
Orang Selangor nak try MB dari DAP ka?

tanya je

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka xmalu mmg mcm tu. Satu lg mb kedah nuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:13 PM | Show all posts
dia tak ambil pusing tentang masalah air, cuma dia pusing2 kepala kiri dan kanan dalam video rap tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu jelah PRU ...Selangor bwh saper plk kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-10-2020 07:59 PM
hoi MB!!  gi balik negeri ko la
dah la bukan anak jati selangor
dtg negeri org pun ko buat kacau b ...

Muka dia bongkak berlagak kan.rasa mcm nak lempar kasut
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh la muka dia mcm ex husband sari yanti.tibeerrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
muka tak tau malu..

nak suruh rakyat bertenang macam mana kalau setiap bulan ada isu air!
kemain lah kau suruh rakyat bertenang tapi rumah kau ada sebijik swimming pool siap lori syabas hantarkan air depan rumah. Lahabau!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoi, ko bg tau awal kalo nak tutup paip tu lenkali menyusahkan org je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.080643 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list