View: 9211|Reply: 108
|
[Tempatan]
#PKPB dilanjutkan. 27 Okt - 9 Nov
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 26-10-2020 05:39 PM
PKPB di empat negeri wajar dilanjutkan dua atau empat minggu lagi - Pakar Kesihatan Awam
Hafizi Rosli
Oktober 24, 2020 13:12 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang dilaksanakan di empat negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Selangor) wajar dilanjutkan untuk dua atau empat minggu akan datang.
Jelas Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman, negeri-negeri berkenaan masih menunjukkan pola peningkatan kes COVID-19.
"Data kes yang ada menunjukkan wajar untuk disambungkan PKPB, sekurangnya dua ke empat minggu untuk kita melihat polanya.
"Sebagai contoh Sabah dan Selangor, kes aktif menujukkan peningkatan. Jadi saya mengesyorkan untuk disambung lagi," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Jelas Dr Malina, pelanjutan PKPB juga boleh memastikan kerajaan mengambil tindakan bersesuaian dan langkah pantas untuk membendung penularan yang lebih meluas lagi.
PKPB bagi negeri Sabah akan berakhir pada 26 Oktober manakala tiga negeri di Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor) akan berakhir pada 27 Oktober.
Susulan PKPB di keempat negeri ini, kerajaan memperkenalkan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan sebagai langkah mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik COVID-19 terutama di kawasan sedang menjalani PKPB. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...nampaknye laaa...nak buat lagu mana, nampak kes 3 digit je hehari dah lah tu > 600 per day , lebih teruk dari March 2020....
apa nak jadi tak tau laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pun.. tak perlu jd pakar kesihatan pun, kita sendirid dpt jangka akan berlanjutan pkp, pkpb ni semua..
Kalau semua patuh, insyaAllah reda la cuma amik masa.. |
|
|
|
|
|
|
|
mari kita dgr apa kata peniaga2 dan majikan2...pulok. |
|
|
|
|
|
|
|
alhijrahnews.com
LANJUTAN PKPB DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN BERGANTUNG PENILAIAN KKM
by Admin
2 minutes
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKDB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dibuat selepas penilaian dan analisa ancaman penularan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman lanjutan akan dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum PKPB di lokasi terlibat tamat.
“Kita akan bincang perkara ini. Saya percaya Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian dan analisa situasi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini.
“Insya-Allah lepas penilaian dibuat KKM akan nasihat kepada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara untuk buat keputusan. Jadi tunggu daripada KKM. Saya percaya paling lewat sehari sebelum tamat tempoh kita akan umum disambung atau ditamatkan,” katanya.
PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya yang bermula 14 Oktober akan berakhir 27 Oktober ini.
Manakala PKPB di Labuan yang bermula 17 Oktober akan tamat pada 30 Oktober depan. — AlHijrah Online
|
|
|
|
|
|
|
|
nst.com.my
CMCO extension will be made known at least a day before current phase ends | New Straits Times
1-2 minutes
KUALA LUMPUR: The government will announce whether or not to continue with the Conditional Movement Control Order (CMCO) in Kuala Lumpur, Putrajaya and Selangor at least a day before the order ends which is Oct 27.
The same goes for Labuan which is currently under CMCO until Oct 30.
Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the Special National Security Council (NSC) Meeting would have a discussion on the matter with the Health Ministry soon.
"The Health Ministry will have to conduct an analysis first on areas affected by the CMCO. After the analysis is carried out, the ministry will advise us on the decision.
"We shall wait and I believe we may announce the decision whether or not to continue with the enforcement at the latest a day before it ends.
"Wait for the government's announcement," he said in his daily press conference on non-health issues related to the Covid-19 pandemic today.
Earlier in the same press conference, Ismail Sabri announced that the CMCO in Sabah due to end Oct 26 is now extended until Nov 9.
|
|
|
|
|
|
|
|
bharian.com.my
COVID-19: PKPB Lembah Klang mungkin disambung | Berita Harian
Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman - Oktober 24, 2020 @ 8:21pm
PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin akan disambung jika kes COVID-19 di negeri itu semakin meningkat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya kini sedang memantau situasi jangkitan setiap hari, bagi melihat sama ada PKPB itu perlu disambung atau sebaliknya.
"Kalau kita lihat data dan kes, ia meningkat secara konsisten setiap hari. Jika ada peningkatan, kita akan cadangkan sambung lagi (PKPB) tetapi jika tiba-tiba tiada peningkatan dalam tempoh seminggu ini, mungkin tidak perlu.
"Sama ada perlu atau tidak (PKPB), data itu kita akan sebarkan dan masing-masing akan tahu sama ada perlu atau tidak, tapi yang nyata hari ini, data semakin meningkat," katanya pada sidang media mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 di sini, hari ini.
Beliau ditanya sama ada Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiiii malasnya nak go thru pkpb ni.
Kerja sales line ni susah jugak kalau tak dapat jumpa client. Orang makan gaji takpela lagi gaji jalan.
Nak jumpa laki pun payah sbb pjj.
Cukup2la asik rakyat yg nak kena korban. Dah berkorban byk masa pkp 2 bulan. Dah elok2 dah flatten the curve, datang dajal politician ni semua menyusahkan rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
freesia71 replied at 24-10-2020 08:43 PM
Aduhaiiii malasnya nak go thru pkpb ni.
Kerja sales line ni susah jugak kalau tak dapat jumpa c ...
Semoga dipermudahkan urusan chuols... |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan budak SPM 2020
Negei Selangor plak Trial SPM tak habis lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung or tak sambung sama je. Orang masih berkeliaran di luar. I masih kena g opis.
Bila kata kena WFH, bos sibuk keluarkan surat arahn untuk ke opis. So sama aje. |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 24-10-2020 10:28 PM
Sambung or tak sambung sama je. Orang masih berkeliaran di luar. I masih kena g opis.
Bila kata ke ...
Takpe. Ikut sop je. Dan doa byk2. |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 24-10-2020 10:28 PM
Sambung or tak sambung sama je. Orang masih berkeliaran di luar. I masih kena g opis.
Bila kata ke ...
actually wfh pun bil utiliti kita bayar & facility kerja kita yg kena sediakan, syukurlah kalau majikan nak bagi allowance wifi... kebanyakan majikan nak potong gaji lagi ada |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la sambung lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya kalo sambung lagi.. patot stop jaa cuma kuatkuasa pemantauan & undang2..
Pasni musti benarkan balik kenduri etc... patot segala jenis kenduri kendara kaa perhimpunan kaa diHARAMkan sampai vaksin dah ada & ready to go... bukan mampos pun kalo nikah tadak kenduri kendara... tu pun KERAjaan tak boleh nak pikiaq.... |
|
|
|
|
|
|
|
takyah la sambung lg
byk la urusan tertangguh
bukan sume urusan bleh buat online
patut kurung je semua politicians ni semua dlm kandang rimau
ni rakyat lak mcm kene terpenjara |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi nak tambah lagi ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Urusan aku utk renovate rumah dan pindah pun dah tergendala sejak pkpb ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|