CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3558|Reply: 26

[Politik] Mujahid mahu ketawa bila satu ‘Malaya’ percaya gencatan politik Zahid

  [Copy link]
Post time 22-10-2020 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Mujahid mahu ketawa bila satu ‘Malaya’ percaya gencatan politik Zahid
2 hours ago



GENCATAN politik yang disarankan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha membasmi Covid-19 dianggap sebagai taktik untuk mengalihkan perhatian.

Menurut Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, dia mahu tergelak apabila satu ‘Malaya’ percaya Ahmad Zahid mahu melakukan gencatan politik.

Mujahid berkata, gencatan politik yang disarankan oleh Ahmad Zahid hanyalah berkaitan perbalahan UMNO dan Bersatu yang menurutnya ketika ini kritikal menanti pecah.

“Gencatan politik kerana covid hanyalah taktik alih perhatian sahaja, sedangkan secara realitinya keduanya sedang berpolitik untuk tawar menawar posisi dan agih mengagih kuasa sesama mereka.

“Sebab itu saya rasa nak ketawa apabila seluruh Malaya percaya satu gencatan politik kononnya sedang berlaku. Saya juga tersenyum melihat sesetengah orang di medsos menyatakan rasa lega sebab kini negara boleh tumpu kepada urusan covid dan bukan politik.

“Itulah hebatnya orang politik meyakinkan orang ramai mereka tidak berpolitik dengan hanya menggunakan perkataan ‘gencatan politik’. Memang bijak,” kata Mujahid.

Ahli Parlimen Parti Buntar itu turut menyindir pihak yang mendakwa kenyataan Ahmad Zahid semalam untuk melakukan gencatan politik sebagai penamat kepada cita-cita Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambilalih kerajaan.

Menurut Mujahid, Anwar tidak terlibat dalam perbalahan antara Bersatu dan UMNO. Tegas beliau Anwar dan Pakatan Harapan masih dalam keadaan padu.

“Kalau ada yang kaitkan keputusan gencatan politik Zahid bermakna DSAI tak akan dapat sokongan MP UMNO untuk majoriti yang didakwanya, memang dakwaan itu ada logiknya.

“Tetapi logik itu boleh difahami jika sokongan kepada DSAI yang ditawarkan adalah secara en-block! Tapi jangan kita lupa dan abaikan kenyataan Presiden UMNO sebelum ini yang mengatakan bahawa beliau tidak dapat menghalang mana-mana MP UMNO yang hendak menyokong DSAI. Apakah boleh kita kata game over untuk DSAI ataukah sebenarnya game over untuk TSMY?” kata Mujahid.

Dalam pada itu, Mujahid sekali lagi menegaskan dalam prinsip demokrasi tidak ada istilah gencatan politik.

Gencatan politik yang disarankan oleh Ahmad Zahid, menurut beliau tidak ada kaitan langsung dengan Pakatan Harapan.

“Bagi PH, gencatan politik Zahid tidak ada kena mengena kenapa kami perlu berdiam diri dengan kegagalan PN dan TSMY mengendalikan krisis hari ini.

“Salah satu fokus untuk pengurusan krisis covid ialah menukar PN dan seluruh kabinetnya yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat kepada usaha kerajaan menangani covid 19. PN juga ada latarbelakang pembelotan yang telah mengguris hati rakyat bermandatkan keputusan secara demokratik pada PRU 2018,” tegas Mujahid.

Ahmad Zahid semalam mengumumkan “gencatan politik” susulan Covid-19 dan menegaskan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahamd Zahid juga berkata, UMNO mendokong kerajaan PN dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara.-SM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketawalah puas puas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 06:42 PM | Show all posts
Mujahid ni agak mudah ketawa orangnya.....

Wallahualam.


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pkpb tidak melarang sesiapa untuk ketawa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 07:04 PM | Show all posts
kaka  mmg xsuka mujahid mahupun zahid. asal hujung ada aid je sukar nak ketawa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy pun mau ketawa.

Gencatan politik kpd sape?

Ppbm ke?

Umno & PPBM kan sama2 kerajaan.

Zahid sudah pening ka itu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketawalah puas2.benda free
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ketawa ka nak mampus ka tak ada siapa peduli

kecuali cina DAP iaitu ahlong tukang bagi duit pada barua derang yakni PAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 08:13 PM | Show all posts
dizekni replied at 22-10-2020 08:09 PM
Nak ketawa ka nak mampus ka tak ada siapa peduli

kecuali cina DAP iaitu ahlong tukang bagi duit p ...

A 'ah khen........Mujahid ketawa buat apa peduli khen?

Paderi threesome kalu baru lah Presidin Intelek Bangsa Kuota dan sabsidi macam you susah hati khen? Muahahahahaha

Tuntutan agama you khen? Prrrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 22-10-2020 08:13 PM
A 'ah khen........Mujahid ketawa buat apa peduli khen?

Paderi threesome kalu baru lah Presidin  ...

yillekk

kosong

jero

leer
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:20 PM | Show all posts

Itu hujah Presidin Persatuan Intelek Bangsa Sabsidi dan Kuota ka? Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 22-10-2020 08:20 PM
Itu hujah Presidin Persatuan Intelek Bangsa Sabsidi dan Kuota ka? Hahahahaha

kikiki

tong kosong
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo2 yoo la mujahid...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah terhibur acik jahid ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:34 PM | Show all posts

Intelek kununnnn...........pejuang bangsa sabsidi kununnnn........tuan kununnnnnnnn.........hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:42 PM | Show all posts
dizekni replied at 22-10-2020 08:09 PM
Nak ketawa ka nak mampus ka tak ada siapa peduli

kecuali cina DAP iaitu ahlong tukang bagi duit p ...

bleh caya ke yahudi punya gencatan senjata tu?
kenapa gomen sama gomen mesti ada gencatan senjata??


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 22-10-2020 08:42 PM
bleh caya ke yahudi punya gencatan senjata tu?
kenapa gomen sama gomen mesti ada gencatan senjat ...

Sebab mereka semua pernah menjadi pemimpin negara dalam tempoh yang panjang
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:54 PM | Show all posts
dizekni replied at 22-10-2020 08:52 PM
Sebab mereka semua pernah menjadi pemimpin negara dalam tempoh yang panjang

bila perangnya sampai ber'gencatan' senjata bagai?? bukan ke da muafakat.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila manusia dah mula stop begaduh. Si Batuapi akan mula cari jalan nak bakar kasi gaduh. Kasi bakar, kasi bisik, kasi hembuss
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 09:47 PM | Show all posts
siapa percaya sila angkat tangan sket please!

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.089932 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list