CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

[Jenayah] Warga Mesir dipenjara 3 bulan ugut bunuh, khianat

[Copy link]
Post time 28-10-2020 03:23 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang warga Mesir dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan iaitu mengugut bunuh seorang lelaki dan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kaunter sebuah kedai telefon, minggu lalu.

Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdelaziz Hassan, 31, jurulatih gimnasium sambilan, selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Inggeris.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu, secara serentak bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan niat mengugut Wong Tien Poh, 32, dengan menyebut perkataan 'kalau saya keluar dari lokap, saya akan cari kamu dan bunuh kamu' di kedai Zersnotis Cellure, Tingkat Bawah, Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini, pada 3.30 petang, 19 Oktober lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin kaunter kedai sama mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Rhastdan Abd Wahab memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum atas alasan pendapatan anak guamnya tidak menentu.

"Anak guam saya juga direman selama sembilan hari sejak ditangkap dan penahanan itu sudah cukup untuk memberinya pengajaran," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi memohon hukuman setimpal, mengambil kira tertuduh adalah warga asing dan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa.

Difahamkan, kejadian itu berpunca akibat salah faham berhubung pembelian telefon bimbit. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.054886 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list