Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1197
View
16
Reply

[Tempatan] Hospital Universiti akan siasat dakwaan aduan doktor pelatih waktu kerja yang panjang, pembekuan cuti dan dakwaan buli dan dera oleh jururawat

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-10-2020 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Hospital Universiti akan siasat dakwaan ‘penganiayaan’ doktor pelatih
Faye Kwan -October 24, 2020 8:46 AM



PETALING JAYA: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan “penganiayaan” ke atas doktor pelatih di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) hospital itu.

Hospital tersebut menjawab pertanyaan FMT mengenai surat tanpa nama yang menyenaraikan aduan seperti waktu kerja yang panjang, pembekuan cuti dan dakwaan buli dan dera oleh jururawat.

“Pengurusan PPUM sedang menyiasat perkara itu. Selain itu, kita meminta pengadu melaporkannya kepada Jabatan Komunikasi Korporat supaya kita dapat ambil tindakan lanjut,” kata pemangku pengarahnya Iskandar Ahmad.

Surat tanpa nama yang dihantar kepada FMT itu adalah daripada seorang pengadu yang menggunakan nama samaran “Burnt Out Doctor”, yang dikatakan sedang menjalani latihan (housemanship) di hospital berkenaan.

FMT sedang mendapatkan pengesahan identiti pengadu terbabit.

Ketika dihubungi FMT, seorang doktor pelatih dari jabatan itu mengesahkan bahawa aduan mengenai waktu kerja yang panjang dan peraturan ketat adalah benar.

Katanya, wujud jurang komunikasi antara pegawai perubatan dengan doktor pelatih, yang selalunya menimbulkan teguran “hatta bagi kesalahan kecil”.

Doktor pelatih itu berkata, selain kerap dimarahi, beliau sendiri tidak dibuli oleh doktor atau jururawat di jabatan tersebut.

Katanya, beliau juga tidak pernah mendengar apa-apa mengenai dasar pembekuan cuti.

Surat itu menyebut pegawai pelatih berhak mendapat 1 hari cuti wajib di bawah peraturan Kementerian Kesihatan.

“Namun, sejak bulan lalu, cuti wajib kami ditolak oleh Jabatan O&G,” tulis surat itu.

“Kami sudah buat 2 syif malam setiap minggu dan bekerja lebih lama setiap hari selama beberapa waktu. Kami tidak dibenarkan memohon cuti.”

Surat itu turut mendakwa mereka dipaksa bekerja tanpa rehat, dan suhu yang sejuk di jabatan itu menyukarkan mereka untuk menyudahkan kerja.

“Ramai antara kami (doktor pelatih) akan memegang inkubator bayi hanya untuk memanaskan tangan. Pelatih yang berada di wad lain masih perlu menjalankan tugas mereka dalam keadaan jari membeku selama lebih 12 jam tanpa henti.”

Surat itu juga membuat dakwaan terperinci mengenai penyalahgunaan kuasa oleh jururawat di jabatan itu, selain mendakwa doktor pelatih terpaksa mengambil sampel najis dan mencari fail pesakit sementara jururawat terbabit “duduk dan berbual sesama mereka.”

Tambahnya, sebilangan pelatih meletak jawatan dan berdepan masalah kesihatan mental.

Surat itu juga meminta tindakan diambil berhubung perbuatan buli dan menggesa Kementerian Kesihatan memeriksa perkara itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 24-10-2020 12:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti ada set2 mangkak yg kata doktor pelatih ni sume manja la bagai.yg set2 mangkak ni lak kemain bangga citer konon best la zmn dia kene buli dgn rakan senior ms mula2 keje dulu
culture buli budak2 baru ni patut dihentikan
keje je la mcm biasa
perlu ke nak buli anak org
berapa ramai doktor pelatih meninggal ms eksiden sbb x cukup rehat
x rasa bersalah ke unless mmg senior tu hati iblis terlaknat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:09 PM | Show all posts
kes terpencil je kot ni...

tp betul budaya buli membuli ni patut dihentikan

jgn smpai ank sndri kene baru nak insaf
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 03:31 PM | Show all posts
merrissa replied at 24-10-2020 01:09 PM
kes terpencil je kot ni...

tp betul budaya buli membuli ni patut dihentikan

tau takpe.
sejak pengkhianat berkuasa nih, kes adib yg kerajaan bmf 22 bulan usahakan pon terhenti.

kes kecil dan terpencil katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 24-10-2020 03:31 PM
tau takpe.
sejak pengkhianat berkuasa nih, kes adib yg kerajaan bmf 22 bulan usahakan pon terhen ...


Abah da berdoa tu. Lgpon abah buat kjer snyap2. Mgkin penjenayah tu da msok ke dalam
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Set yang manja2 ni..biasa anak kayangan dan dtg dr universiti swasta...kerja nak mudah gaji nakbayk....problem diaorang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasibla x jd doktor... Underpaid sgt.. Kerja mcm nk mati..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Salute pada para doktor2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
singajantan replied at 24-10-2020 06:16 PM
Set yang manja2 ni..biasa anak kayangan dan dtg dr universiti swasta...kerja nak mudah gaji nakbayk. ...

Aku setuju sgt....itu belum kes sampai parent yang datang jumpa HOD mengadu  pasal anak.

Aku nak tahu jugak detail HO yang kata kena buli tu.

Sekadar selingan sebelum magrib..kebanyakan HO yang grad dari top Univ sama local ..lagi2 laa oversea (sponsored) memang jelas nampak diorg ni berkaliber utk jadi doktor dan bersedia dari segi knowledge .praktikal tu diorg kurang tapi fast learner. Tak salah belajar  dari misi atau matren yang lebih berpengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Housemen mmg penat...korang cuti mcm biasa jgn dok rajin simpan cuti pastu next posting x fulfilled requirements fail posting menangis plak.. HO belum.jadi doktor lagi.. so jadi la pelajar mcm biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi mama memang tak nafi..houseman ni penat gile .kdg 48 jam tgk baju sama
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 10:20 PM | Show all posts
Pengalaman my sister. Dia kena oncall every alternate day. Moat of the days dia tak sempat nak breakfast sebab kul 7 am senior dah panggil untuk lawat wad. Masuk OT dari pagi hingga ke petang.
Bila malam pulak, dalam kul 10-11pm, senior call suruh dia check patient. Senior takda sebab pergi kedai mamak.

Kesian dia orang ni. Bukannya manja tapi mmg penat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital Universiti? Ni berita zaman bila ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 24-10-2020 10:20 PM
Pengalaman my sister. Dia kena oncall every alternate day. Moat of the days dia tak sempat nak break ...

EOD tu perkara biasa .even MO ada terpaksa buat EOD. Tak sempat mkn tu misi nurse doktor pun pernah alami kalau  kerja hospital yang busy. Malang sapa kena buat HO kat spital busy tapi once finish..kat mana pun kena campak..ko pasti boleh berjaya lepas tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
stafnurse o&g mmg mostly babiiiik oink2
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ppum busy tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list