|
[Tempatan]
Twitter sembunyi ciapan Dr Mahathir atas dasar 'mengangkat keganasan'. #4, Tun M
[Copy link]
|
|
itu pun muka asyik renovate, dah takda rupa armenia yg ala2 middle eastern tuh mujur band SOAD wujud generasi weols dulu, tahulah cemana rupa asli dia org dan kisah tok nenek dia org dahulu kala.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama jer kita dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ciapan Dr Mahathir agungkan keganasan langgar peraturan Twitter
| | 30 Oktober 2020
Dr Mahathir
SHAH ALAM - Twitter telah melabelkan ciapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai melanggar peraturan kerana didapati mengagungkan keganasan ekoran kritikan keras terhadap kejadian pembunuhan di Perancis yang mengaitkan dengan Islam.
Menerusi ciapan yang dibuat pada pukul 6.47 petang itu, akaun Twitter Ahli Parlimen Langkwi itu @chedetofficial telah mendapat reaksi dari dalam dan luar negara.
Bagaimanapun, satu daripada 13 ciapan yang dibuat itu didapati terlalu sensitif oleh Twitter dan didapati melanggar peraturan laman media sosial tersebut.
Dr Mahathir mengatakan bahawa orang Islam berhak untuk marah dan membunuh berjuta-juta rakyat Perancis kerana pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan pada masa lalu.
"Tetapi secara umum umat Islam tidak melaksanakan undang-undang 'eye for an eye' (balasan serupa bagi perbuatan jenayah yang dilakukan).
"Orang Islam tidak lakukannya. Orang Perancis juga tidak seharusnya buat perkara yang sama. Sebaliknya orang Perancis harus mengajar rakyatnya untuk menghormati perasaan orang lain," katanya menerusi kenyataan yang boleh dibaca di laman blog chedet.cc.
Dr Mahathir berkata demikian bagi membidas tindakan Macron berhubung kenyataannya berkaitan pembunuhan seorang guru di negara itu.
Macron mencipta kontroversi apabila beliau secara sinis menyatakan Islam adalah sebuah agama yang dilanda krisis di seluruh dunia.
Kenyataan Macron minggu lepas itu dibuat sebagai respons kepada pembunuhan seorang guru, Samuel Paty, di luar sekolahnya yang terletak di pinggir bandar Paris awal bulan ini, selepas mangsa menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.
Guru itu menjadi sasaran kempen kebencian dalam talian berhubung pemilihan bahan pengajaran iaitu gambar sama yang mencetuskan insiden serangan berdarah oleh lelaki bersenjata di pejabat majalah satira Charlie Hebdo pada 2015.
Dalam pada itu, Mahathir berkata, Macron tidak menunjukkan bahawa beliau seorang yang beradab dan disifatkan sebagai seorang primitif
Dia sangat primitif dalam menyalahkan agama Islam dan orang Islam atas pembunuhan guru sekolah yang menghina itu. "
"Itu tidak sesuai dengan ajaran Islam tetapi tanpa mengira agama yang dianuti, orang yang marah membunuh.
"Orang Perancis dalam sejarah mereka telah membunuh berjuta-juta orang. Ramai yang beragama Islam," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... r-peraturan-Twitter
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sokong keganasan
tapi aku suka pemimpin yang berani |
|
|
|
|
|
|
|
Dr M: Kenyataan saya tentang Perancis diputar belit
https://www.malaysiakini.com/news/548745
Diterbitkan Hari ini 5:36 pm
Pandangannya berkenaan keadaan di Perancis telah diberi gambaran yang salah dengan tujuan menunjukkan dirinya sebagai menggalakkan keganasan, menurut bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir berkata, perenggan ke-12 kenyataannya dibaca di luar konteks keseluruhan kenyataan berkenaan perkara itu.
"Mereka yang berbuat demikian hanya membangkitkan sebahagian daripada perenggan tersebut iaitu 'Muslim ada hak untuk marah dan membunuh berjuta rakyat Perancis atas penyembelihan di masa lalu.
"Mereka berhenti di situ dan membayangkan saya mempromosikan pembunuhan orang Perancis.
"Jika mereka membaca kenyataan itu secara keseluruhan, terutama ayat seterusnya iaitu 'Tetapi secara keseluruhan Muslim tidak mengguna pakai aturan hukuman darah dibalas darah. Muslim tidak berbuat demikian. Orang Perancis (juga) tidak harus buat demikian. Orang Perancis sebaliknya perlu belajar menghormati perasaan orang lain'," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikut adalah kenyataan asal Dr Mahathir dalam bahasa Inggeris:
"Muslims have a right to be angry and to kill millions of French people for the massacres of the past. But by and large the Muslims have not applied the “eye for an eye” law. Muslims don’t. The French shouldn’t. Instead the French should teach their people to respect other people’s feelings."
Katanya lagi, oleh kerana putar belit dan tafsiran di luar konteks oleh pihak yang memetik kenyataan itu, laporan dibuat terhadapnya dan dia dituduh sebagai menggalakkan keganasan di Facebook dan Twitter.
Semalam Twitter meletakkan tanda pada ciapan Mahathir tersebut atas dasar "mengangkat keganasan".
Apabila kenyataan itu diulang ciap, ia akan digantikan dengan pesanan yang mengatakan "Ciapan ini mencabuli Peraturan Twitter berkaitan mengangkat keganasan".
Tidak lama kemudian, Twitter membuat keputusan untuk memadam ciapan tersebut atas dasar melanggar peraturan laman sosial itu.
Ciapan itu sebahagian daripada kenyataan Mahathir yang antara lain membidas Presiden Perancis Emmanuel Macron susulan pembunuhan seorang guru di Perancis, yang antara lain mengisytiharkan "perang" terhadap apa yang disifatkannya sebagai "pemisah Muslim" dan menyifatkan Islam sebagai agama "dalam krisis". |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Boikot aje kapir lahanat french gays ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. baca dulu whole text baru nilai.
Ai suka pemimpin yg bersuara dan berani kerana benar... tak suka yg senang di gula2 or dibuli... yg senyap apatah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
apabila pertembungan budaya 'kafir'(kebebasan bersuara secara mutlak) dengan adab dan budaya Isle...tanpa sefahaman yg kuat...maka terjadilah perkara yg buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
kata freedom of speech, bila diorang kutuk Nabi SAW takpe, bila kita balas balik kena tang diorang (kafirun) dan dan claim islam
terroris...sama mcm satu kaum dlm malaysia, always play victim.. this is beyond politic guys, tun M always vocal defend islam dari dulu lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-10-2020 10:51 AM
Hopefully masyarakat dunia tau lah atuk ni orang Malaysia sendiri dah tak hormat
Ada masa pemikir ...
Aku salah seorang rakyat malaysia yg hormat tun dan akan gesa anak cucu aku hormat tun |
|
|
|
|
|
|
|
kakigebang replied at 30-10-2020 06:24 PM
kata freedom of speech, bila diorang kutuk Nabi SAW takpe, bila kita balas balik kena tang diorang ( ...
Setuju..... dah kata freedom of speech.... mat saleh perancis ni ramai jer bodoh bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir kena bawa isu penghinaan agama dan budaya ni ke PBB(gitew).Ini masalah global dh ni(cakap lu). |
|
|
|
|
|
|
|
kerabuBiru replied at 30-10-2020 06:52 PM
Aku salah seorang rakyat malaysia yg hormat tun dan akan gesa anak cucu aku hormat tun
Samalah kita.
Orang melayu kita ni kononnya bangsa yang penuh adab sopan hormat orang tua. Katanyalahhhhhh hakikatnya.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba la bacavdan fahamkan apa yg macron tu cakap dan baca jugak apa yg tun cakap.. Yg emo sangat marah tun tu pasai apa. Agama Islam dipermainkan kot! C'mon la.. Orang yg dok hina tun ni ada keberanian ka nak cakap macam tu. Elok juga dulu tun sound |
|
|
|
|
|
|
|
belon replied at 30-10-2020 09:05 PM
Cuba la bacavdan fahamkan apa yg macron tu cakap dan baca jugak apa yg tun cakap.. Yg emo sangat mar ...
perkara ini hanya akn selesai itu kalo ada 'UNDANG2 ANTARABANGSA menyatakan 'penghinaan kepada agama dan budaya,peradaban' adalah 'SATU KESALAHAN'.Apa yg berlaku sekarang...tidak ada undang2 seperti itu.Barat/kafir dgn 'KEBEBASAN BERSUARANYA'(tak kira apa)....Sementara Timur/Isle dgn adab,agama dan budayanya yg berbeza dgn Barat/kafir.Masing2 kata depa benar/betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bijaksana; diplomatic akan diam mengalah.
SIMPAN EGO. Itu betul islam tulen sejati berjiwa teguh tak mudah goyang.
IRONI, sedar tak sedar akhirnya kamu semua menyokong cara stinger. Keras, berani dan benar? Cayalah. |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai saorang Muslim Tun kira berjihad.
Tapi kenapa bila DAP kutuk Melayu dan Islam Tun DIAM JE |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrsLucky at 31-10-2020 09:25 AM
Some quotes taken from Pope Francis on Charlie Hebdo in 2015.
'One Cannot Make Fun of Faith'
Religious freedom and freedom of expression, he said, are fundamental human rights. But they are also not a total liberties. “There is a limit,”
“Every religion has its dignity. I cannot mock a religion that respects human life and the human person.”
“If [a close friend] says a swear word against my mother, he’s going to get a punch in the nose,” he explained. “One cannot provoke, one cannot insult other people’s faith, one cannot make fun of faith.”
Charlie Hebdo memang suka menghina agama termasuk kristian. Pope pun kena juga. Dulu kan ada bebetapa staff derang kena bunuh juga. Tak serik2 |
|
|
|
|
|
|
|
bizsarii replied at 31-10-2020 07:56 AM
sebagai saorang Muslim Tun kira berjihad.
Tapi kenapa bila DAP kutuk Melayu dan Islam Tun DIAM JE
Semua benda dan setiap benda kena tun respon dulu ker baru kira valid? Ko sendiri kenapa tak respon? Personally bagi aku dap nak kutuk melayu is small matter.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gingerly replied at 30-10-2020 09:56 PM
Yg bijaksana; diplomatic akan diam mengalah.
SIMPAN EGO. Itu betul islam tulen sejati berjiwa tegu ...
Ketika org islam kena tembak dlm masjid baru2 ni... respon pemimpin2 islam adalah relevan.. dan tidak mengutuk agama si pelaku secara umum bukan macam si macron bodoh ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|