View: 1630|Reply: 10
|
[Tempatan]
Doktor diperdaya Macau Scam
[Copy link]
|
|
Doktor diperdaya Macau Scam
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iperdaya-macau-scam
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 10:43 AM
Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
GAMBAR hiasan
Bayan Lepas: Wang simpanan sebanyak RM 20,168,60 milik seorang doktor swasta di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, di sini, lesap selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket Macau Scam.
Doktor berusia 27 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kelantan pada 24 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Barat DayaSuperitendan A A Anbalagan berkata, suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'Datuk Ridzuan' mengatakan bahawa mangsa mempunyai tunggakan cukai perniagaan selama 18 bulan.
Katanya, mangsa kemudian menafikannya sebelum panggilan disambung kononnya kepada 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan' dan suspek mendakwa mangsa pernah terbabit dengan kes penyeludupan dadah serta penggubahan wang haram.
"Suspek memberitahu bahawa pendakwa raya akan hubungi mangsa bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan dan meminta doktor terbabit bekerjasama dengan suspek.
"Dalam tempoh sejam selepas panggilan, mangsa menerima sebanyak 12 Kod Pengesahan Transaksi (TAC) daripada bank dan perlu dihantar kepada suspek bagi tujuan menyelesaikan kes itu," katanya kepada NSTP, hari ini.
Mengulas lanjut Anbalagan berkata, mangsa kemudian pergi ke bank semalam bagi menyemak penyata dan terkejut apabila mendapati wang miliknya sebanyak RM20,168,60 'hilang'.
Mengesyaki dirinya sudah ditipu suspek, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.
"Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berwaspada dgn panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali dan jangan beri sebarang maklumat peribadi atau bank.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin macam orang minyak.memerlukan 40 mangsa baru ilmu scammer bertambah ampuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Mudanya Dr swasta tu.....knp x pg je mana2 lhdn kt, utc pun blh cek tunggakan |
|
|
|
|
|
|
|
takpe dik masa depan cerah lagi... doktor swasta gaji masyukkk... nanti dah ada modal buka klinik pulak...
belajar dari kesilapan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya kamu. Please jangan terpedaya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 depa dpt la tangkap scammer tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku x tak paham berita tu... dia kata dia terima 12 kali TAC kan... dia bagi ke x TAC tu kat scammer tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Amin.. Alvin Goh dah kena tangkap, harapnya ahli-ahli Macau Scam semua kena tangkap sekali.. Bukan Macau Scam aje, Love Scam, African Scam, Parcel Scam dan Loan Scam patut dibanteras sekali..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari lhdn ke pdrm???patut dh boleh agak scam,nasib la dlm 20 k je yg hilang |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 28-10-2020 09:07 AM
Amin.. Alvin Goh dah kena tangkap, harapnya ahli-ahli Macau Scam semua kena tangkap sekali.. Bukan ...
Aminn.. iols aminkan sekali |
|
|
|
|
|
|
| |
|