CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1239|Reply: 13

[Tempatan] Dakwaan sistem kesihatan Sabah lumpuh tidak benar

  [Copy link]
Post time 27-10-2020 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Dakwaan sistem kesihatan Sabah lumpuh tidak benar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tidak-benar-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 9:44 PM

BERNAMA



Putrajaya: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri itu.

Beliau berkata perkara itu tidak benar, malah isu kewangan tidak pernah timbul dalam usaha menangani wabak tersebut memandangkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah meluluskan banyak peruntukan termasuk perolehan darurat yang diperuntukkan kepada Sabah.

"Sekarang ini, ada anggapan daripada masyarakat seolah-olah kita tidak melaksanakan atau sistem kesihatan akan lumpuh, tetapi ia tidak benar.

"Dari segi kemampuan hospital (di Sabah), penggunaan katil hanya 52 peratus dan ICU (Unit Rawatan Rapi) mempunyai 128 katil dengan penggunaan 60 peratus. Kita juga ada 26 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah iaitu untuk rawatan kes tahap satu dan dua.

"Sekarang, kami sedang pertimbangkan kepada pesakit tahap tiga yang stabil dan tidak mempunyai risiko boleh juga dirawat di pusat kuarantin. Kami juga sedang melihat, enam lagi pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah jika ada keperluan," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan sistem kesihatan di Sabah yang masih ketinggalan dari segi infrastruktur dan kekurangan pakar serta peralatan perubatan perlu ditambah baik terutama dalam menangani krisis pandemik Covid-19 di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan peruntukan kecemasan kepada Sabah sebanyak RM30 juta juga sudah disalurkan kepada negeri itu.

Selain itu, beliau turut menyangkal laporan yang mengatakan hanya terdapat sembilan hospital di negeri di Bawah Bayu itu.

"Semalam laporan mengatakan kita hanya ada sembilan hospital di Sabah. Tidak benar, kita ada 24 hospital di Sabah dengan makmal kesihatan awam di Kota Kinabalu.

"Kami mengguna pakai 24 (hospital), tambah hospital medan, kita ada 25 hospital yang berfungsi dengan baik dan kita tiada kekurangan katil dan peralatan contohnya ventilators dan sebagainya setakat ini," katanya.


Dr Noor Hisham

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lumpuh dah kalau bantuan tak dihantar dari Semenanjung or NGOs.

Pasal hospital tu betul la hada 24.

Sebuah portal berita melaporkan sistem kesihatan di Sabah yang masih ketinggalan dari segi infrastruktur dan kekurangan pakar serta peralatan perubatan perlu ditambah baik terutama dalam menangani krisis pandemik Covid-19 di negeri berkenaan.


Yang ni sah2 betul. Pfght.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamat semuanya. Kalau tak de bantuan dari semenanjung, lumpuh.
Kita satu negara, saling tolong menolong dan bersatu hati.
Jangan gantung banner semenanjung for semenanjungnians dan bangsa semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-10-2020 02:29 PM
Lumpuh dah kalau bantuan tak dihantar dari Semenanjung or NGOs.

Pasal hospital tu betul la hada 2 ...

Aaah masih ada yg hosp yg masih jaman 90an sistur. Haraplah lepas ni ditambah baik...swbetulnya bukan lumpuh sistur, cuma banyak kakitangan hosp yg dikuarantin sb kawan2 positif. Tp skg ok suda sistur
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 04:17 PM | Show all posts
harap org sabah belajar laa dr musibah.....jgn negeri sgt....tak der apa nak dibanggakan sgt....susah2 mintak tolong gak kat org .....ingatkan slogan sabah for sabahan bole pakai time2 susah gini
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 27-10-2020 05:04 PM
sidewinder replied at 27-10-2020 04:17 PM
harap org sabah belajar laa dr musibah.....jgn negeri sgt....tak der apa nak dibanggakan sgt....susa ...


Kalau bukan kerana lebih 1.2 juta PTI menetap di Sabah ni, I believe weols are enough. Majoriti tinggal area Pantai Timur Sabah yang badly affected oleh Covid pula itu. Bantuan dari KKM/NGOs memang dihantar ke sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2020 05:03 PM | Show all posts
sidewinder replied at 27-10-2020 04:17 PM
harap org sabah belajar laa dr musibah.....jgn negeri sgt....tak der apa nak dibanggakan sgt....susa ...

serupa dgn sek sek kita jange pecah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 27-10-2020 03:49 PM
Aaah masih ada yg hosp yg masih jaman 90an sistur. Haraplah lepas ni ditambah baik...swbetulnya bu ...

Iya, tau juga tu. Sekarang ok sikit sudah lepas bantuan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sidewinder replied at 27-10-2020 04:17 PM
harap org sabah belajar laa dr musibah.....jgn negeri sgt....tak der apa nak dibanggakan sgt....susa ...

Tu la. I tgk lately dgn socmed sabah ni ada iras2 SSKJP. Kata2 diaorang terhadap semennjung mmg mkn dlm. Suka hina semenanjung ni pecah belah, suka gaduh etc etc. I tgk ramai semenanjung duk puji2 sabahan cantik, sabah cantik. Like org x cari gaduh pon tp depa yg start dlu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tak benar la berita ni. Kita Satu Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga depa aman2 kat sabah.. slamat berkuarantin dan utk frontliners, slamat menjalankan tugas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sidewinder replied at 27-10-2020 04:17 PM
harap org sabah belajar laa dr musibah.....jgn negeri sgt....tak der apa nak dibanggakan sgt....susa ...

Eeee dgr dari mana sabah ada sebut sabah for sabahannn? Euwhhh tulun la kenapa tiba2 sabah ada perangai assobiyyah??
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-10-2020 05:02 PM
Kalau bukan kerana lebih 1.2 juta PTI menetap di Sabah ni, I believe weols are enough. Majoriti  ...

D tawau tu nunukan mariii... sempolna pilipin mariiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 06:58 PM | Show all posts
tgk dulu set2 kite.....dok negeri sgt sekali kena banjir besar.....satu malaysia turun tolong.....bab2 negeri ni baik lek2 jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.084713 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list