CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8805|Reply: 106

[Tempatan] Twitter sembunyi ciapan Dr Mahathir atas dasar 'mengangkat keganasan'. #4, Tun M

  [Copy link]
Post time 29-10-2020 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 30-10-2020 09:44 AM

Twitter sembunyi ciapan Dr M atas dasar 'mengangkat keganasan'

https://www.malaysiakini.com/news/548639

Diterbitkan Hari ini 10:44 pm
Dikemaskini Hari ini 10:47 pm



Laman sosial Twitter menyembunyikan ciapan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron kerana menurutnya "mengangkat keganasan".

Apabila kenyataan itu diulang ciap, ia akan digantikan dengan pesanan yang mengatakan "Ciapan ini mencabuli Peraturan Twitter berkaitan mengangkat keganasan".

"Bagaimanapun, Twitter memutuskan agar ciapan itu kekal dapat diakses kerana mungkin berkaitan dengan kepentingan awam".

Pesanan daripada Twitter itu juga menyediakan pautan kepada pengguna lain untuk tetap menunjukkan ciapan Mahathir atau membaca lebih lanjut mengenai dasar pengecualian kepentingan awamnya.

Di bawah dasar itu, ciapan yang sepatutnya dipadam boleh dikekalkan jika langkah itu dianggap untuk kepentingan awam. Ia hanya terpakai kepada pegawai kerajaan yang memenuhi kriteria tertentu.

Ciapan itu sebahagian daripada bebenang oleh Mahathir berkenaan kenyataan Macron susulan pembunuhan seorang guru di Perancis. Kenyataan itu turut disiar di blognya.

Ramai pengguna Twitter menyuarakan kebimbangan dan mengkritik ciapan ke-12 bebenang itu yang mengatakan "Muslim ada hak untuk marah dan membunuh berjuta rakyat Perancis atas penyembelihan di masa lalu."




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg Tun M update aku jumpa kat memes puaka.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kdg2 tun m ni mulut laser sgt, dulu dah kne boycott palm oil kite dgn india, la ni dgn Peranchis. Abisla acik2 kat felda kite nak mkn ape, jage lah mulut tu, org peranchis mmg jahil dieorg kapir kan, xpyhla nak sentap2 nak jd hero, kite ade masalah covid, economy politic, xlarat kalau masalah lain pulak timbul ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2020 11:31 PM | Show all posts
Insiden Perancis: Tun M dihentam netizen luar

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... entam-netizen-luar/

Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
29 Oktober 2020, 9:54 pm


NETIZEN luar negara menghentam Tun M kerana untaian ciapannya mengenai insiden di Perancis baru-baru ini.

PETALING JAYA- Gara-gara untaian (thread) ciapan di Twitter, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad teruk dihentam pengguna Twitter luar negara.

Beliau mengulas mengenai insiden karikatur yang menghina junjungan besar, Nabi Muhammad yang mengakibatkan pembunuhan seorang guru di Perancis baru-baru ini.

Tun Mahathir menyuarakan kelantangan beliau mengenai pentingnya menghormati orang lain meskipun mempunyai kebebasan bersuara.

Namun, salah satu daripada untaian itu, iaitu ciapan nombor 12, telah disalahertikan oleh warga Twitter dari luar negara.

“Muslim mempunyai hak untuk marah dan membunuh jutaan orang Perancis atas pembunuhan beramai-ramai pada masa lampau,” menurut ciapan itu.

Ciapan itu telah diulang ciap lebih 26,000 kali dan mendapat perhatian warga dunia yang rata-rata dilihat tidak membaca keseluruhan untaian itu.

Menurut Tun Mahathir, orang Perancis telah membunuh jutaan orang Islam pada masa lalu.

“Tetapi secara umumnya orang Islam belum mengaplikasikan undang-undang ‘darah dibayar darah’. Sebaliknya, orang Perancis sepatutnya mengajar warga mereka untuk menghormati orang lain,” sambung beliau.

Katanya, memandang Perancis menyalahkan semua orang Islam dan agama Islam atas apa yang dilakukan oleh individu yang marah, orang-orang Islam berhak menghukum orang Perancis.

“Boikot tidak boleh memberi pampasan terhadap kesalahan yang dilakukan orang Perancis selama ini,” ujar beliau.

Nama beliau turut menjadi trending di Twitter akibat untaian tersebut. -K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Tun berani.. Kenapa asyik nak tunduk dengan negara mcm Perancis lahanat nie..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
I support u Tun. Tak respect agama orang lain boleh pulak ye. Islam pun tak ajar umat untuk ditindas. Memang dah melampau Perancis kali nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang baca tweet #12 saja, tapi tak baca sambungannya di tweet #13..pastu terus kecam..

sebanarnya ada disambung di situ #13 'But..blablablabla...' entah apa dia tweet ntah aku pun lupa kesimpulannya dia nak kata muslim tak balas dendam ala eye for an eye pun..gitu lah lebih kurang..

tapi aku tak setuju juga dengan segala isi tweet dia walaupun ada diterangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada retaliation balik kat Nice, 3 orang mati satu kena penggal 2 kena stab,slash throat. Balas membalas dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku teringat thn lps yg kecoh akaun tun m ni follow sorg pompuan melayu seksi ni. Skali tu kantoi yg tun m ada pegawai yg handle account tu, dan pegawai tu yg lupe nk switch account kot terfollow pompuan tu.

Aku terfikir gak mungkin kah bkn tun m yg tulis twit ni sbb tun m kan ada cucu half-French pastu tun m bkn tak tau yg benda ni sensitif dan confirm mengundang kecaman dan makian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
No komen
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg macron start dulu kenapa?statement dia membenarkan freedom of speech dgn cara menghina Islam thru karikatur rasulullah saw.kenapa kena guna karikatur our prophet?kena tak explain ur freedom of speech/expression tu guna demeaning potret of jesus?sbb tk berani kan?sbb takut vatican mengamuk kan?

Sbb Islam senang dibuli utk mereka..semua salah Islam/muslims mcm la diorg tu mulia padahal..bagus tun lantang mcm tu.bg je sepedas2nya..neg mcm tu dia guna mulut kita lawan pakai mulut..dahlah diorg purposely misquote apa context yg tun tulis..permainan media sgt..

Budak yg penggal kepala cikgu dia tu ada masalah mental tp macron pegi taram Islam tanpa menjaga sensitiviti.ewahhh..statement tun tu bantai french secara general sbb dah leader diorg yg sesedap rasa hentam Islam.bila kena cuit sikit terus menggelupur kengkonon violating rights..nampak tak betapa zalimnya diorg terhdp Islam secara general?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Tun!

Bukan sejenis bangsa melayu penjilat. Bukan bangsa melayu yes boss.

To Twider: freedom of speech your asss!!!!! Bodo punya kafir harbi laknat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 30-10-2020 06:39 AM
Bagus Tun!

Bukan sejenis bangsa melayu penjilat. Bukan bangsa melayu yes boss.

Apa yang bagusnya menyokong keganasan.

Tun resign dulu lah jadi mp. Semak je dalam politik negara pada masa ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Akibat mulut atuk malaysia gaduh dengan india hingga bawa kesan kepada export minyak sawit. Terpaksa la pujuk china beli minyak sawit.

Kali ni entah apa la jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 30-10-2020 06:43 AM
Apa yang bagusnya menyokong keganasan.

Tun resign dulu lah jadi mp. Semak je dalam politik nega ...

Ya. Cara pemikiran dia dah tak boleh dipakai dah zaman sekarang lebih-lebih lagi di level antarabangsa. Cakap mcm tu kat orang kampung boleh la. Tapi bila nak bercakap di level antarabangsa kena berhati-hati sebab pemahaman dan sensitiviti negara lain berbeza. Cakap tak setuju dengan Macron cukuplah. Ini sampai bagi kenyataan bunuh-membunuh orang French ni apa jadahnya. Orang luar bukannya faham logical reasoning dia. Mereka akan baca word for word. Tak mahu disebabkan mulut dia akhirnya rakyat Malaysia yang susah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 07:55 AM | Show all posts
ultra78 replied at 30-10-2020 07:14 AM
Ya. Cara pemikiran dia dah tak boleh dipakai dah zaman sekarang lebih-lebih lagi di level antaraba ...

betul tu. jadah apa nak menyokong or justify sebarang keganasan. we should against any type of terrorism fullstop. kalau xpuas hati dengan sesiapa or negara mana atas dasar apa. buka topic lain please. bukannya dengan cara justify terrorism.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2020 08:32 AM | Show all posts
aaaaaaah the quirky, recalcitrant Mahathir Mohamad

way to go Dr. M, now Msians can be perceived as radical Muslims, dan MY boleh jadi poster child of "moderate" Islamic country!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 30-10-2020 07:55 AM
betul tu. jadah apa nak menyokong or justify sebarang keganasan. we should against any type of ter ...

Kejadah apa sokong keganasan. Tak baca ke point 13 tu? Ke tak paham english?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:51 AM | Show all posts
bluecathaze replied at 30-10-2020 08:43 AM
Kejadah apa sokong keganasan. Tak baca ke point 13 tu? Ke tak paham english?

kau nak citer benda lain. buka topic lain no issue. tapi point no 12 tu clearly justify terrorism.
bayangkan kalau point no 12 tu xder. kan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ok je kalau tak beli barangan perancis lagi dan selamanya...
Bubbye tefal walopon iols lap u....

Utk org2 yg membaca tak habes, twit tu mmg mengundang kalau tak tau cerita sepenuhnya. Atuk patutnya tulis panjang2 kat fesbuk. Kat twit tulis satu line shj dan bkn berantai2. Org mudah salah paham sbb depa bknnya jenis rajin membaca.. lihatlah apa yg berlaku dlm porem ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 1.267110 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list