CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1422|Reply: 13

[Tempatan] Covid-19: Kluster Tabligh dan gelombang kedua berpunca dari Indonesia

[Copy link]
Post time 23-10-2020 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Covid-19: Kluster Tabligh berpunca dari Indonesia
2020-10-22



KAJIAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sampel pesakit Covid-19 membabitkan Kluster Tabligh berpunca dari Indonesia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM sebelum ini mengesyaki virus itu datangnya dari negara terbabit malah terdapat 692 jemaah Indonesia turut serta dalam perhimpunan itu.

“Kalau kita lihat perhimpunan Sri Petaling, ada 692 jemaah yang datang dari Indonesia. Ketika itu andaian kita ialah jangkitan itu mungkin datang dari Indonesia.

“Apabila kita membuat penjujukan genom, kita dapati sekarang ini, jangkitan itu datang daripada ‘strain’ Indonesia,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kajian juga dilaksanakan di Depoh Tahanan Imigresen dan penjujukan genom terhadap sampel daripada pesakit di pusat itu juga menunjukkan ada antara warga Indonesia yang ditahan mendapat jangkitan sama dengan ‘strain’ dari Indonesia.

“Justeru, permulaan gelombang kedua berasal dari Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, walaupun penjujukan genom di negara ini hanya dilakukan terhadap sampel yang diambil dalam sesebuah kluster serta jenis tertentu, ia sememangnya membantu kesiapsiagaan KKM dalam menangani penularan wabak itu.

Beliau berkata, penjujukan yang dibuat terhadap kluster jemaah tabligh, Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga, Bukit Tiram dan Lahad Datu masih mampu memberi gambaran dari mana seseorang itu mendapat jangkitan COVID-19.

“Malaysia telah menjalankan penjujukan genom, tetapi bukan kepada semua kes yang disahkan positif. Apa yang penting, kita melihat kepada kluster yang akan membantu perancangan strategik KKM, membuat kesiapsiagaan dan sebagainya.

“Penjujukan genom tidak membantu kita membendung penularan COVID-19, tetapi apa yang kita dapat tahu daripada lokasi jangkitan dan kesiapsiagaan, iaitu perancangan kita bagaimana kita kena kawal jika mutasi ini boleh menyebabkan kadar jangkitan yang tinggi,” katanya. – Malaysiapost

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat macam mana.. senang sgt indon keluar masuk malaysia ni.. selagi indon kes mencanak.. selagi tu ler malaysia akan dpt tempias nya..kat sabah pulak pati filipino
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:47 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 23-10-2020 08:30 AM
Nak buat macam mana.. senang sgt indon keluar masuk malaysia ni.. selagi indon kes mencanak.. selagi ...

Sat lagi klu ada Indon baca statement Dr Noorhisham ni ramai ramailah pi demo depan kedutaan Msia di Jakarta. Dah negara mcm sial tp msh sibuk nak berdemo.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:55 AM | Show all posts
alhamdulillah
bukan korsel puncanya

korsel negara yg baik
BTS rulez!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:02 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 23-10-2020 08:55 AM
alhamdulillah
bukan korsel puncanya

aik?? ko pun terjebak dgn BTS ke.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 23-10-2020 08:47 AM
Sat lagi klu ada Indon baca statement Dr Noorhisham ni ramai ramailah pi demo depan kedutaan Msia  ...

Paling busung pati indon dgn pelipin di sabah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 09:17 AM | Show all posts
darkness replied at 23-10-2020 09:10 AM
Paling busung pati indon dgn pelipin di sabah ni

malang bah kita berjiran dgn 2 negara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 23-10-2020 09:17 AM
malang bah kita berjiran dgn 2 negara ni.

Mmg buruk tul nasib berjiran dgn 2 negara ni. Sudahlah buduh undang2...yg berlakikan org malaysia pun masih jg buduh undang2 malaysia. Ntah apa dalam utak sampai beratun duduk malaysia pun masih bunguk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 09:54 AM | Show all posts
Agaknya lobai lobai tabligh tak tahu bahawa kununnya Junjungan kita ada berkata lebih kurang begini:

"Dan apabila kamu tahu bahawa ada tempat tu ada wabak penyakit (yakni seperti taon ka, Diptheria ka, Covid ka dsbnya) maka jangan lah kamu berbondong pergi kesana. Dan jika kamu berbondong bondong kesana juga jangan lah kamu makan satu dulang (yakni share makan satu dulang) kerana ia kotor dan menjijikan).  Dan apabila kamu balik, jangan lah perasan bagus pula sampai ada hati mahu membimbing orang lain jadi macam kamu."

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:01 AM | Show all posts
darkness replied at 23-10-2020 09:40 AM
Mmg buruk tul nasib berjiran dgn 2 negara ni. Sudahlah buduh undang2...yg berlakikan org malaysia  ...

urang begini bikin malu nama negara klu pigi obersea. perangai sampalau di bawa smp ke sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 10:52 AM | Show all posts
Kluster Tabligh pernah menghebohkan negara satu masa dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:45 AM | Show all posts
xnk salahkan sape2 dah
hadap je
moga Tuhan pelihara kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ms klauster tabligh ni kan ade dia org bt perjumpaan besar2ran kat indon.. Aku ade join gak melahar kat group sana.. Tp ye la org alim, x de pun seorg reply yg kami duk meroyan.. Dia nye ketua je minta maaf atas kekhilafan.. Ahli lain x bersuara pun...jd mcm x seronok nak melahar.. Kita melahar tp x de reply pun.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa dulu yg kata mamat yg balik dari korea is the super spreader tu. tipu semata2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.062530 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list