Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2247
View
40
Reply

[Tempatan] Lebih 10,000 pegawai, anggota polis dikuarantin & 200 lagi sah positif Covid dan sedang dirawat

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-10-2020 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 10,000 pegawai, anggota polis dikuarantin

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-polis-dikuarantin

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 8:47 AM

BERNAMA


ANGGOTA polis bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Papar-Penampang bagi membendung penularan Covid-19.  FOTO Mohd Adam Arinin.

Kuala Lumpur: Lebih 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin, manakala sekurang-kurangnya 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif jangkitan Covid-19, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata, kadar jangkitan terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tinggi telah membantutkan keupayaan serta kekuatan pasukan itu dalam penugasan menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Beliau berkata pasukan polis adalah petugas barisan hadapan berpotensi besar terdedah kepada wabak Covid-19 kerana mereka berada paling hampir dengan rakyat, yang belum dipastikan tahap jangkitan.

"Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan dan ramai petugas barisan hadapan telah terdedah dengan risiko jangkitan wabak tersebut.

"Walaupun mereka (polis) memakai pelitup muka, penugasan anggota polis memerlukan mereka berkomunikasi secara dekat dengan rakyat. Penjarakan sosial tidak dapat diaplikasikan dengan sempurna dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata terdapat juga anggota yang ditugaskan membantu pihak imigresen untuk menghalang pencerobohan masuk pendatang asing tanpa izin (Pati).

"Menerusi Op Benteng antara 1 Mei hingga 18 Okt, pasukan keselamatan telah menahan 497 Pati dan 28 tekong yang cuba memasuki dan keluar negara melalui Sarawak," katanya sambil mengakui bahawa sumber dan kekuatan polis telah digunakan pada tahap maksimum.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan bersama-sama melawan wabak ini seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau penghargaan tertinggi harus diberikan kepada PDRM kerana semenjak penularan wabak itu, ramai dalam kalangan anggota polis yang telah berjuang tanpa menghiraukan penat lelah.

"Ramai juga antara mereka yang masih belum pernah berehat atau meluangkan waktu bersama keluarga. Kita sedang ketandusan masa dan sekarang bukan waktu untuk berpolitik atau melobi sokongan terhadap individu tertentu menjadi Perdana Menteri," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 27-10-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm tu haru ni akak teka result kes 1500...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
HORAYYYYYYYYYY

10000 less enforcement officers on the ground....

Penyangak, penjenayah senyum simpul ketelinga...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-10-2020 09:27 AM
Kalau mcm tu haru ni akak teka result kes 1500...

Kau duduk rumah gentel telor laki sudah la...sibuk nak main teka teki...

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:32 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan abam2 polis dan frontliners yg lain.


Jasa anda kami tak dpt balas, hanya terima kasih from the bottom of our hearts mampu kami ucapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:33 AM | Show all posts
wow, wow, wow, artikel tu menyebut anggota polis adalah "frontliners" kerana walau pakai mask tapi terpaksa berdepan dgn org ramai secara dekat  ......

Itu bermakna di setiap roadblock yg berlaku tu rakyat marhein di dedahkan pada risiko jangkitan lah setiap kali depa di paksa buka cermin kereta utk berkomunikasi dgn anggota2 polis tuh .


Lagi mau buat roadblock manyak2 kaaa ? Tak paham aku..... dah begitu ramai anggota polis yg positif gitu bermakna dah begitu ramai org awam yg terpaksa berkomunikasi dgn depa di roadblock2 seluruh negara masuk kategori contact rapat yg tak di kuarantin kan laaa.


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 27-10-2020 09:32 AM
Semoga dipermudahkan urusan abam2 polis dan frontliners yg lain.



'Occupational hazards' that come with your paying jobs....

Credit when credit is due, tak payah over the top sangat

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:38 AM | Show all posts
tindakan kerajaan nih yg menyebabkan virus makin merebak ......dah terbukti . Sejak mac lagi aku dah suarakan yg bahaya buat roadblock manyak2 kerana bukan hanya pihak polis terdedah pada virus tapi org awam yg terpaksa berkomunikasi dgn anggota2 polis tu pun turut terdedah gak ..... tapi kerajaan truss buat dak je malah makin di perbanyakkkan road block lah plak .  

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 27-10-2020 09:33 AM
wow, wow, wow, artikel tu menyebut anggota polis adalah "frontliners" kerana walau pakai mask tapi t ...

Apa boleh buat bro...buragas2 ramai dikalangan kita nak elak dari penguatkuasa during pkp pkpb rentas desa states ni.
Mana nak tengok kucing beranak, ziarah bini no4 yg 3 minggu tak bersenggama, blablabla...

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:41 AM | Show all posts
blastoff replied at 27-10-2020 09:38 AM
tindakan kerajaan nih yg menyebabkan virus makin merebak ......dah terbukti . Sejak mac lagi aku dah ...

dah namanya Pembatasan Sosial Berskala Besar, harus lah ada pihak berkuasa yg mengawal, lagian kalau kita ikut SOP spt memakai mask dah tentu risiko berjangkit ni rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:43 AM | Show all posts
StingAisya replied at 27-10-2020 09:40 AM
Apa boleh buat bro...buragas2 ramai dikalangan kita nak elak dari penguatkuasa during pkp pkpb ren ...

Ni jam jugak lah nak berbasikal, sudahnya Jalan Gombak-Bentong ditutup.. Njirrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dunhill. replied at 27-10-2020 09:43 AM
Ni jam jugak lah nak berbasikal, sudahnya Jalan Gombak-Bentong ditutup.. Njirrrrr


Kahkahkahkah..

Dlm kekhusyukan dan ketawadukan berbasikal tak terperasan dah terbabas kezone merah....

Cute kan bella?

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:49 AM | Show all posts
StingAisya replied at 27-10-2020 09:45 AM
Kahkahkahkah..

Dlm kekhusyukan dan ketawadukan berbasikal tak terperasan dah terbabas kezone  ...

Act blur dgn act cute je sebenarnya tu, takkan tak sadar yg dia dah terbabas, silap silap bukan 1 tapi 2 daerah dia langgar dari KL ke Gombak pastu lajak ke Bentong... serius weyyy, kalau kita yg buat dah lama kena humban dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:51 AM | Show all posts
StingAisya replied at 27-10-2020 09:40 AM
Apa boleh buat bro...buragas2 ramai dikalangan kita nak elak dari penguatkuasa during pkp pkpb ren ...

tujuan di halang rakyat bersosial sesama depa dikatakan utk kawal virus tapi dlm masa yg sama di paksa rakyat bersosial dgn frontliners di stiap roadblock mendedahkan depa pada virus....

bermakna kerajaan cuba solve problem dgn membawa problem yg lebih truk je laa.... itu tindakan kerajaan yg pendek akal terburu2 cuba settle masaalah


ke mana saja rakyat tu nak tuju belum tentu ada virus, tapi di roadblock2 tu memang senang2 wujud virus .

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dunhill. replied at 27-10-2020 09:49 AM
Act blur dgn act cute je sebenarnya tu, takkan tak sadar yg dia dah terbabas, silap silap bukan 1  ...


Yelah kau muka bengis buragas sangat....cuba modify muka iteww sikit supaya boleh lebih mesra alam....bila dilihat..sejuk la hati penguatkuasa dari nak ambil tindakan keatas kau
..

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 27-10-2020 09:51 AM
tujuan di halang rakyat bersosial sesama depa dikatakan utk kawal virus tapi dlm masa yg sama di p ...

Make sense kerna aku pasti dlm komunikasi antara roadblocker dgn pemandu , physical distancing obviously cannot be feasible...kerana ramai yg aku lihat bila nak tunjukkan surat atau berbicara..dah macam nak comolot rapatnya....

Boleh bayangkan dlm satu roadblock iteww saja..easily in thousands close contact berlaku....kalau the roadblocker iteww sendiri infected..
Nak contact tracing camno? Beribu pemandu dia dah comolot kheunz?

Ok points noted
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
StingAisya replied at 27-10-2020 09:32 AM
Kau duduk rumah gentel telor laki sudah la...sibuk nak main teka teki...

Kahkahkahkah

Aisya tu sape stinky.....makwe eh...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:01 AM | Show all posts
blastoff replied at 27-10-2020 09:33 AM
wow, wow, wow, artikel tu menyebut anggota polis adalah "frontliners" kerana walau pakai mask tapi t ...

pakai mask tu salah satu cara melindungi diri drpd virus. cara2 lain termasukla
1. pakai hand sanitizer.
2. basuh tgn gunakan sabun
3. jgn sentuh muka dgn tangan

dan yg paling terpenting sekali, jgn keluar rumah kalau takde hal yg sgt2 penting. especially golongan berisiko tinggi mcm org tua. elakkan tempat yg sesak. kalau tempat yg sesak skali pun elakkan tergesel2 bahu.  pastu mask tu pun jgn dok recycle jah pakai berminggu2 sebab nak jimat, kalau pakai jenis kain pun basuh la hari2, ganti hari2.

polis wat roadblock pakai mask, kalau ko pakai mask die pakai mask, insyallah selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-10-2020 10:01 AM
Aisya tu sape stinky.....makwe eh...hehe

NUR POTIMOH AISYA.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
StingAisya replied at 27-10-2020 10:04 AM
NUR POTIMOH AISYA.

Oh.... artis ke....oklah back to topic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list