CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5893|Reply: 75

[Tempatan] Nasihat polis. Hati-hati kalau TETIBA kawan lama contact kita

[Copy link]
Post time 29-10-2020 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga rugi RM9,600 diperdayakan lelaki menyamar rakan lama
Bernama
Oktober 29, 2020 10:54 MYT

KUANTAN: Seorang peniaga mendakwa kerugian RM9,600 selepas diperdayakan seorang lelaki yang menyamar sebagai rakan lamanya, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 55 tahun telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak diketahuinya pada 11 pagi semalam dan pemanggil memperkenalkan diri sebagai rakannya dan berhasrat meminjam wang untuk membuka restoran.
"Suspek dikatakan memerlukan wang itu dengan kadar segera dan berjanji akan membayar pinjaman itu pada minggu hadapan, sebaik sahaja urusan membuka restoran tersebut selesai .

"Mangsa mendakwa bersetuju untuk meminjamkan wang atas dasar rakan lama dan membuat dua transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak dua kali pada hari sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mula berasa ditipu selepas menghubungi rakan lamanya itu pada 4.15 petang untuk bertanya lebih lanjut mengenai restoran berkenaan, namun dimaklumkan dia tidak pernah meminjam wang tersebut.
Seterusnya, rakannya itu memaklumkan dompet dan telefon bimbitnya hilang beberapa hari lalu, dan individu yang mengambilnya mungkin telah memperdayakan mangsa.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Maran dekat sini, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujurnya pakcik.kawan call nak pinjam terus bagi,takde dolak dalih.kurang2 suruh datang jumpa depan2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit tu masuk akaun nama siapa?

Harap-harap rakan lama mangsa tu berkata jujur dan benar...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
camner orng tu boleh tau dia ada duit pulok???@ kalo dia x kenai??? main serkap jarang jer ke???
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 12:50 PM | Show all posts
macam2 modus operandi. ada peluang menipu da dianggap rezeki... dunia kita dah berubah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 juga kalau kawan lama call sbb ajak join MLM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 juga kalau kawan lama call sbb ajak join MLM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 12:56 PM | Show all posts
meols pun salu trus block esp kawan2 sekolah menengah rendah dm kat fb mintak no tipon

tau sangat la tu nak apa, kalo bukan meniaga insurans, mlm, cokoo , shaklee mesti nak minjam dhuett

meols terus remove and block je, yes, ati meols itam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn lama klu tetiba contact balik selalunya mmg sbb nak mengena
Yg ni siap menyamar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nes3in1 replied at 29-10-2020 12:54 PM
Hati2 juga kalau kawan lama call sbb ajak join MLM.

haaa betul.. beria-ia nak dtg rumah. covid oii
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
My kawan sekolah ada call cakap tengah susah nak pinjam duit, i bagi la tak banyak 300, lepas tu terus senyap hilang sampai sekarang. Ada kawan lain pun macam tu, lepas i minta balik sekali, dia terus lenyap till now, thats why i berani bagi less than 500....dalam 200-300 sebab tahu takkan dapat balik. Tapi yang paling banyak pinjam ribu riban kakak dan abang i.....abang lansung tak bayar balik, dia kata dia belum senang lagi....jadi aku pun halalkan jer la aku cakap takyah bayar. Kakak i terkedek kedek bayar sekejab bayar 150,sekejab 200....i pun halalkan jer semua. Kakak i yang ni...dia serba serbi aku tolong segalanye bayar sewa rumah,bayar nak beranak,bagi cash laki dia masuk hospital dan macam2 la....malas nak cakap lagi dah muak. Lepas tu adik i pula pinjam nak byr deposit rumah ada lagi balance around 6k lagi....dia kata akan bayar juga....so i tunggu jer la....kalau dah lama sangat tengok la apa decision i nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 29-10-2020 01:35 PM
My kawan sekolah ada call cakap tengah susah nak pinjam duit, i bagi la tak banyak 300, lepas tu ter ...

Murahnya hati........
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 01:39 PM | Show all posts
Skuau replied at 29-10-2020 12:48 PM
camner orng tu boleh tau dia ada duit pulok???@ kalo dia x kenai??? main serkap jarang jer ke???{:1_ ...

kalau betul lah member dia kata wallet dgn phone kena rembat. mmg ada taktik mcm ni. iols dan rakan2 pernah kena.... phone classmate masa sekolah kena kebas then dia msg all contact dlm phone tu utk pinjam duit... so nasib iolss dengan rakan2 lain kaki membawang. mmg bawang dulu dgn yg lain2 sebelum decide kasi pinjam. hihihihi... kenapa dia ni tiba2 nak pinjam duit. weols semua tertanya2 apahal lah minah ni tiba2 msg semua org cakap nak pinjam duit. hutang along kahhh? ropenya phone dia kena kebas...

social media platform pon ada guna MO mcm ni juga. hack account org then hackers msg semua friendlist / follower utk pinjam duit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 29-10-2020 01:37 PM
Murahnya hati........

Itu la....kadang bila murah hati ada jugak yang ambil kesempatan diatas kebaikan gitu la. Tapi yang nak meminjam atau cerita masalah kadang ada yang nangis2, kata anak dia nak itu ini....kadang kita kesian pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 02:00 PM | Show all posts
as an old Latin proverb goes:

Beware of Greeks bearing gifts / Timeo Danaos et dona ferentes
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 29-10-2020 01:52 PM
Itu la....kadang bila murah hati ada jugak yang ambil kesempatan diatas kebaikan gitu la. Tapi yan ...

haa.. dah byk kali aku cerita kat forum ni

3 thn lps sepupu pompuan pinjam 30ribu. bila keluarkan acc ke dua epf.. dia byr 15ribu je balik... dia kata tunggu umur dia 55. nk kluarkan epf nya..
tp dah covid ni.. harapan ku setipis kulit bawang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 29-10-2020 01:15 PM
haaa betul.. beria-ia nak dtg rumah. covid oii


Gilo apo? Kalau dia nk dtg jugak sembur jer dgn virus covid.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nes3in1 replied at 29-10-2020 12:54 PM
Hati2 juga kalau kawan lama call sbb ajak join MLM.

Happened to me. Kawan lama tiba2 contact ajak jumpa sebab rindu. Last2 dah la aku yg bayar lunch, sejam full story pasal MLM dia. Bila refuse dia paksa jugak sbb konon nak cover medical expenses. Sebagai kawan iols kena la tlg.  Iols kata sorry jela. Terus aku block.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 29-10-2020 02:32 PM
Happened to me. Kawan lama tiba2 contact ajak jumpa sebab rindu. Last2 dah la aku yg bayar lunch,  ...

Sama la. Iols paling lemah kalau org datang merayu2 ni. Hujung2 tak sampai hati nak sembur virus covid pd heshe.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 02:40 PM | Show all posts
slavehunter replied at 29-10-2020 01:35 PM
My kawan sekolah ada call cakap tengah susah nak pinjam duit, i bagi la tak banyak 300, lepas tu ter ...

org murah hati cmni, nnti jadi cm ebit lew,

silap2 ada supermarket sndiri, jadi jutawan..

tu semua kuasa tuhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.090134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list