CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5803|Reply: 32

[Politik] Tazkirah Jumaat YB Tuan Lim Kit Siang yang bertajuk "Covid-19 digunakan unt

[Copy link]
Post time 23-10-2020 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 23-10-2020 05:15 AM

Covid-19 digunakan untuk menutup dosa-dosa politik
Oleh LIM KIT SIANG October 23, 2020 6:57 am



Wabak Covid-19 yang dikatakan sebagai suatu kejadian yang hanya berlaku sekali dalam satu abad ini sedang digunakan untuk menutup pelbagai dosa-dosa politik di seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat, wabak Covid-19 ini telah melanda negara tersebut dan teruk merebak pantas.

Selepas berminggu-minggu amaran yang penularan wabak ini akan meningkatkan sekali lagi, peningkatan buat kali ketiga telah berlaku di Amerika Syarikat.

Semalam, Amerika Syarikat mencatatkan sejumlah 63,663 kes baharu dan 1,225 kematian, dengan kadar peningkatan ini, jumlah kes harian di AS dijangkakan akan mengatasi rekod 75,687 kes yang dicatatkan pada 16 Julai.

Rekod kematian tertinggi yang disaksikan di Amerika Syarikat pada 21 April adalah sebanyak 2,742 kematian dalam masa sehari.

Semalam, Amerika Syarikat sekali lagi mendahului dunia dengan mencatatkan sejumlah 8.6 juta kes jangkitan Covid-19 terkumpul dan lebih daripada 227,000 kematian, daripada sejumlah 41.5 juta kes terkumpul dan lebih daripada 1.1 juta kematian di seluruh dunia.

Namun, wabak ini berkemungkinan besar akan menuntut korban politik terbesarnya dalam pilihan raya presiden AS apabila Joe Biden menewaskan Donald Trump pada 3 November — suatu perkara yang kelihatan mungkin berlaku — Trump akan menjadi mangsa terbesar wabak Covid-19 seperti yang dikatakan oleh Obama, kerana “tahap ketidakcekapan, salah maklum, dan jumlah nyawa rakyat yang dapat diselamatkan daripada menjadi korban jika kita telah melakukan perkara asas yang betul”.

Di Malaysia, kita mendapat satu wayang yang mengerikan di mana mantan Perdana Menteri, Najib Razak, mengambil posisi sebagai “autoriti dan pemimpin moral”, bersyarah mengenai tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali yang dikatakan sebagai satu “kesalahan moral” kerana melanggari SOP kuarantin Covid-19, sedangkan pada dalam masa yang sama, mengatakan sukar untuk mencarikan kesalahan undang-undang dalam tindakan menteri tersebut.

Betapa tebalnya muka seorang manusia yang telah mengubah negara kita kepada sebuah kleptokrasi global ini, yang sehingga hari ini masih tidak mengaku yang beliau bertanggungjawab mewujudkan satu skandal kewangan yang terbesar di dunia — skandal kewangan 1MDB — untuk bersyarah mengenai apa yang betul dan salah kepada seorang menteri.

Najib telah didapati bersalah atas tuduh rasuah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai dalam beberapa kes pertama yang berkaitan dengan skandal 1MDB dan telah dihukum penjara selama 12 tahun kerana kesalahan penyalahgunaan kuasa dan selama 10 tahun untuk setiap satu daripada enam kesalahan pengubahan wang haram dan pecah amanah — di mana hukuman ini dijalankan serentak — dan didenda sebanyak RM210 juta.

Semalam, Elliott Broidy, yang pernah menjadi seorang pengumpul dana kempen utama parti Republikan, telah mengaku bersalah di Washington atas kesalahan melobi pentadbiran Presiden Donald Trump secara haram untuk membantu pelarian jenayah dan operator utama 1MDB, Jho Low, untuk menghentikan siasatan ke atas skandal 1MDB ini.

Perkara ini berlaku sebelum satu penyelesaian jenayah di antara Jabatan Kehakiman AS dan dengan Goldman Sachs, memandangkan bank tersebut telah bersetuju untuk membayar lebih daripada USD 2 bilion kerana peranannya dalam membantu 1MDB meraih berbilion dolar yang kemudian disalurkan secara haram ke tempat lain.

Rakyat Malaysia tertarik untuk mengetahui apakah yang Najib akan katakan mengenai perkembangan-perkembangan skandal 1MDB ini dan bukannya syarahan beliau mengenai apakah yang benar dan yang salah untuk Khairuddin.

Rakyat Malaysia perlu bersatu padu untuk melawan wabak “sekali-dalam-seabad” Covid-19 ini, dan DAP sentiasa menggalakkan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” jika kita hendak memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 ini di Malaysia.

Tetapi, mereka yang meremehkan usaha melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” ini adalah para pemimpin politik dan menteri Perikatan Nasional juga.

Untuk memberikan lima contoh sabotaj terhadap usaha melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” ini:

1. Walaupun Perdana Menteri telah memberikan jaminan tidak ada sebarang sikap pilih kasih, kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Pas, Khairuddin Aman Razali, akan kekal selama-lamanya sebagai bukti kekal seorang Perdana Menteri yang tidak mampu menepati janjinya.

2. Selepas mencetuskan gelombang kedua wabak Covid-19 dengan konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari, kerajaan Perikatan Nasional ini tanpa teragak-agak menyebabkan gelombang ketiga pula melalui satu cubaan rampasan kuasa yang gagal di Sabah, yang telah menyebabkan berlakunya pilihan raya negeri Sabah dan gelombang ketiga Covid-19.

3. Sabah ditinggalkan untuk membela nasibnya bersendirian sedangkan negeri tersebut merupakan pusat penularan utama gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.

4. Diskriminasi terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan, yang dikecualikan daripada mesyuarat penting Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 dan keengganan kerajaan Persekutuan untuk berkongsi data terperinci berkenaan kes Covid-19 dengan Selangor Task Force for Covid-19 (STFC).

5. Arahan yang mengelirukan, separa siap, dan kucar kacir yang diumumkan semasa negara berhadapan dengan wabak Covid-19, seperti arahan berkerja dari rumah yang dibuat tanpa proses libat urus dengan pemegang taruh seperti kumpulan majikan dan wakil-wakil pekerja.

Wabak “sekali dalam seabad” Covid-19 ini tidak boleh dibenarkan untuk dipergunakan dalam menutup dosa-dosa politik, terutamanya kleptokrasi, skandal 1MDB, dan kakistokrasi.

Saya tidak dapat melihat sesiapa pun dalam Kabinet Muhyiddin yang mempunyai corak pemikiran untuk melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” yang diperlukan jika kerajaan mahu memimpin negara kita dalam memerangi wabak Covid-19 ini — baik dalam kalangan menteri, menteri kanan, mahupun Perdana Menteri sendiri.

Apa nak jadi?

Single Polls, Total 30 Users voted
53.33% (16)
46.67% (14)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2020 09:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:44 AM | Show all posts
dosa buat manifesto mcm2 pastu bila time nak tunai.....bg alasan mcm2 apa cite ???  skrang gila nak jadi kerajaan balik
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:28 AM | Show all posts
Maideen amat bersetuju......

Dah lah pengkhianat berkulit muka tebal, Kleptokrat no.1 donya pon tak tahu malu jugak nak berpura pura dia bermoral tinggi.....Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrpffftght

Elok jadi Hadi Awang lagi. Sesudah menipu lobai lobai bodoh pengikutnya yang dia dah menang saman fitnah  keatas Claire Rewcastle-Brown di London, dia ontok ontok ajer makan gaji buta sebagai Duta Khas Malaysia ke Timor Tengah bertaraf Menteri. Kerja dia hanya masok tangan dalam jubah mengaru telornya sahaja....

Terima kasih Mr. Lim Kit Siang diatas tazkirah yang berkualiti.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 10:51 AM | Show all posts
sidewinder replied at 23-10-2020 01:44 AM
dosa buat manifesto mcm2 pastu bila time nak tunai.....bg alasan mcm2 apa cite ???  skrang gila nak  ...

Perkara yang baik dijadikan tauladan, perkara buruk dijadikan sempadan...

Buang yang keroh, ambil yang jernih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:27 AM | Show all posts
Covid 19 kena seluruh dunia la

bangang punya cina komunis DAP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 12:14 PM | Show all posts
ha ahha haha racist
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila la geng2 dap dan macai bengong ni nak kena covid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 12:24 PM | Show all posts
SETUJU !!!!


Sesungguhnya yang mulia Tuan Lim Kit Siang malam sahaja yang benar benar prihatin terhadap rakyat


Tidak racist, anti komunis, berjiwa tenang (iaitu tidak galau)


Sangat sesuai diangkat menjadi next piyem kita





Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:26 PM | Show all posts
BTW Yang mulia Tuan Lim Kit Siang malam bagi takzirah jumaat kat mesjid mana tu?


Abam tak dapat pg mesjid sebab PKPB ni


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:27 PM | Show all posts
Bapak bagi takzirah jumaat


Anak suruh diam time azan


i lap u guys  


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:38 PM | Show all posts
dah tua2 pun BODOH
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 12:41 PM | Show all posts
Abam_Leh replied at 23-10-2020 12:27 PM
Bapak bagi takzirah jumaat

Anak suruh diam time azan

Penonggang agama sebenar.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
2. Selepas mencetuskan gelombang kedua wabak Covid-19 dengan konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari, kerajaan Perikatan Nasional ini tanpa teragak-agak menyebabkan gelombang ketiga pula melalui satu cubaan rampasan kuasa yang gagal di Sabah, yang telah menyebabkan berlakunya pilihan raya negeri Sabah dan gelombang ketiga Covid-19.


Perikatan Nasional = Malapetaka terburuk Malaysia sejak merdeka.Period
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:30 PM | Show all posts
dahsyat news yg di sampaikan oleh i.am.ph today. yes totally agreed
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:33 PM | Show all posts
kesian pulak LGE, ayam ph dan sekutu. udah macam orang meroyan gila talak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mereka sudah diberikan peluang 22 bulan.sekian.telima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kan kaka dah cakap.. najib da biol huhuhu. sian
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:48 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 23-10-2020 10:51 AM
Perkara yang baik dijadikan tauladan, perkara buruk dijadikan sempadan...

Buang yang keroh, amb ...

bila bang non nak jadi PM ni ? ada apa2 info terkini ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhhhhh derang ni... tak baik tauuuu selfish
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.474234 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list