View: 5738|Reply: 79
|
[Tempatan]
Harapan dlm Belanjawan 2021. Mohon lanjut moratorium hingga Jun. Peluang bagi yg
[Copy link]
|
|
hmetro.com.my
Lanjut moratorium hingga Jun - MATTA
BERNAMA
Kuala Lumpur: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mencadangkan supaya kerajaan melanjutkan tempoh moratorium sekurang-kurangnya sehingga Jun ini dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.
Presidennya, Datuk Tan Kok Liang berkata, disebabkan sektor pelancongan adalah antara industri terjejas teruk, ramai individu serta perniagaan berkaitannya tidak dapat membayar hutang akan menderita serta mungkin diisytiharkan muflis jika moratorium tidak dilanjutkan.
Katanya, kerajaan harus membuat keputusan tegas dalam perkara itu dan mengarahkan bank serta lain-lain institusi kewangan dan pajakan untuk menambahkan tempoh moratorium bagi membantu rakyat dan ekonomi secara keseluruhan.
"Langkah-langkah untuk memberikan kelegaan sementara yang diambil sekarang seperti skim Pembiayaan Pelancongan Penjana (PTF) dan lain-lain kemudahan tidak berapa berkesan kerana syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) masih terlalu berhati-hati dalam pembayaran semula pinjaman, terutama ketika tempoh yang masih tidak menentu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi program subsidi gaji yang efektif, Tan berkata, MATTA mengadakan perjanjian dengan Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) mengenai cadangan sistem gaji dua peringkat, sama seperti sistem yang digunakan di Singapura, Kanada, Australia dan United Kingdom.
Beliau berkata, dalam sistem gaji berlapis itu, kerajaan dicadangkan memberi subsidi 50 peratus kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan 30 peratus untuk mereka yang berpendapatan antara RM4,001 dan RM8,000, sambil menambah program subsidi gaji sedia perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya hingga Jun 2021.
Selain itu, senarai harapan MATTA untuk Belanjawan 2021 ini adalah kerajaan menawarkan peruntukan mencukupi untuk industri pelancongan melabur dalam proses pendigitalan perniagaan dan lebih menyokong platform dalam talian tempatan.
"Sebagai persatuan yang mewakili pelancongan negara, kami memohon geran khas RM20 juta untuk meningkatkan platform dalam talian MATTA dan platform e-hailing untuk pemasaran dalam talian," katanya.
MATTA juga mencadangkan sempadan-sempadan negara dibuka secara berperingkat dalam suku pertama tahun hadapan bermula dengan negara-negara ASEAN bagi memulihkan industri pelancongan tempatan, seperti yang dilakukan kebanyakan negara di dunia sekarang.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi yang betul2 memerlukan dan terjejas je.
Kalau bagi automatik macam hari tu rasanya ramai je yang ambik kesempatan beli dan buat benda-benda bodoh dan tak berfaedah
Senyum pinjam senyum bayar la |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lanjut aku terima ja. dapat tambah savingsebab mora yang awal tu aku tak ambil
seronok tengok kawa2 bercerita tambah saving sebab amik mora
yang berbelanja pun apa salahnya, kembali membantu peniaga juga
sampai masa kena bayar,
mana yang tak terjejas pendapatan
insyaallah tiada masalah untuk bayar macam biasa
jangan lah tengok orang lain berbelanja sakan, kita jenis reserve
kita dok blame kata membazir, kata ni golongan2 yang esok2 tak mampu bayar, bising sana sini
soalan:
bank tak akan ada masalah kerugian ka kalau lanjutkan moratorium ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 29-10-2020 06:07 PM
Bagi yang betul2 memerlukan dan terjejas je.
Kalau bagi automatik macam hari tu rasanya ramai je ya ...
Beli dan buat benda x berfaedah?
Kalo dorg berbelanja tu bagus lah regardless benda remeh pun asal ekonomi berjalan |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 29-10-2020 06:56 PM
kalau lanjut aku terima ja. dapat tambah savingsebab mora yang awal tu aku tak ambil
seronok tengok ...
Itulah pasal, org berbelanja tu baguslah merancakkan ekonomi....xkan nk ekonomi suram plak |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 29-10-2020 07:01 PM
Itulah pasal, org berbelanja tu baguslah merancakkan ekonomi....xkan nk ekonomi suram plak
Org berbelanja pastu kerajaan akan dpt duit menerusi cukai . Mora 47.5bil..kalau 70% duit mora dibelanja. Berapa bil agaknya kerajaan dpt menerusi cukai disamping ekomoni beekembang |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 29-10-2020 07:00 PM
Beli dan buat benda x berfaedah?
Kalo dorg berbelanja tu bagus lah regardless benda remeh pun a ...
Itu matlamat mora..suruh org berbelanja tak kira apa pun tujuan . |
|
|
|
|
|
|
|
benda apa yang bodoh dan tak berfaedah tu?
Skrg ni mall pon kosong
So kalau orang tak beli camno?
|
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 29-10-2020 06:56 PM
kalau lanjut aku terima ja. dapat tambah savingsebab mora yang awal tu aku tak ambil
seronok tengok ...
Selama ni bank dah untung berbilion2 sgt dah dgn cukai keuntungan,faedah etc yg agak tggi dikenakan ke ats client kot, apa lah sgt nk lanjutkan mora yg x seberapa ni.bukannya depa x byr langsung pun, tangguh jew pun....menipu je org ckp bank akan rugi tu sume..... |
|
|
|
|
|
|
|
time pkp beli buku forensik kewangan, memang mora simpan duit kaw2, |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lanjut pun takpela. Kalau orang nak berbelanja pun biarlah. Abes kalau tak berbelanja macam mana pulak nk bantu ekonomi pun. Kadang-kadang kita je yang fikir tak berfaedah orang beli itu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku klu lanjutkn pun xpe..dpat la iollss menyimpan plus beli emas stiap bulan..alahai, bukan byk pun stakat 3-4gram emas jadi la buat2 ada..iollss masa mora ri tu alhamdulillah 20gram emas iollss beli..sesak2 kalu xjual, masuk pajak je la..dripada beli benda meraban2 kalu beli omeh xdo la ralat bona |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aint at 29-10-2020 09:04 PM
harap cadangan najib kuar kan wang kwsp 'one off' dr acc 1 dibenarkan gak...
sbb iols nak pakai duit... dr dok pikir ma wat loan bank... baik iols guna kwsp... |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan bernas Najib wajar dibuat
lanjut moratorium dan keluar tabungan kwsp akaun 1
|
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan bernas Najib wajar dibuat
lanjut moratorium dan keluar tabungan kwsp akaun 1
|
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 29-10-2020 09:07 PM
Cadangan bernas Najib wajar dibuat
lanjut moratorium dan keluar tabungan kwsp akaun 1
Iols pon setuju..zaman sesak ni biarlah org keluarkan, dah mmg hak kita kan.pastu kalau dh dpt keluar tu pandai2 la manage baik2. Xkan nak biar org merempat sedangkan ada duit kwsp |
|
|
|
|
|
|
|
Dijemput mengundi melalui laman sesawang:
https://t.co/zvLsqk1Jf0
#BajetRakyat
#Belanjawan2021 https://t.co/y5i2sd4XIs |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku baik benarkan pengeluaran KWSP akaun 1...
tapi bagi minimum pengeluaran je la...
yg moratorium tu...baik takyah ambik...baik bio byr jer... |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 29-10-2020 06:56 PM
kalau lanjut aku terima ja. dapat tambah savingsebab mora yang awal tu aku tak ambil
seronok tengok ...
Of course bank affected bila kasi mora... sbb operational cost bank adalah bergantung pada income dari loan serving ni... and their bonuses adalah berdasarkan other investment products...
Dalam pada kita seronok dpt mora, jangan sampai bank terpaksa vss staff dan institusi perbankan collapse |
|
|
|
|
|
|
|
ctaz replied at 29-10-2020 09:43 PM
bagi aku baik benarkan pengeluaran KWSP akaun 1...
tapi bagi minimum pengeluaran je la...
yg morat ...
I pun rasa this is better.. keluarkan kwsp utk bantu sara hidup, mcm pengeluaran kwsp utk bayar loan rumah tu la |
|
|
|
|
|
|
| |
|