CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 793|Reply: 3

[Tempatan] Penceramah dari lokasi PKPB tidak dibenarkan

[Copy link]
Post time 22-10-2020 04:36 PM | Show all posts |Read mode


Melaka: Penceramah luar terutama dari negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan berceramah di masjid dan surau di Melaka berkuat kuasa serta-merta sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Datuk Md Azhan Samat berkata, ia sebagai usaha mengekang penularan Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) khususnya di negeri itu.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan pengisytiharan PKPB di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, oleh kerajaan sebelum ini ekoran peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan terbabit.

"Pelaksanaan garis panduan ini adalah prosedur biasa serta langkah proaktif, mengekang penularan Covid-19 berdasarkan situasi semasa dan rakyat tidak perlu panik.

"Beberapa garis panduan bagi mengimarahkan masjid dan surau di Melaka juga ditetapkan, termasuk semua masjid dan surau hendaklah menangguhkan penganjuran program berskala besar seperti ceramah atau forum perdana, sambutan Maulidur Rasul peringkat kariah, program tahnik dan khatan beramai-ramai," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, penganjuran program hanya boleh membabitkan kapasiti 40 peratus daripada ruang masjid, dengan jumlah kehadiran tidak melebihi 200 orang yang terdiri dalam kalangan anak kariah, selain memastikan penjarakan satu meter antara jemaah dilakukan.

Katanya, program membabitkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun juga hendaklah ditangguh, dan pergerakan secara berkumpulan antara masjid ke masjid yang lain adalah dilarang.

Dalam pada itu, Md Azhan berkata, pentadbir masjid dan surau dikehendaki mendaftarkan aplikasi MySejahtera, selain menyediakan rekod pendaftaran secara manual bagi tujuan pendaftaran jemaah, manakala makanan untuk jemaah disediakan secara bungkus.

Beliau berkata, penganjur program di masjid dan surau pula dikehendaki menyediakan rekod pendaftaran, alat pengimbas suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, melakukan sanitasi di ruang yang menjadi tumpuan jemaah, serta bertanggungjawab sepenuhnya dari segi kawalan keselamatan dan risiko sebelum, semasa dan selepas program diadakan.

Katanya, jemaah pula perlu sentiasa memakai pelitup muka semasa berada di masjid dan surau, serta digalakkan membawa sejadah serta telekung sendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 4:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la.. Takkan penceramah2 ni x tau yg mana boleh keluar masuk dari kwsan wabak.. Dah berjanji nak buat ceramah ...buat ja live dari rumah.. Pasang la projector ka apa yg berkaitan dgn nak live tu kat masjid..jemaah masjid boleh tengok la..

Kita bukan dok zaman tok nadok dulu2 yg internet pun x ada.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:11 PM | Show all posts
Auntie setuju dgn perintah ni. Make sense.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 06:30 PM | Show all posts
Seharusnya macam tu dah kata nak putuskan rantaian covid19 sementara elok penceramah up ceramah kat youtube je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.072138 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list