CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11696|Reply: 175

[Tempatan] Tak munasabah bayar gaji & elaun penuh kepada pekerja yang bekerja dari ruma

  [Copy link]
Post time 24-10-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tapi setau aku bdr la paling banyak kerja.Selepas pukul 6 ptg,pasti bos akan call tanya mcm2 kerja,kekadang sampai lewat mlm pun call jugak.tak jawab kang lawan tokeh.MEF mana tau pe.Nk protect kroni jer.Ko sekolah tak MEF

Adébáy Kobayashi-Zimbabwe Tengah


Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berpandangan adalah tidak munasabah pekerja yang perlu bekerja dari rumah (BDR) dibayar dengan gaji dan elaun penuh, susulan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan pekerja sektor awam dan swasta di zon PKPB tidak berada di tempat kerja.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsudin Bardan berkata, produktiviti kakitangan BDR pasti akan terjejas dan masih banyak syarikat yang berdepan dengan masalah aliran wang tunai berikutan wabak Covid-19.

Untuk mengarahkan majikan membayar gaji dan elaun penuh adalah tidak munasabah dan tidak mengikut konsep 'ada kerja ada gaji, tiada kerja tiada gaji'.

Kita (majikan) memang tak paksa pekerja ambil cuti tahunan tetapi kalau pekerja enggan ambil cuti tahun dan mengharapkan gaji penuh dibayar di saat mereka duduk di rumah dan tiada kerja untuk dilakukan, apa asas untuk arahan seumpama ini diberikan?" katanya.

Shamsudin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan yang memberi peringatan kepada majikan untuk tidak memaksa dan mengarahkan kakitangan menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji selepas MKN mengeluarkan arahan BDR semasa PKPB.

Saravanan juga menegaskan, majikan tetap perlu membayar gaji kakitangannya seperti biasa.

Namun Shamsuddin menjelaskan, bukan semua jenis pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah. Menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bukanlah satu paksaan tetapi ia perlu difahami bahawa ia adalah satu alternatif ketika syarikat berdepan dengan risiko pekerja tidak dibayar gaji apabila produktiviti berkurang atau tiada kerja untuk dilakukan.

Kalau mereka tidak mahu mengambil cuti tahunan, jadi kita terpaksa beri mereka tak ada gaji," katanya.

Selasa lalu, Menteri Kanan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kakitangan di peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah diarahkan bekerja dari rumah berkuatkuasa 20 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020, bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 di kalangan pekerja.

Ini berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan 9 kluster yang menular di pejabat.



Sumber: MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciri bos zalim
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudennn ohhh sudennnn..sejak kau putus cinta sama itu Jaiton tidak ku sangka kau berubah menjadi Saiton semasa covid ini..sungguh kejam hatimu Sudennnnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak pkp mac  haritu, Alhamdulilah aku aman2 WFH maybe sampai tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm tu sila potong gaji bos2 la wei. Kt ofis yg plg byk mengular bos2 sbb dah nama pun bos kan. Pkp tak pkp.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 24-10-2020 03:56 AM
Kalau mcm tu sila potong gaji bos2 la wei. Kt ofis yg plg byk mengular bos2 sbb dah nama pun bos kan ...

Ai setuju y ni .kekeke~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2020 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
leceh wfh ni.. bg tugasan 3 hari lps. ari ni baru nk buat. masa kita nk masak, masa tu la bertubi2 mesej masuk. tanya itu ini.
budak2 ni anggap cgu private tutor ke. org dah buat tugasan lain.. dia suka2 je nak buat yg mana.
pd hal kita dh tetapkn tarikh dan masa. ikut mcm jadual dlm klas la..
1 klas 30 kepala.. 5 klas 150 kepala angin nk layan.
ni dah pkl 12 mlm baru nk tgk latihan apa..
dah tu bengap plak. bg kuiz markah 10/100 aje.
kalo kat depan2 mmg dah ku debik budak ni
kdg2 terfikir yg tanya mcm2 soalan bengap mlm2 buta ni.. budak tu ke atau bapak budak yg merenyih..  
cepat la buka sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Shamsuddin Bardan mmg tak boleh harap pun. Tak ada kenyataan dia yg neutral...  penuh cemuhan pada pekerja.. dari dulu sampai sekarang, sama je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Oroi8887 at 24-10-2020 07:04 AM

Saiton sangat kalau dpt bos mcmni. Elaun ktaorg dah kena potong dah pun. Alhamdulillah masi brgaji penuh. Wfh pun keja elok je buat. Takde yg pending pon. Level atas2 tu hah yg byk ngulor. Pi mmpus la org2 mcmni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya perkataan dajei saja terlintas bila tgk muka dia. Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 24-10-2020 06:19 AM
leceh wfh ni.. bg tugasan 3 hari lps. ari ni baru nk buat. masa kita nk masak, masa tu la bertubi2 m ...

Hari tu kwn aku cite, anak dia darjah 1 baru nk start kelas online... Haru jah. Susah nk kawal bdk2 kecik ni.. ada 30 org, 30 tu bercakap x renti2. Cikgu tu pening kepala.. klu aku la mau dh mengaum mcm singa. Aku ni smpai skrg syukur x jd cikgu, klu x stress mnjang tngok pangai bdk2
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Oroi8887 replied at 24-10-2020 07:01 AM
Saiton sangat kalau dpt bos mcmni. Elaun ktaorg dah kena potong dah pun. Alhamdulillah masi brgaji p ...

Iollss setuju atasan paling banyak ular + useless nak mamps...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:17 AM | Show all posts
orang kita bila kita kata opis kita kat rumah mereka mencemuk dan pandang rendah
wahal bisnes dan opis dirumah sebenarnya adalah perkara bijak bagi yg bisness biasa2.
banyak overhead kurang dan ia amat selese,
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya la bos. U bos kan. Potong elaun kedatangan dah la boss's...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-10-2020 07:08 AM
Hanya perkataan dajei saja terlintas bila tgk muka dia. Sekian

Macam dajei?

Now kau cuba try test tengok diri kau dalam cermin ,  sama tak?

coz it takes one to know the other...

kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mmg WORK from home patut la dibayar gaji penuh. Mungkin elaun spt elaun kenderaan dan tol boleh potong sbb mmg tak pergi ofis. Kalau WFH tu konsepnya cuti from home then mungkin kena tengok balik. Saya pun majikan tp mmg konsep sykt WFH kebanyakannya sejak buka berapa tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin utk.company GLC mcm f***a patut buat..wfh to them is langsung tak buat apa..kena tunggu masuk opis Baru buat keje..patut la company melingkup Ada staff Bodo mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
'Jika mereka tidak mahu mengambil cuti tanpa gaji,kita terpaksa memberi mereka tanpa gaji'.
Macam jilaker jer ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:56 AM | Show all posts
stress masa wfh...
org kat opis mintak mcm 2 info...
tanya tu ini...
padahal semua tu lagi senang dapat kat opis kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.079414 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list