Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
456
View
7
Reply

[Tempatan] PAS zahir kesetiaan terhadap PM

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-10-2020 08:57 AM | Show all posts |Read mode
PAS zahir kesetiaan terhadap PM

https://www.malaysiakini.com/news/548230

Bernama
Diterbitkan Hari ini 8:40 am



PAS hari ini menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta mempertegaskan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen PAS bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang menyifatkan PN sebagai kerajaan prihatin berkata tindakan itu adalah bagi memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.

"PAS menjunjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.

"Pada masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) turut menyeru rakyat Malaysia untuk berdoa serta memohon perlindungan berterusan daripada tuhan supaya dihapuskan segera wabak COVID-19 agar negara kembali selamat, aman dan bersatu-padu.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 27-10-2020 11:21 AM | Show all posts
datukship dapat.

alpat dapat.

get out of kuarantin dapat.



mau taknya kau declare kesetiaan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 11:37 AM | Show all posts
tred nih takyah wujud pon semua org tau.

kalu diva azwan ali jd pm pon pas tetap zahirkan sokongan.
janji dpt dedak.


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 12:01 PM | Show all posts
Lobai ni mmg makan depan belakang keliling yah. Semua dia kaut, asalkan dpt jawatan. Duta bertaraf menteri tu agak2 apa dia buat ketika covid? Adakah berlepak2 di tepi tasik smbil diperhatikan penjilat dia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 12:02 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 27-10-2020 12:01 PM
Lobai ni mmg makan depan belakang keliling yah. Semua dia kaut, asalkan dpt jawatan. Duta bertaraf m ...

ketika pemimpin pemimpin DAP seperti Ronnie liu tidak henti henti menghina raja raja melayu, kau hanya diam membisu

DAP anti Melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 02:27 PM | Show all posts
bangcak replied at 27-10-2020 11:37 AM
tred nih takyah wujud pon semua org tau.

kalu diva azwan ali jd pm pon pas tetap zahirkan sokong ...

Muahahaha..........Great posting.

+4275                  


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 27-10-2020 03:21 AM
datukship dapat.

alpat dapat.

Jawatan glc pun dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 03:15 PM | Show all posts
ramai cemburu dgn apa yg Pas ada skrg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list