CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Dunia] Ibu pejabat polis Afghanistan diserang, 5 maut, puluhan cedera

[Copy link]
Post time 28-10-2020 11:39 AM | Show all posts |Read mode




















KHOST: Serangan selama beberapa jam terhadap ibu pejabat polis Afghanistan membabitkan bom kereta dan pertempuran senjata api meragut nyawa lima anggota polis dan mencederakan puluhan individu.

Serangan dilaporkan berlaku hampir setiap hari membabitkan pejuang Taliban dan tentera kerajaan, walaupun rundingan damai di bawah penyelarasan perunding kanan Amerika Syarikat (AS) sedang berjalan

Ketua Polis Khost, Ghulam Daud Tarakhil, memberitahu AFP bahawa tiga pengebom bunuh diri meletupkan kenderaan mereka dengan menyasarkan ibu pejabat polis di Khost, berhampiran sempadan Pakistan.


"Terdahulu, katanya, beberapa penembak menyerbu masuk premis itu dan menyerang anggota polis.


"Seorang pengebom bunuh diri meletupkan kenderaannya di pagar ibu pejabat polis pada awal pagi, manakala dua lagi berbuat demikian ketika tembak-menembak antara polis dan pengganas berlaku.


"Pertempuran sengit yang berlanjutan hampir sembilan jam antara militan dan pihak keselamatan itu berakhir dengan kematian tujuh militan," katanya.


Tambah beliau, serangan itu menyebabkan lima anggota polis maut dan mencederakan 33 individu lain, termasuk sembilan orang awam.


Belum ada mana-mana kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbabit, namun pihak berkuasa memaklumkan Khost adalah lokasi aktif militan Taliban dan pejuang al-Qaeda.


Dalam serangan berasingan di bandar itu semalam, tiga orang awam terbunuh dan 10 individu cedera apabila bom yang dilekatkan pada sebuah kereta meletup berhampiran Lapangan Terbang Kabul, kata polis.


Keganasan berlaku di seluruh Afghanistan sejak beberapa minggu lalu ketika Taliban dan kerajaan Afghanistan mengadakan rundingan damai bagi mengakhiri konflik berpanjangan di negara itu. - AFP




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.156879 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list