Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
414
View
4
Reply

[SARAWAK] PKPD di Kampung Haji Baki, Kuching mulai esok

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-10-2020 05:36 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di Kampung Haji Baki, Kuching bermula esok sehingga 11 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu merangkumi 532 unit rumah serta 4,190 penduduk.

"Sehingga 26 Oktober (semalam) sebanyak 846 saringan dilaksana dan 27 orang didapati positif. Atas nasihat Kementerian Kesihatan, sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Haji Baki bermula 28 Oktober sehingga 11 November.

"Pihak kerajaan Sarawak minta dilaksana segera iaitu esok dan persediaan pihak berkuasa sudah dilaksanakan," katanya pada sidang medianya hari ini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 27-10-2020 05:39 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR C Selepas mendengar pembentangan daripada kerajaan negeri Sarawak berhubung peningkatan kes positif Covid-19, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki, Kuching berkuatkuasa 28 Oktober hingga 10 November ini.

PKPD ini merangkumi 532 unit rumah yang melibatkan seramai 4,191 orang penduduk.

Sehingga 26 Oktober 2020, sebanyak 845 saringan yang telah dilaksanakan dan 27 orang didapati positif COVID-19.

Atas nasihat KKM, sidang khas bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Haji Baki, Kuching bermula 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020, katanya semasa sidang media hari ini.

Dengan pelaksanaan PKPD, semua penduduk di kampung berkenaan tidak dibenarkan keluar dan bekalan makanan akan diagihkan oleh kerajaan negeri yang akan dikordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Bahagian terlibat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pelanjutan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Reman Pulau Pinang berkuatkuasa 29 Oktober sehingga 11 November ini.

PKPD Penjara Reman dan Kuarters Reman Pulau Pinang telah dilaksanakan sejak 15 Oktober lalu dan sepatutnya tamat esok.

Sehingga 26 Oktober 2020, sebanyak 4,196 sampel telah diambil dan sehingga kini masih terdapat kes positif dikesan dalam kalangan tahanan serta kakitangan penjara.

Sehubungan dengan itu atas cadangan MKN Pulau Pinang dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Penjara, katanya. C MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-10-2020 05:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-10-2020 06:14 PM | Show all posts
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Haji Baki

Hari ini daerah Kuching telah bertukar status dari kuning kepada merah dengan merekodkan 49 kes jangkitan tempatan.

Daripada jumlah kes tersebut, 25 kes adalah dari kawasan Kampung Haji Baki. Kes positif di Kampung Haji Baki telah dilaporkan pada 18 Oktober 2020.

Semenjak kes indek kluster tersebut dilaporkan, KKM telah melakukan penjejakan kontak dan Active Case Detection (ACD) pada 25 Oktober 2020.

Di kalangan 25 kes tersebut, ia melibatkan ahli keluarga terdekat kes indek, jiran terdekat, pelajar sekolah rendah dan menengah serta pekerja kesihatan.

Untuk memutuskan rantaian bagi kluster ini, maka JPBN akan mengambil langkah pencegahan dengan melaksanakan PKPD.

Arahan Perintah Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Haji Baki akan berkuatkuasa mulai 28 Oktober (mulai 6.00 petang) hingga 10 November 2020.

Kawasan Terlibat
i. Kampung Haji Baki Blok A
ii. Kampung Haji Baki Blok B
iii. Kampung Haji Baki Blok C

Kawalan Pergerakan
i. PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM dan RELA.

ii. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

iii. Pergerakan keluar masuk pegawai bertugas dan warder bertugas
ke dalam kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan. Pertimbangan boleh diberikan oleh pihak PDRM dan KKM berdasarkan case by case basis.

iv. Tiada tetamu dan pelawat luar dibenarkan masuk dalam tempoh
PKPD berkuatkuasa.

Aktiviti Di Kawasan PKPD

i. Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.

ii. Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

iii. Semua surau, masjid, rumah ibadat lain dan sekolah di dalam kawasan PKPD ditutup sepanjang tempoh ini.

iv. Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.

v. Aktiviti keagamaan, social, rekreasi dan budaya dan sukan adalah
tidak dibenarkan.

vi. KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat

vii. Bekalan keperluan makan akan diagihkan oleh Kerajaan Negeri yang akan dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching.

Semua majikan (Penjawat Awam / Swasta) hendaklah memberikan kerjasama untuk membenarkan pekerja yang tinggal di kawasan PKPD ini untuk berkerja dari rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 01:25 PM | Show all posts
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan untuk menamatkan tempoh Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki pada hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, keputusan itu susulan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu di kawasan tersebut.

Turut tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kampung Haji Baki.

Dengan itu, JPBN ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD ini, katanya.

kredit:suarasarawak

Alhamdulilah... stay safe semua.. jangan ambil mudah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list