CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 976|Reply: 5

[Politik] 'Umno, Bersatu kongsi kekasih sama, tak mungkin berdamai' dan 'Jangka hayat genc

[Copy link]
Post time 23-10-2020 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 23-10-2020 02:05 AM

Berkongsi kekasih yang sama...
'Umno, Bersatu kongsi kekasih sama, tak mungkin berdamai'
Diterbitkan 22 Oct 2020, 4:13 pm



Penganalisis politik, Wong Chin Huat meramalkan gencatan politik yang diumumkan oleh presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam tidak akan berkekalan.

"Umno dan Bersatu merupakan saingan bukan hanya untuk (jawatan) menteri, tetapi akhirnya mereka adalah pesaing yang mencintai kekasih yang sama - kerusi majoriti nasionalis Melayu.

"Bolehkah dua lelaki yang cemburu dan berkongsi kekasih sama menjadi teman sejati?" tulis Wong di laman Facebooknya hari ini.

Wong yang merupakan seorang ahli sains politik menjelaskan bahawa Umno dan Bersatu perlu berkongsi kawasan pilihan raya di kawasan Melayu pada pilihan raya akan datang berikutan sistem 'first past the post' yang diamalkan di negara ini.



"Isu pokoknya adalah sama ada 15 kerusi Parlimen yang diambil Bersatu dari Umno harus dikembalikan kepada Umno, dan di situ tidak boleh (situasi) menang-menang," kata Wong.

Sekiranya Umno diberi laluan, Wong meramalkan bahawa Bersatu hanya akan memenangi tidak lebih daripada 20 kerusi pada pilihan raya akan datang.

Sebaliknya, jika Bersatu diberikan laluan, maka Umno mungkin kehilangan peluang seperti apa yang berlaku pada pilihan raya Sabah.

Semasa pilihan raya umum pada 2018, Umno memenangi 17 kerusi dewan undangan negeri (Dun) Sabah.

Pada tahun berikutnya, lapan Adunnya melompat menyertai Bersatu.



Ketika pilihan raya Sabah, Umno hanya berjaya meletakkan calon di dua daripada lapan kerusi, dan hanya menang satu kerusi.

"Umno tidak mensabotaj Bersatu yang merebut 19 kerusi. Namun, Umno ada enam daripada 26 kerusi yang ditandingi menentang PBS atau Star yang dibayangi Bersatu," katanya.

Daripada enam pertandingan yang dihadapi Umno menentang PBS atau Star, Umno hanya menang satu kerusi.

Lebih memburukkan keadaan, kata Wong, parti itu tidak berjaya mendapatkan jawatan ketua menteri, walaupun merupakan parti yang memiliki kerusi terbanyak dalam gabungan Gabungan Rakyat Sabah.



Wong meramalkan bahawa "gencatan politik" yang diumumkan Umno kemungkinan akan diikuti dengan rombakan kabinet.

"Mimpi buruk Bersatu tidak akan berakhir di situ. Menteri-menteri Umno akan menggunakan jawatan mereka untuk mengisi kehendak mereka untuk menghadapi Bersatu pada pilihan raya akan datang.

"Dijangka penyokong kedua-dua parti akan berebut kedudukan GLC, pelantikan politik di peringkat rendah dan kontrak tidak lama lagi," katanya.



Justeru, Wong membuat kesimpulan bahawa dua lelaki yang berkongsi kekasih  yang sama itu, tidak akan berdamai.

"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan dapat keluar daripada masalah dan Malaysia juga tidak keluar dari perebutan kuasa," katanya.

Gencatan politik bertahan setahun saja...
Penganalisis ramal hayat gencatan politik bertahan setahun saja
M Fakhrull Halim Diterbitkan Hari ini 8:17 am



Gencatan politik yang diumumkan Umno di tengah ketegangan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin hanya akan bertahan selama enam bulan ke satu tahun sahaja.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, meramalkan selagi tuntutan Umno tidak ditunaikan, selagi itulah rasa tidak puas hati akan kekal wujud.

Gencatan yang diumumkan kata penganalisis politik itu mungkin bertahan sehinggalah bahang Covid-19 reda.

“Selepas keadaan lebih tenteram, suhu politik sudah turun - mungkin selepas enam bulan atau setahun - keadaan akan kembali seperti biasa.

“Ini (gencatan politik) hanya untuk sementara waktu dengan mengambil kira sentimen rakyat yang kecewa dan marah dengan pemimpin politik yang dilihat taasub kuasa (semasa ancaman Covid-19),” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Gencatan politik diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi atas alasan mahu memberi keutamaan kepada agenda menangani Covid-19 dalam negara.

Pengumuman itu dilihat agak mengejutkan sebahagian pemerhati kerana baru minggu lepas, Biro Politik Umno menuntut syarat baru untuk meneruskan kerjasama mereka kepada PN.

Desakan itu hadir beberapa jam selepas Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan bukti sokongan majoriti yang didakwa dimilikinya, sekaligus menguatkan dakwaan Ahmad Zahid sebelum itu bahawa ramai ahli Parlimen Umno yang menyokong Anwar.

Reaksi kepada asakan dalaman

Oleh hal itulah, sesetengah pihak mendakwa Ahmad Zahid membuat pusingan U dengan menyokong PN semula. Bagaimanapun dakwaan itu ditepis Ahli Majlis Tertinggi Umno, Annuar Musa, yang mendakwa Ahmad Zahid mengutamakan nyawa dan kesihatan rakyat.

Meskipun Jeniri memandang gencatan politik itu mungkin dicapai selepas rundingan di belakang tabir dibuat di antara pemimpin PN bagi mengelakkan situasi kalah-kalah terutamanya ketika ancaman Covid-19 melanda rakyat, katanya, mungkin juga ada faktor lain.

Menurut Jeniri, ada kemungkinan 'pusingan U' itu dilakukan kerana Ahmad Zahid menerima asakan daripada pemimpin Umno setelah mengeluarkan kenyataan yang bersifat sepihak.

“Kita harus ingat dalam Umno ada berpuak-puak; ada puak yang menyokong Anwar (Ibrahim), ada puak yang menyokong Muhyiddin (Yassin).

“Kita tak boleh telan bulat-bulat kenyataan Annuar itu kerana hakikatnya, perubahan dari segi kepimpinan - walaupun turut mengambil kira isu dan masalah Covid-19 - juga ada kaitan dengan pergolakan, ada tentangan dalaman di dalam Umno itu sendiri.

“Jadi perubahan pendirian itu adalah sebahagian reaksi kepada asakan dan tindak balas pimpinan dari puak lain yang tak bersetuju dengan tindak-tanduk dan keputusan atau kenyataan yang dibuat oleh presiden,” katanya lagi.

Pandangan bahawa gencatan politik yang hanya akan bertahan sementara itu turut dikongsi penganalisis politik, Prof Dr Wong Chin Huat, dengan penerangan panjang lebar di Facebooknya.



Menyifatkan Umno dan Bersatu ibarat pesaing yang merebut kekasih yang sama - iaitu kerusi majoriti Melayu - Wong mempersoalkan apakah Bersatu sanggup menyerahkan 15 kerusi parlimen mereka kepada Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dalam keadaan situasi menang-menang tidak akan dapat dicapai.

Meskipun membayangkan Bersatu akan berdepan mimpi buruk dan meramalkan akan ada rombakan kabinet menyusul gencatan politik itu, Wong menyatakan, buat masa ini Bersatu tetap mempunyai kelebihan dalam rundingan.

Katanya, jika Muhyiddin berjaya dijatuhkan dan semua puak dalam Umno bersetuju mengadakan PRu mengejut, hal itu tidak akan dipersetujui pihak istana gara-gara wabak yang sedang melanda.

Kedudukan Zahid kekal kukuh

Selain itu, katanya, kerajaan majoriti alternatif tanpa Bersatu sudah tentulah memerlukan sokongan sama ada daripada PKR, DAP dan Amanah. Masalahnya, kata Wong, hal itu tidak akan dipersetujui oleh semua puak dalam Umno.

“Umno (yang akan) berpecah dulu apabila kerajaan Muhyiddin jatuh,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Pada masa sama, katanya, kedudukan PAS boleh dianggap sebagai entiti ketiga dalam PN dan parti itu bersikap ibarat orang yang menerima hantaran pinangan daripada dua individu berbeza tetapi tidak memuktamadkan janji kepada mana-mana pihak agar kedua-dua peminang itu tetap terus menaruh minat kepada mereka.



Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, PM Dr Azizuddin Mohd Sani, berpendapat PAS harus memuktamadkan keputusan sama ada mahu memilih Muafakat Nasinoal (MN) atau PN.

Setakat ini, katanya, Umno kelihatan tidak berminat meneruskan kerjasama PN sehingga PRU akan datang.

Jelasnya, Umno akan terpaksa membuat pengorbanan kepada PAS di bawah MN menjelangnya PRU nanti, dan lebih banyak pengorbanan terpaksa dibuat jika ia bertanding bersama Bersatu pula di bawah PN.

“Akar umbi bimbang kerana banyak ketua bahagian sudah tidak boleh menjadi calon kerana harus berkongsi dengan Bersatu,” katanya kepada Malaysiakini yang senada dengan pandangan Jeniri yang menyifatkan Umno tersepit dengan pendirian PAS.

Meskipun Jeniri menyifatkan pendirian yang berubah akan menjejaskan reputasi dan imej Ahmad Zahid di mata umum, seperti Azizuddin, Jeniri berasakan kedudukan Ahmad Zahid masih kukuh dalam Umno.

Bagi Azizuddin, kedudukan Ahmad Zahid tidak menjadi kebimbangan kerana mendapat sokongan Najib Razak - yang masih agak berpengaruh di dalam Umno - serta ahli kanan parti.

Turut berpengaruh, katanya, sistem hierarki dalam Umno itu akan memudahkan presiden mendapat sokongan yang kuat daripada ahli parti.

“Dua pertiga (di dalam Umno) masih menyokong kepemimpinan Ahmad Zahid.

“[...] Mereka (ahli Umno) tahu kalau mereka nak dicalonkan nanti dalam PRU, kena sokong presiden, jika tak sokong, tak bagilah nama (mereka),” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2020 10:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 10:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:30 AM | Show all posts
ada kah iols kekasih yang direbuti itew....

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:37 AM | Show all posts
Semoga terus kekal bersama demi menghalang DAP dari berkuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 11:40 AM | Show all posts
sumber: malaysiakini............

okey...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062390 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list