Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
3448
View
60
Reply

[Tempatan] Cukup-cukuplah guna singkatan PKP, PKPD, PKPDB. Pakar berkata, sistem amaran 5 peringkat mengikut kod warna adalah lebih jelas dan kurang mengelirukan. Setujukah anda? Result poll: 100% SETUJU!

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-10-2020 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 24-10-2020 07:49 AM

Cukup-cukuplah guna singkatan PKP, PKPD, PKPDB, kerajaan diberitahu
Nicholas Chung -October 24, 2020 7:29 AM



PETALING JAYA: Pakar kesihatan mencadangkan agar Malaysia beralih kepada sistem amaran berperingkat bagi menandakan perbezaan tahap kecemasan dalam krisis Covid-19 untuk memberikan informasi lebih jelas mengenai pelbagai protokol dan sekatan yang dikenakan.

Pengerusi Malaysian Medics International, Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam berkata: Kita perlu beri penjelasan dan arahan jelas kepada umum dan tak biarkan mereka bertindak sendiri. Kebanyakan maklumat yang masyarakat perlu tahu memang diberikan, tetapi ia mengelirukan.

Sebagai contoh nama-nama yang kita gunakan untuk perintah kawalan pergerakan, kita ada banyak variasi, iaitu PKP, PKPP, PKPB, PKPDB dan sebagainya.

Singkatan ini sebenarnya tidak ada makna. Saya fikir sistem amaran 5 peringkat di UK lebih berkesan kerana walaupun tanpa konteks, amaran itu masuk akal. Tahap 1 baik, tahap 5 buruk, katanya.

Britain dan Ireland memperkenalkan sistem 5 peringkat mengikut kod warna pada Mei untuk menentukan langkah berbeza untuk situasi yang berbeza.

Peringkat-peringkat itu adalah berdasarkan nombor pembiakan virus (R0, disebut R-naught) dan jumlah kes yang disahkan pada satu-satu masa.

Beliau berkata penduduk di UK dilatih untuk bersedia dengan setiap peringkat, selain perubahan tertentu yang berlaku dari semasa ke semasa, sekali gus menjadikan keadaan kurang mengejutkan.

Kerajaan Malaysia sebenarnya melakukan banyak perkara untuk mengekang Covid-19, malangnya kemahiran perhubungan awamnya lemah. Justeru orang awam tidak dapat mengukur dan menghargai tindakan yang diambil serta langkah berjaga-jaga yang diperlukan.

Pusat Galen untuk Kesihatan dan Dasar Sosial berkata tahap amaran lebih koheren berbanding larangan meluas dan umum diguna pakai di negara ini, selain menambah bahawa penggunaan zon sebelum ini berguna semasa peringkat awal pandemik.

Tetapi sekarang ia perlu diganti dengan kerangka lebih baik yang mencerminkan peningkatan pemahaman kita tentang wabak dan mengimbangkan hakikat bahawa kita perlukan bahagian-bahagian ekonomi kita berfungsi.

Amaran berperingkat atau bernombor dengan arahan yang jelas tentang apakah yang boleh dan tidak boleh dibuat lebih koheren dan kurang mengelirukan.

Kini ia nampak seperti sewenang-wenang dan kadang-kadang saling bercanggah dan tidak berdasarkan bukti, kata ketua pegawai eksekutifnya Azrul Mohd Khalib.

Azrul memberitahu FMT bahawa tidak harus ada kekaburan dalam keputusan mengenai SOP dengan mekanisme penyelarasan Majlis Keselamatan Nasional (MKN), walaupun pemegang taruh perlu dirunding lebih awal dan secara konsisten mengenai apa-apa perubahan.

Daripada sewenang-wenang membuat keputusan dan menjangkakan ia dilaksanakan, pemegang taruh, terutama sektor swasta mahukan dasar yang koheren, boleh dijangka dan konsisten. Jika tidak keadaan akan menjadi kelam-kabut dan merugikan diri sendiri.

Single Polls, Total 72 Users voted
93.06% (67)
6.94% (5)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 24-10-2020 12:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.
sistem kod warna tu nampak lebih mesra pengguna
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
idea yang bernas terutama ramai sekali yang bengap2 buat2 tak faham bila buat salah

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemimpin2 PN kurang bijak. Itu la sebab
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahh..warna x warna, menteri ttp x ikut sop!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bg sy....lebih kpd proses pemahaman jer...pon.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul... Smart people explain things in the simplest way...

Yg berbelit2 ni sebab dia sendiri tak paham dan keliru... Contohnya menteri ayor suam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Choii sibuk nak ikut UK padahal time first wave dulu UK ni gagal total kekang covid. Poooodaahh. Aku lost respect dah ngan sistem kesihatan negara2 west ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
entah aku pun x faham tempat aku kne pkpd tapi pastu pkpb sekarang nk thu flight dari sabah ke kl ada k xada
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 01:57 PM | Show all posts
Ofkos lah setuju

jadahnya last sekali Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Bersasar Diperketat Sila Meninggal

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Warna merah tu cina komunis DAP
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la..
Guna ala2 US gitu..
Def con-1
Def con-2
Def con-3
Def con-4
Def con-5..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju....ikut mcm s'pore lagipun pengurusan bencana dunia pun guna DORSCON alert level kod warna....sedangkan traffic light pun pakai warna xde problem pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jenis yg tak faham (atau buat2 tak faham) tu sama gak tak fahamnya nanti.

Kang penuh wassap bertanya apa beza tahap 1 dgn 2, apa beza 4 dgn 5.  Yg duk kat tahap 3 karang nak hidup macam tahap 2, atau panik terlebih2 keliru confused tak jelas lah

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 24-10-2020 02:43 PM
Kalau jenis yg tak faham (atau buat2 tak faham) tu sama gak tak fahamnya nanti.

Kang penuh wassap ...

Betul...padahal dorg tu yg x paham bahasa melayu...alasan jer. Bkn ssh shg pun nak ambik peduli...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakar-pakar ekonomi kata GST bagus, tapi politisyen PH tak ikut pun. So?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buta warna macam mana sis, mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
SPACE COP GABAN replied at 24-10-2020 02:51 PM
Betul...padahal dorg tu yg x paham bahasa melayu...alasan jer. Bkn ssh shg pun nak ambik peduli...

Betul gak, sebut PKP semua tak faham tp MCO paham plak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau letak lah nama apa pun kaler biru merah hijau oren pun..kalau dah dogei takdenya org ikut.
Sendiri mau ingat laa..kalau hari2 KKM bagitau kes sekian2 banyak ni, kau tetap horey horey kat luar jugak sebab kau tak peduli. Takkan nak kena sebat baru nak duduk rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list