CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 0

[LABUAN] PKPD Labuan: Majikan tidak dibenarkan panggil pekerja

[Copy link]
Post time 27-10-2020 05:55 PM | Show all posts |Read mode
LABUAN, 27 Okt — Polis Labuan memberi amaran kepada majikan agar tidak memanggil pekerja mereka, khususnya dari kawasan Saguking dan Sebor Baru, kembali bekerja di premis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata ini susulan penahanan beberapa individu dari kawasan itu yang membolosi sekatan yang didirikan oleh pihak berkuasa untuk ke tempat kerja.

Majikan yang didapati berbuat demikian boleh didakwa menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, katanya kepada Bernama hari ini.

Dua kawasan setinggan petempatan di atas air tersebut diletakkan di bawah PKPD sejak 21 Oktober lepas dengan semua penduduk dikenakan kuarantin di rumah dalam usaha mengekang penularan kes Covid-19 daripada Kluster Saguking.

PKPD itu dijadualkan tamat pada 3 November ini.

Setakat semalam, Labuan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hingga 30 Okt, merekodkan 270 kes  Covid-19 dengan dua kematian. — Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.062422 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list