View: 2259|Reply: 23
|
[Politik]
Update: PM akan dikenang sebagai 'pengecut' jika gantung Parlimen - Chan Fong Hi
[Copy link]
|
|
Edited by I.am.PH at 24-10-2020 08:22 AM
Azhar kena kecam kerana tolak sidang parlimen dalam talian
Diterbitkan Hari ini 10:19 am
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini dihujani kecaman di media sosial selepas menegaskan persidangan Dewan Rakyat tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
Azhar menjelaskan, walaupun terdapat cadangan agar Malaysia mencontohi Australia - yang membenarkan sesetengah ahli parlimen mereka bersidang melalui sidang video - ia tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
Jelas Azhar, di Australia, ahli parlimen yang tidak hadir tidak dikira sebagai sebahagian daripada korum, tidak boleh mencelah, memerlukan notis 15 minit lebih awal dan tidak boleh mengundi.
“Sebab itulah saya katakan skema undang-undang ketika ini memerlukan (persidangan Dewan Rakyat) dijalankan secara bersemuka,” katanya lapor New Straits Times (NST) semalam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, mengakui untuk membolehkan sidang secara dalam talian dibuat di negara ini peraturan mesyuarat perlu dipinda.
Penjelasan Azhar itu diterbitkan oleh media seperti The Star, Berita Harian dan NST sejak minggu yang lalu dan diciap oleh stesen radio BFM semalam, tanpa maklumat terperinci.
Ia menyebabkan beberapa pengguna Twitter menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Azhar.
Pengguna Twitter @gizmoduck13 misalnya berkata jika anak-anaknya di sekolah dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian, maka anggota parlimen juga sepatutnya mampu berbuat demikian.
Warganet lain seperti @mr_skadoosh pula menyarankan Azhar sekurang-kurangnya mencuba, sementara @madnoh menegaskan beberapa sidang video terbukti dapat digunakan untuk kumpulan besar.
Seorang pengguna Twitter lain, @asymp_Meskipunts, mencadangkan Azhar berunding pihak yang berjaya melakukan sidang Parlimen Digital.
Parlimen Digital ialah inisiatif yang menghimpunkan 222 belia bagi membahas, membincang dan meluluskan rang undang-undang atau dasar melalui satu platform khas.
Inisiatif itu dipuji oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon.
Ia merupakan inisiatif susulan keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat selama sehari pada Mei.
Sidang Dewan Rakyat sepatutnya berlangsung semula pada 2 Nov ini sebelum diikuti pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov. Pemerhati berpendapat kerajaan Muhyiddin Yassin berdepan cabaran besar untuk mendapatkan sokongan mencukupi bagi meluluskan belanjawan berkenaan.
Ia dijadual dibahaskan oleh anggota parlimen sebelum diundi sama ada diterima atau ditolak pada 17 Nov.
Bagaimanapun, sidang Dewan Rakyat mungkin tidak akan berlaku sekiranya Putrajaya melaksanakan perintah darurat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ratusan komentar netizen mengecam PN...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ratusan mengecam beribu lagi menyokong...
Keh3 menyalak la ph oiii |
|
|
|
|
|
|
|
PM perlu letak jawatan, serah kepada budi bicara Agong
MOHD AZLIM ZAINURY | | 24 Oktober 2020
SHAH ALAM - Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil mencadangkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu berikutan krisis politik yang melanda.
Isham yang juga Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor itu berpandangan Muhyiddin perlu menyerahkan kembali kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk membuat sebarang keputusan.
"Ia untuk mengelakkan jalan yang panjang dan memakan masa tetapi dengan pengakhiran yang sama (perintah darurat)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, langkah itu lebih sopan dan 'gentleman' iaitu dengan memberi ruang sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan tanpa sebarang kekangan atau paksaan.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilaporkan belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan susulan Mesyuarat Khas Kabinet pagi semalam termasuklah cadangan menggantung Parlimen dan mengadakan pentadbiran darurat.
Menurut sumber, Al-Sultan Abdullah akan memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi mendapat nasihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai permintaan Kabinet tersebut.
Mengulas lanjut, Isham berkata, langkah yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah satu keputusan yang bijak dan tertib.
"Pada hemat saya terdapat beberapa sebab mengapa Yang di-Pertuan Agong memilih untuk memperhalusi sedalam-dalamnya cadangan darurat ini dan tidak sewenangnya memperkenankannya.
"Pertama ialah sekiranya terdapat cara atau pilihan lain yang boleh dilakukan dahulu sebelum langkah pengisytiharan darurat dibuat memandangkan ianya sepatutnya menjadi pilihan terakhir.
"Kedua ialah untuk mengelakkan peruntukan darurat dalam Perlembagaan disalahguna untuk kepentingan politik. Dalam sejarah dunia darurat akibat politik ini pernah berlaku namun tidak sepatutnya," katanya.
Dalam pada itu, Isham berkata, sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan cadangan darurat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri maka Perlembagaan dan Parlimen tidak akan digantung.
Katanya, sidang Parlimen yang dijadualkan pada bulan hadapan akan diteruskan.
"Walaupun terdapat permohonan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dalam sidang Parlimen ini, namun usul ini besar kemungkinan tidak akan dibentang atau diundi kerana prosedur Parlimen yang membolehkan usul-usul yang bukan melibatkan urusan kerajaan (seperti usul undi tidak percaya) bukan menjadi keutamaan maka ia tidak akan sempat dibentangkan," katanya.
Bagaimanapun katanya, pada sidang Parlimen bulan ini akan ada pembentangan perbelanjaan kerajaan untuk Bajet 2021 yang memerlukan undian Ahli-ahli Parlimen untuk diluluskan.
Menurut Isham, sekiranya kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk usul Bajet ini, maka ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan dan Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti.
"Apabila ini berlaku maka Muhyiddin tidak ada pilihan lain selain meletakkan jawatan dan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
"Dengan pembubaran Parlimen, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri sementara yang lain atau boleh melantik Muhyiddin kembali sekiranya Baginda perkenan," katanya.
Menurutnya, sekiranya wabak koronavirus (Covid-19) masih belum reda, maka tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihanraya selepas pembubaran Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan boleh dilanjutkan dengan pengisytiharan darurat.
"Dalam tempoh darurat ini kuasa adalah di tangan Perdana Menteri sementara yang baharu dengan memegang kuasa-kuasa yang diwakili secara statut atau prerogatif (delegated statutory or prerogative powers) dari Yang di-Pertuan Agong semasa tempoh darurat sehingga pilihanraya diadakan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tomatome replied at 24-10-2020 11:20 AM
Ratusan mengecam beribu lagi menyokong...
Keh3 menyalak la ph oiii
Haha, aku ketawa |
|
|
|
|
|
|
|
Azhar tu bajunkuning
Sebelah kananan tu azalina ke tu?
Serius ah? |
|
|
|
|
|
|
|
depresio replied at 24-10-2020 12:02 PM
Azhar tu bajunkuning
Sebelah kananan tu azalina ke tu?
Serius ah?
Yup azalina sbg timbalan speaker |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 24-10-2020 12:57 PM
Yup azalina sbg timbalan speaker
Lain bebenor
Tekejut aku nengok
Apesal kusam nya ya rabbi |
|
|
|
|
|
|
|
Murid sekolah pun boleh ikut kelas online tetapi Speaker Parlimen takut nak online... |
|
|
|
|
|
|
|
PM akan dikenang sebagai 'pengecut' jika gantung Parlimen - MP
Diterbitkan Hari ini 1:34 pm
Jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memilih untuk menggantung Parlimen - termasuk menerusi pengisytiharan darurat - sejarah akan mengenangnya sebagai perdana menteri yang "pengecut, kata ahli parlimen Kota Kinabalu Chan Fong Hin.
Chan berkata, Muhyiddin patut meneroka kaedah yang membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen.
Menurut Chan, ahli politik bersikap matang dan sudah tiba masanya untuk duduk bersama demi kepentingan rakyat.
“Semua orang perlu duduk bersama, tanpa mengira perbezaan politik.
“Jika Muhyiddin bertegas untuk meneruskan 'darurat', dia akan dikenang dalam sejarah Malaysia sebagai perdana menteri yang pengecut dan keyakinan dalam dirinya sehingga perlu melumpuhkan badan legislatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen DAP itu membangkitkan cadangan setiausaha organisasi parti itu, Anthony Loke agar Muhyiddin membuat rundingan dengan semua parti politik di Dewan Rakyat untuk memastikan kestabilan politik melalui gencatan politik.
Dua hari lalu, Loke juga berkata "gencatan politik" adalah perdamaian sementara bagi membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kelembapan ekonomi.
Bagaimanapun semalam, mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin dilaporkan setuju dengan pelaksanaan "darurat" atas dasar menangani penularan Covid-19.
Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam parti.
Dalam pada itu, Chan berkata Belanjawan 2021 dan pengurusan Covid-19 oleh kerajaan perlu diteliti di Dewan Rakyat, memandangkan pengundi telah memberi mandat kepada ahli Parlimen untuk berbuat demikian.
“Apa yang lebih teruk apabila ahli parlimen dari Sabah telah tiba di Kuala Lumpur dua minggu lebih awal untuk kuarantin, semata-mata untuk menghadiri sidang Parlimen yang bermula 2 Nov.
“Mungkinkah tempoh kuarantin kami ini akan sia-sia saja? Sebagai ahli parlimen dari Sabah, saya tidak berminat untuk ke Kuala Lumpur dan tinggal di hotel tanpa ada tujuan tertentu.
“Kami di sini untuk menjalankan tugasan rasmi sebagai ahli parlimen,” katanya lagi.
Sidang Dewan Rakyat dijadual bermula 2 November. Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 6 November dengan pengundian pada 17 November.
Perkara sama disuarakan oleh ahli Parlimen Kudat Isnaraissah Munirah Majilis yang juga menjalani tempoh kuarantin di ibu kota berkenaan pengisytiharan perintah darurat itu.
“Sedang dalam tempoh 14 hari kuarantin untuk persediaan parlimen kemudian mahu (isytihar) darurat? (Ia) paling teruk," ciapnya di Twitter.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannn.. biasalah loser, semua tak kena.. mcm la dorg jadi kerajaan bagus sangat.. puikkk...
Rakyat benci?? raykat je benci k. Ramai rakyat yang syg..
|
|
|
|
|
|
|
|
Waktu mcm ni jgn heran kalau ada rakyat doakan politicians mati beramai2 sbb covid19 |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu mcm ni jgn heran kalau ada rakyat doakan politicians mati beramai2 sbb covid19 |
|
|
|
|
|
|
|
Buat online nanti..letih main mute unmute..mute unmuteee mute unmuteee sampai ke sudahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Potpouri replied at 24-10-2020 04:26 PM
Kannn.. biasalah loser, semua tak kena.. mcm la dorg jadi kerajaan bagus sangat.. puikkk...
Rakya ...
Tapi depa buat kasi havoc mcm teruk sgt..depa mmg teror influence macai kalau x takdela ramai melayu pn dl tertipu dgn tipudaya depa.. menimbulkan persepsi n kencing sana sni kepakaran mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Chan fong hin who
another wuhan virus ka |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat mereka adalah bergantung kpd parti politik yg mereka sokong........ |
|
|
|
|
|
|
|
mujur kita masih ada YDPA yang akan jaga orang melayu kalau2 berlaku sesuatu
jangan jadi macam negara2 leluhur seperti china, india, indonesia, nasib rakyat mereka tak terbela oleh kerana kerakusan politikus.. tiada check and balance..
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa benda lah... sekarang kn dah elok .. aman tenteram.. lagi2 musim covid. |
|
|
|
|
|
|
| |
|