CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 9

[Tempatan] UMNO kekal sokong PN, gesa tambah baik kerjasama politik. UMNO juga menolak ker

  [Copy link]
Post time 27-10-2020 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Umno kekal sokong PN, gesa tambah baik kerjasama politik

https://www.malaysiakini.com/news/548222

Diterbitkan Hari ini 12:42 am
Dikemaskini Hari ini 3:08 am



Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Majlis Kerja Tertinggi Umno mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

"Ahli-ahli Parlimen Umno akan terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Majlis Kerja Tertinggi Umno mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

"Ahli-ahli Parlimen Umno akan terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Ia diadakan selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pengisytiharan darurat, yang seterusnya menimbulkan tanda tanya terhadap sokongan Umno terhadap kerajaan PN.

Tindakan Muhyiddin memohon pengisytiharan darurat daripada Agong menerima reaksi bercanggah, dengan ada yang menyokong ia sebagai usaha memerangi Covid-19.

Sementara pihak yang tidak menyokong pengisytiharan darurat menyifatkan ia sebagai usaha Muhyiddin mempertahankan kedudukan susulan spekulasi yang mengatakan presiden Bersatu itu mungkin tidak lagi memegang sokongan majoriti di parlimen dan seterusnya akan kalah dalam undian Belanjawan 2021 bulan depan.

Agong menolak memberi perkenan terhadap cadangan Muhyiddin dengan menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.

Baginda juga mengingatkan agar ahli politik tidak membuat tindakan yang boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan.



Sementara itu, dalam kenyataan sama, Zahid berkata pihaknya akur dengan keputusan Agong menolak pengisytiharan darurat dan menyifatkan ia sebagai bijaksana dan melegakan rakyat.

"Bagi Umno, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat," katanya.

Ia juga menambah bahawa Umno mendokong sepenuhnya titah dan saranan baginda agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.



"Menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan juga parti-parti pembangkang.

"Mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah," katan kenyataan itu lagi.

Semua pemimpin parti yang hadir mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu enggan bercakap kepada media ketika mereka beredar pada pukul 12.45 pagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 08:58 AM | Show all posts

Terbaik

istiqomah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2020 09:00 AM | Show all posts
UMNO tetap sokong PN

https://www.kosmo.com.my/2020/10/27/umno-tetap-sokong-pn/

Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
27 Oktober 2020, 12:56 am



KUALA LUMPUR- Teka-teki sokongan UMNO kepada Perikatan Nasional (PN) terjawab apabila parti itu memutuskan untuk menyokong kerajaan PN.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan kerjasama tanpa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Ahli-Ahli Parlimen UMNO akan terus menyokong Kerajaan PN. UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat MT UMNO selama hampir empat jam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini tengah malam tadi.

Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang mengenai penarikan sokongan UMNO kepada PN.

Parti itu turut menyarankan agar inisiatif Rekonsialiasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang.

“Mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO mendukung sepenuhnya titah dan saranan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.

UMNO turut menjunjung kasih keputusan Baginda menolak permohonan perlaksanaan darurat yang dipersembahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu.

“Bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat,” ujar beliau.

Parti itu turut memastikan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional dapat direalisasikan. -K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:09 AM | Show all posts
Org UMNO ni selalunya jenis telunjuk lurus kelingking berkait.. Kalau tak dpt apa diorang nak, dah tentu buat kacau bilau lg sampai abg jamil mampus.

dah boleh2 jd Kingmaker terus ambil jalan mudah tunduk dgn abahkau secara tak langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:11 AM | Show all posts
EJALTI replied at 27-10-2020 09:00 AM
UMNO tetap sokong PN

https://www.kosmo.com.my/2020/10/27/umno-tetap-sokong-pn/

Jawa tu pun teringin nak jadi PM, gila lah kalau tak nak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbg PM dr golongan minoriti, kena timbal balik golongan majoriti yg support u. Kalau timbalan presiden UMNO jadi PM, saya sokong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2020 09:18 AM | Show all posts
sudah sudah lah berdrama akasia  cerekarama segala


tolong hormat titah agong ya


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Langkah matang dr puak yg matang berpolitik.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 11:54 AM | Show all posts
DAP ni parti anti melayu, anti bumiputera dan anti islam
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 11:56 AM | Show all posts
lepasni PRU sila buat undian utk calon PM sekali. so ad 3 kena undi, adun, parlimen n piyem... piyem x boleh mewakili mana2 parti  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.063794 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list