Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
970
View
21
Reply

[Politik] Update: 6 sejarah peristiwa darurat di Malaysia, no. 3 dan no 5 MIRIP sekarang #15 Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti dan #MuhyiddinOut SEMAKIN ‘trending’ di Twitter!

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-10-2020 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 24-10-2020 03:18 AM

Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
10 hours ago



WUJUD gerakan atau komplot sama ada daripada dalam parti kerajaan ataupun pihak pembangkang merisikokan kedudukan Perdana Menteri dalam Parlimen.

Justeru, bagi mengelak kedudukan terjejas terutama menjelang sidang Dewan Rakyat pada 2 November dan pembentangan Belanjawan 2021, Perintah Darurat adalah pilihan terbaik.

Ini kerana, dalam situasi krisis kesihatan akibat pandemik Koronavirus (Covid-19), pembubaran Parlimen bukanlah pilihan yang bijak.

Malah, Yang di-Pertuan Agong sudah tentu tak akan memberi perkenan terhadap pembubaran Parlimen bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

“Bagi saya, dalam keadaan Covid-19, perkara ini tidak boleh berlaku, proses demokrasi yang mereka harapkan untuk bertanding atapun untuk rebut kuasa itu saya rasa tak boleh berlaku.

“Sebab ia akan wabak Covid-19 meningkat. Kalau macam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kita sudah tahu pandemik itu meningkat.

“Darurat kita kali ini adalah sebab masalah Covid-19 yang semakin naik dan kerajaan isytihar darurat atas dasar itu.

“Begitu juga ada isu politik, di mana kita dapati ada gerakan daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Beliau kata ada suara sama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah yang hendak undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“UMNO pula kita lihat, hendak bagi kata dua kepada Muhyiddin, jadi kita pun kalutlah dari segi politik.

“Kita kena ada darurat sebab terlalu banyak pihak berkomplot untuk merebut kuasa.”

Demikian kata penulis dan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam mengulas jangkaan pelaksanaan Perintah Darurat ketika dihubungi Suara Merdeka hari in.

Tambah beliau, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, apabila seorang Perdana Menteri itu kehilangan sokongan majoriti, maka beliau tergugur daripada jawatan itu.

Ia sepatutnya berlaku secara automatik dan Perdana Menteri berkenaan perlu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri atau mengadakan pilihan raya.

Dalam pada itu, Ramlah memaklumkan pelaksanaan Perintah Darurat bukan satu perkara besar memandangkan Malaysia pernah melaksanakannya pada 1970.

Ia adalah susulan taragedi selepas Pilihan Raya Umum pada 1969 iaitu peristiwa 13 Mei dan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 1970.

Menurut beliau, Mageran yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein berkuatkuasa selama empat tahun sehinggalah PRU diadakan pada 1974.

“Ketika pembentukan Mageran, ketika itu Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri dilantik menjadi Pengerusinya.

“Dibentuk satu pentadbiran yang mengandungi agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia, orang politik dan pegawai kerajaan.

“Pegawai kerajaan menjadi orang yang melaksanakan perintah yang dibuat dalam Mageran.

“Masa itu juga beberapa dasar diperkenalkan seperti dasar ekonomi baharu, Akta Hasutan dan Jabatan Perpaduan Negara.

“Dalam situasi sekarang, tiada Timbalan Perdana Menteri, cuma ada empat orang Menteri Kanan, jadi dekat situ ada kesukaran untuk melantik orang lain menjadi Perdana Menteri Interim,” jelasnya.

Terdahulu, berita pelaksanaan Perintah Darurat bertiup kencang berikutan Mesyuarat Khas Kabinet di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya pagi tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu bertindak menghadap Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Pekan, Pahang pada pukul 5 petang tadi. – SM

Darurat: #MuhyiddinOut ‘trending’ di Twitter
2020-10-23



DESAS desus mesyuarat khas Kabinet hari ini dikatakan mempertimbang untuk mengumumkan darurat kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19 menyebabkan #MuhyiddinOut dan #darurat ‘trending’ di Twitter.

Berdasarkan semakan Malaysiapost di Twitter hashtag bagi darurat dan nama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berada di kedudukan teratas isu paling ‘trending’ di Malaysia ketika ini.

Malah, YDPA (Yang di-Pertuan Agong) juga berada di kedudukan paling ‘trend’ susulan kemungkinan darurat yang bakal diumumkan kerajaan.

Ini selepas Perdana Menteri tiba di Istana Abdul Aziz, Kuantan bagi menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi melaksanakan darurat kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19.- Malaysiapost



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:05 AM | Show all posts


Anwar Ibrahim
14 jam
KENYATAAN MEDIA
23 Oktober 2020

Saya mengikuti rapat laporan-laporan yang mengandaikan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan langkah darurat bagi menyekat proses Parlimen. Hari ini kita sedang menyaksikan babak sejarah yang tidak pernah berlaku sebelumnya yakni mempunyai sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan, dan sedang menggunakan wabak Covid-19 yang memungkin penyalahgunaan kuasa.

Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara. Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah kebelakang yang akan memungkin kediktatoran. Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri.

Dengan langkah ini, maka kerajaan Perikatan Nasional yang tidak ada keabsahan ini telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang kita hadapi sekarang. Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak kebelakang.

Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi. Apa yang kita perlukan dalam mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian. Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa.

ANWAR IBRAHIM


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:09 AM | Show all posts
Darurat: Keputusan pendek akal, penting diri – Anwar
2020-10-23



“KEPUTUSAN pendek akal dan penting diri,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau mengikuti rapat laporan yang mengandaikan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan langkah darurat bagi menyekat sidang Parlimen.

“Hari ini, kita sedang menyaksikan babak sejarah yang tidak pernah berlaku sebelumnya yakni mempunyai sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan.

“Dan sedang menggunakan Covid-19 yang memungkin penyalahgunaan kuasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pengisytiharan darurat hanya dilakukan apabila terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

Tetapi katanya, apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah ke belakang yang akan memungkinkan kediktatoran.

“Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri.

“Dengan langkah ini, maka kerajaan Perikatan Nasional yang tidak ada keabsahan ini telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani pandemik Covid-19 dan kemelut ekonomi yang kita hadapi sekarang.

“Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak ke belakang,” katanya.

Beliau berkata, ramai masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak pandemik adalah dengan melemahkan demokrasi.

“Apa yang kita perlukan dalam mendepani pandemik Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian.

“Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa,” katanya. – Malaysiapost

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:14 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:18 AM | Show all posts
"Guna alasan Covid-19 untuk isytihar darurat seperti menampar lalat guna tukul besi," — Pakar Perlembagaan, Prof Aziz Bari

#BantahDarurat #ProtesDarurat #MuhyiddinOUT

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:20 AM | Show all posts


Muhyiddin takut nak bentang bajet di Parlimen sebab takut bajet tak lulus dan terbukti dia tak ada majoriti (indirect vote of no confidence).

Dia takut masa tu nanti semua orang tahu dia seorang PM yang tidak ada majoriti dan terpaksa letak jawatan.

Sebab itu dia mahu isytiharkan darurat.

Bila darurat parlimen akan digantung, tiada lagi semak imbang, dia boleh buat apa sahaja dia suka tanpa melalui parlimen, tanpa dipersoalkan dan dibahas keputusan yang dibuat.

Jika Muhyiddin betul ada sokongan majoriti sebagai PM, dia takkan minta isytihar darurat.

Namun darurat akan bawa implikasi yang sangat besar, akan bunuh ekonomi, pelabur akan keluar dari Malaysia, rakyat akan bertambah susah.

Tapi Muhyiddin tak peduli semua itu asalkan dapat kekalkan jawatan orang nombor satu negara.

Teringat kata Tengku Mahkota Johor satu masa dahulu

"Orang yang dah nak lemas, tahi pun dia sanggup capai,"

#MuhyiddinOUT


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:24 AM | Show all posts


Banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan DARURAT sebagai salah satu situasi yang DIKECUALIKAN untuk dibuat tuntutan.

Adakah anda sokong Muhyiddin mahu isytihar DARURAT?

#MuhyiddinOUT


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:35 AM | Show all posts
Darurat: Bersih terkejut
Mohon ahli politik ketepi perbezaan, termasuk meminta PH tidak menentang PN di Parlimen
13 hours ago



GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) terkejut dengan berita bahawa darurat akan diisytiharkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata, darurat tidak perlu jika sasaran pelaksanannya adalah untuk menangangi situasi Covid-19.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu menganggap langkah menguatkuasakan darurat sebagai tindakan yang berlebih dan mungkin akan menjadi permulaan yang mendatangkan bahaya kepada sistem demokrasi negara.

Bersih 2.0 mendakwa, adalah munasabah untuk beranggapan tujuan utama kerajaan untuk menasihati Agong mengisytiharkan darurat adalah disebabkan oleh faktor politik.

Ini kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hanya mempunyai majoriti dua atau tiga ahli parlimen dan tergugat dengan langkah terbaharu oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan.

“Sekiranya perintah darurat melibatkan penggantungan parlimen dan kebebasan awam, maka ianya adalah sama seperti rampasan kuasa sendiri oleh kerajaan Muhyiddin untuk kekal berkuasa.

“Perintah darurat membenarkan kerajaan lantikan Agong untuk membuat ordinan yang akan mempunyai kuasa dan kesan yang sama seperti Akta oleh Parlimen, dan ianya akan berkuatkuasa sepenuhnya sehinggalah ianya ditarik balik atau dibatalkan serta ordinan tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Darurat juga akan memberikan Kerajaan Persekutuan kuasa untuk melanggar bidang kuasa kerajaan negeri.,” kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Bersih 2.0 yang dilihat oleh umum sebagai terlalu pro-Pakatan Harapan itu berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersasar seperti yang sedang dilaksanakan sekarang adalah mencukupi sekiranya tujuan darurat dikuatkuasakan adalah untuk melawan Covid-19.

Katanya, Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi menyediakan langkah-langkah pencegahan penyebaran Covid-19.

Justeru, Bersih 2.0 memohon kepada semua ahli politik untuk mengenepikan sebarang perbezaan dan bekerjasama dengan persetujuan ‘keyakinan dan perbekalan’.

“Ini bermaksud pembangkang akan bersetuju untuk tidak menentang kerajaan PN dalam undi percaya atau berkenaan isu perbekalan namun masih mengekalkan hak untuk membangkang rang undang-undang yang lain.

“Ini bagi memastikan bahawa bantuan belanjawan Covid-19 yang akan dibentangkan pada bulan hadapan akan diluluskan dan mengekalkan kestabilan dalam Parlimen,” kata Bersih.-SM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:48 AM | Show all posts
Muhyiddin bukan semestinya PM semasa darurat
Oleh BORHAN AHMADOctober 24, 2020 8:50 am



Selepas Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersembahkan agar darurat diistiharkan di negara ini, kini Tuanku Yang Dipertuan Agong akan membincangkan dengan Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan.

Bagi banyak pihak, Tuanku tidak terikat sekarang samada mahu menerima cadangan itu atau melantik Muhyiddin sebagai ketua pentadbir negara semasa tempoh darurat kerana Baginda akan mementingkan negara bukan lagi individu.

“Tuanku tidak semestinya melantik Muhyiddin sebagi ketua pentadbir. Baginda boleh melantik orang lain untuk menjadi perdana menteri semasa tempoh darurat ini,” kata Dr Zulqarnain Lukman, peguam yang mengetuai Biro Undang-undang AMANAH atau Kanun.

Bagi Zulqarnain juga, semua orang sedar sekarang kegagalan Muhyiddin untuk membuat perundingan dengan pihak-pihak untuk mempastikan majoriti MP menyokong beliau dan seterusnya mengekalkan kerajaannya.

“Beliau gagal berkongsi kuasa. Dia mau bolot saja. Hasilnya semua marah termasuk Umno. Pas saja yang tak marah,” kata bekas pemimpin pemuda Pas itu.

Media melaporkan, Yang Dipertuan Agong akan merujuk permohonan Kabinet Muhyiddin untuk mengistiharkan darurat selepas Baginda dipersembahkan mengenainya di Istana Pahang.

Bagi orang kanan Datuk Seri Najib, tidak sesuai Baginda melantik Muhyiddin kerana sudah diketahui beliau tidak mempunyai sokongan majoriti atau ditolak anggota Dewan Rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya lalu.

Datuk Lokman Noor Adam dalam facebok beliau berkata, permohonan Muhyiddin dan Kabinetnya untuk diadakan darurat sudah diketahui kerana beliau tidak mahu belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan nanti ditolak.

“Jadi jelas, Muhyiddin tahu dia tidak ada sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat,” kata beliau menerusi facebooknya.

CALON-CALON PM SELAIN MUHYIDDIN

Bagi Dr Zulqarnain, jika bukan Muhyiddin, ada dua calon yang mungkin akan menjadi perhatian untuk dilantik sebagai ketua pentadbir negara ketika berada dalam tempoh darurat ini.

“Pertama Azmin Ali. Saya rasa Azmin membaca sejarah ketika beliau mengusulkan dalam mesyuarat Kabinet agar negara dikenakan perintah darurat.

“Ketika Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri dahulu mencadangkan darurat, Tun Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri dipilih sebagai ketua pentadbir negara semasa darurat bukan Tunku,” kata Zulqarnain yang mempunyai PhD dalam undang-undang.

Jadi, katanya, beliau tidak terkejut Azmin merancang untuk memungkinkan beliau dilantik menjadi PM semasa kerajaan darurat.

“Kalau di Selangor dia boleh buat, dia juga boleh buat di sini kerana beliau dianggap penjaga pintu istana,” katanya.

Nama kedua yang mungkin menjadi pilihan Tuanku adalah Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang dipanggil Tuanku untuk menghadap Baginda selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap pada 13 Oktober lepas.

“Saya rasa Tuanku akan mempertimbangkan Tengku Razaleigh. Pertama kerana beliau bukan tokoh dominan dalam Umno, kedua umurnya sudah 84 dan yang ketiga dia ada darah raja.

“Dengan ciri-ciri ini, Ku Li akan bertindak bukan untuk kepentingan dirinya secara peribadi sebagaimana Muhyiddin yang akan dikatakan cuba untuk menjaga kepentingan dirinya.

“Dengan umur 84 tahun, Ku Li bukan mentadbir atas cita-cita politiknya. Dia juga bukan berwatak suka berperang,” kata Zulqarnain.

APA MAKNA DARURAT

Dalam masa yang sama, Zulqarnain menjelaskan makna darurat kepada rakyat negara ini.

“Darurat bermakna pemusatan kuasa kepada pihak yang dilantik. Keputusan mereka tidak boleh dipertikai oleh mahkamah, orang politik juga tidak boleh bertindak melalui parlimen kerana parlimen digantung.

“Jika didapati mana-mana pihak cuba mengganggu gugat kuasa mereka, undang-undang baru boleh dibuat tanpa perlu ke parlimen. Ia termasuklah menyekat suara-suara itu dengan menyekat media sosial misalnya, jika ia didapati mengganggu.

“Mahkamah tidak boleh campur tangan dalam mana-mana peraturan yang dibuat melalui perintah darurat,” kata beliau.

Antara mangsa utama darurat dalam sejarah adalah tokoh wartawan Said Zahari yang ditahan bertahun-tahun di bawah perintah darurat.

MANGSA UTAMA DARURAT

Kesan utama kepada darurat adalah ekonomi, kata Zulqarnain lagi.

Ini kerana pelabur takut untuk melabur kerana ketidaktentuan kepada pelaburan mereka.

“Jika kerajaan yang dilantik mendapati wang negara tidak cukup misalnya, GST boleh dikenakan balik tanpa perlu di bawa ke Parlimen. Ia boleh dilakukan semasa perintah darurat,” kata beliau.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 10:57 AM | Show all posts
Muhyiddin’s govt resorting to ‘undemocratic means’ to consolidate itself, Anwar says amid ‘emergency’ talk
Friday, 23 Oct 2020 07:18 PM MYT



KUALA LUMPUR, Oct 23 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim today accused Tan Sri Muhyiddin Yassin’s government of resorting to undemocratic means to stay in power following reports that the administration was seeking to declare a state of emergency during the ongoing Covid-19 pandemic.

Anwar said the Perikatan Nasional (PN) government, knowing it would fail to demonstrate majority support in Parliament, is using the Covid-19 crisis as an excuse to justify its abuse of power.

He noted that a state of emergency was only declared when there is a threat to national security, adding that a proclamation under such circumstances is nothing more than the descent into dictatorship and authoritarianism when the government is itself the source of that threat.

“By seeking emergency powers the illegitimate PN government reveals its sheer incompetence in handling Covid-19 health and economic crisis.

“While the rest of Asia is looking for ways to manage the virus and reopen their economies safely, Malaysia is heading in the opposite direction.

“We have yet to see a solid strategy to handle the crisis and on the back of growing criticism, the government thinks a receding democratic power is the best strategy,” he said in a statement here.

Instead of seeking to implement emergency measures to curb the parliamentary process, Anwar said what the country needed was transparency, accountability and firm action by the various ministries in overcoming the crisis.

“The government has failed to provide strong leadership in handling this crisis and is instead resorting to undemocratic means to stay in power,” he added.

He also strongly advised Muhyiddin to reconsider the legacy of such actions taken out of self-interest and selfishness.

Speculation had been rife since early this morning that the PN government is seeking declare a so-called state of “partial emergency” as Malaysia struggles to contain the daily spike in Covid-19 infections that has also hurt the economy.

Muhyiddin had earlier arrived at Istana Abdulaziz in Kuantan, Pahang for an audience with the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, understood to be conferred special emergency powers to handle the outbreak.

This comes amid a move by PKR president Anwar to show to the Agong that he commands the majority in the Dewan Rakyat, a move that has been stalled with Istana Negara refusing any audience due to the Covid-19.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 11:07 AM | Show all posts
Langkah ketaq lutut..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 11:13 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 24-10-2020 03:17 AM

Sejarah pengisytiharan darurat di negara kita
Diterbitkan 23 Oct 2020, 9:23 pm



Malaysia telah melalui beberapa kali pengisytiharan darurat semasa perang, kekacauan awam, krisis politik dan bencana alam.

Malaysiakini menyorot beberapa contoh perintah darurat yang diisytiharkan pada masa lalu.

1. Pemberontakan Komunis (1948-1960)

Tempoh darurat yang paling diingati membabitkan pemberontakan komunis atau Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (MNLA).

Ini menyebabkan British mengharamkan parti politik tertentu dan mereka yang disyaki terlibat dengan anasir komunis ditahan dan ini peperangan ini berlarutan sehingga pembentukan kerajaan Malaysia.

Pilihan raya umum pertama Tanah Melayu pada Ogos 1959 dan persidangan Parlimen pertama pada bulan September 1959 diadakan pada waktu darurat.

2. Konfrantasi (1964)

Pada 3 September 1964, kerajaan Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan darurat setelah berlaku pencerobohan oleh tentera Indonesia.

Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964 diluluskan oleh Parlimen yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggubal peraturan-peraturan darurat untuk membolehkan harta benda disita, aktiviti pencarian dan tangkapan.

Selain itu Peraturan Darurat (Perbicaraan Jenayah) 1964 digubal untuk mempercepat perbicaraan jenayah.

3. Sarawak (1966)

Kuala Lumpur meletakkan Sarawak dalam keadaan darurat pada 14 Sept 1966, dalam usaha menyingkirkan Stephen Kalong Ningkan sebagai ketua menteri.

Parlimen menggubal Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan Sarawak) 1966 yang memberikan kuasa mutlak kepada gabenor Sarawak dan kuasa untuk mengadakan Majlis Negri tanpa nasihat ketua menteri.

Apabila Majlis Negri bersidang pada 23 September 1966, undi tidak percaya diluluskan dan Kalong Ningkan disingkirkan sebagai ketua menteri.

4. Rusuhan 13 Mei (1969)

Rusuhan kaum berlaku selepas pilihan raya pada 10 Mei 1969. Darurat diisytiharkan pada 15 Mei 1969, ketika parlimen sudah dibubarkan.

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1, 1969 digubal oleh Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan kuasa eksekutif dan perundangan kepada Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Mageran, seterusnya menggubal Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Parlimen baru disusun semula pada 20 Februari 1971 - hampir dua tahun selepas pilihan raya.

5. Kelantan (1977)

Darurat diisytiharkan pada 8 Nov 1977 akibat rusuhan politik di Kelantan setelah Mohamad Nasir enggan meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Parlimen kemudian meluluskan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang memberikan kawalan eksekutif negeri ini kepada pengarah kerajaan yang dilantik oleh perdana menteri, manakala sultan, yang juga Agong pada masa itu, memegang kuasa perundangan.

Mohamad Nasir kekal sebagai menteri besar sehingga pilihan raya Kelantan pada 1978.

6. Darurat jerebu (1997, 2005 dan 2013)

Tidak semua keadaan darurat ada hubungan kait dengan kuasa perundangan atau eksekutif khas.

Pada tahun 1997, 2005 dan 2013, darurat diisytihar di wilayah tertentu di Sarawak, Selangor dan Johor ketika pencemaran udara mencapai status sangat tidak sihat.

Ini bagi memaksa orang ramai tinggal di rumah dan penutupan operasi sektor perkhidmatan awam dan swasta yang tidak penting.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal2 sebab nak selamatkan muhyiddin , agong dah mula dicerca . Berbagai kata hina tapi aku tak campor .  Apatah pada bangsa lain , kita tak mampu tunjukkan kita boleh menjadi adil .
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalah tu kalah la ..  dah takde majoriti letaklah jawatan . Ini semua termaktub dlm perlembagaan dan proses demokrasi . Kenapa nak ubah2 nak gantung perlembagaan bagai ??  Kenapa nak seret agong bagai ??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tu la midin... masa blm jd PM janji sana sini... dh naik jd PM tak tunai janji2...

ingat... bila kita berjanji wajib tunaikan.. kalo dh niat tknak tunaikan jgn suka2 berjanji...

ni la padahnya...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2020 11:38 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 24-10-2020 03:39 AM

Spekulasi darurat selamatkan Muhyiddin atau negara?
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN, ROSALWANI CHE SOH | | 24 Oktober 2020



SEJAK kelmarin, desas-desus tersebar luas mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membuat satu keputusan besar dan mengejutkan lebih 31 juta rakyat Malaysia.

Tanda-tanya langkah terkini Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin diperkuatkan dengan pengesahan satu mesyuarat Kabinet diadakan pagi semalam, hanya dua hari selepas mesyuarat Kabinet mingguan diadakan pada Rabu lalu.

Mesyuarat Kabinet terkini itu dianggap ‘luar biasa’, sekali gus membawa spekulasi awal kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet atau pembubaran Parlimen.

Bermula 13 Oktober lalu, rakyat negara ini sudah berdepan dengan polemik percaturan politik yang merimaskan membabitkan watak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin sendiri.

Bagaimanapun, pagi semalam, Sinar Harian menerima berita mengejutkan apabila Jemaah Kabinet didakwa telah bersetuju membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat dengan Muhyiddin sendiri dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong atas tujuan itu.

Kali terakhir negara mengisytiharkan darurat seluruh negara adalah selama dua tahun selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehingga 1971, dan sebelum itu selama 12 tahun pada tahun 1948 sehingga 1960 kerana ancaman pengganas komunis.

Hayat politik

Ancaman gelombang ketiga pandemik Covid-19 diakui amat membimbangkan pada ketika ini dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes jangkitan bakal menjangkau 1,200 kes sehari dalam tempoh masa terdekat.

Namun dengan kerajaan masih belum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adakah pelaksanaan darurat benar-benar bertujuan menyelamatkan Malaysia atau sekadar menyambung hayat politik Muhyiddin?

Pakar perlembagaan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof berpandangan pelaksanaan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada saat penularan pandemik Covid-19 semakin kritikal adalah keputusan tepat.


Muhyiddin Yassin - Foto Bernama

Beliau turut menjelaskan pelaksanaan darurat itu juga bukan perkara luar biasa, mengambil kira sejumlah 79 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina sudah melaksanakan inisiatif sama sebelum ini.

“Pelaksanaan darurat merupakan satu ruang yang disediakan Perlembagaan Persekutuan bagi memberi peluang kepada kerajaan sedia ada menyelesaikan masalah negara yang tidak boleh diselesaikan menerusi kaedah pentadbiran biasa.

“Darurat juga tidak perlu dianggap sesuatu perintah bersifat pemerintahan diktator atau ketenteraan.

“Ini berdasarkan pengalaman negara mengharungi beberapa pelaksanaan darurat sebelum ini, ia masih dijalankan berlandaskan pentadbiran awam. Tambahan pula, apabila darurat diisytiharkan berkaitan isu kesihatan seperti Covid-19, saya menjangkakan tiada implikasi besar terhadap ruang kebebasan rakyat akan berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ditanya mengenai bentuk kerajaan yang akan ditubuhkan selepas darurat dilaksanakan, Muhammad Fathi menjelaskan segalanya terpulang kepada kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam meneliti langkah itu kerana ia tidak semestinya menyebabkan Parlimen terbubar.

Selamatkan kerajaan

Mengenai aspek pergerakan rakyat sekiranya darurat dilaksanakan, pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar pula berpandangan rakyat tidak perlu bimbang kerana peraturan pergerakan mereka masih terpakai mengikut kaedah pentadbiran awam seperti biasa.

“Sekiranya berlaku darurat, sebarang keputusan pelaksanaan PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi terpakai sebagaimana berkuat kuasa ketika ini tanpa perlu pelaksanaan ‘perintah berkurung’.

“Selain itu, tiada jangka masa tertentu yang ditetapkan untuk proklamasi darurat. Oleh itu selagi mana proklamasi tersebut tidak dibatalkan Yang di-Pertuan Agong atau dirungkaikan oleh Parlimen, maka proklamasi tersebut tetap berjalan dan kuasa darurat bawah proklamasi tersebut boleh digunakan,” katanya.

Dari sudut pandang politik, pelaksanaan darurat seolah-olah dilihat hendak menyelamatkan kerajaan Muhyiddin yang dipercayai sudah hilang majoriti sokongan ahli Parlimen.

Ada baik, ada buruknya

Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan pelaksanaan darurat belum perlu diisytiharkan lagi, memandangkan kerajaan masih boleh melaksanakan semula PKP sebagaimana diimplementasi pada bulan Mac lalu.

“Saya melihat tujuan darurat dilaksanakan, sekiranya berlaku, tidak lebih sekadar memastikan kerajaan PN dapat mengelakkan dua persidangan penting Dewan Rakyat pada 2 November dan 6 November ini.

“Dengan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Muhyiddin yang dikemukakan lebih 20 ahli Parlimen dan kebimbangan usul Belanjawan 2021 tidak diluluskan susulan blok kerajaan kalah undi, langkah darurat yang secara automatik mengakibatkan Parlimen tergantung sekurang-kurangnya dapat ‘menyelamatkan’ hayat kerajaan buat masa sementara waktu,” katanya.

Pelaksanaan darurat sekiranya diputuskan Seri Paduka Baginda kelak adalah sah dari segi undang-undang dan tidak boleh dicabar mana-mana mahkamah.


Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dipengerusi Tun Abdul Razak ditubuhkan pada darurat tahun 1969.

Namun begitu, dari aspek moral politik, pelaksanaan darurat tidak sewajarnya berlaku kerana rakyat melihat langkah itu sekadar bermotifkan politik semata-mata.

“Oleh kerana rakyat memahami kerajaan PN kini ‘goyang’, saya bimbang rakyat akan melakukan penolakan terhadap kerajaan sedia ada sekiranya darurat menjadi kenyataan.

“Imej Muhyiddin dan kerajaan berkemungkinan akan bertambah buruk dengan defisit kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terjejas,” katanya.

Dari sudut pandang ekonomi pula, penganalisis ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berpendapat proklamasi darurat ada baik dan buruknya.

“Dari sudut kebaikan, politik negara akan menjadi lebih stabil, kerajaan akan lebih fokus menangani isu kesihatan serta ekonomi dan perkara itu secara tidak langsung menyumbang pemulihan ekonomi domestik.

“Namun, dari segi pandangan pelabur asing, proklamasi darurat tidak disukai mereka dan menjejaskan minat untuk terus melabur di negara ini. Ada kemungkinan aliran keluar pelaburan terutama membabitkan bursa saham secara besar-besaran akan berlaku,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuhan, selamat kan n aman kan la negaraku Malaysia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list