CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2566|Reply: 12

Anak Sudah Masuk 1 Tahun Tapi Masih Belum Jalan? Ambil Tahu 3 Peringkat Perkemba

[Copy link]
Post time 31-10-2020 01:16 AM | Show all posts |Read mode



Pertama kali bergelar ibu dan bapa, sudah tentu wujud perasaan teruja dengan tahap perkembangan bayi.
Antara proses yang paling ditunggu-tunggu adalah menyaksikan anak mula berjalan, kan?


Bila anak mula berjalan?

Apabila si manja sudah boleh mencapai sesuatu pastinya ia antara usaha untuk anak mula berdiri.
Selepas si kecil sudah boleh berdiri dengan sendirinya, ia merupakan 1 tahap perkembangan yang paling dinantikan kebanyakan ibu bapa.
Sebelum anak mula berjalan, dia perlu mempunyai koordinasi dan kekuatan pada bahagian otot.
Proses ini akan bertambah baik apabila dia mula belajar untuk duduk, meniarap dan merangkak.
Selepas anak mempunyai koordinasi dan kekuatan otot, mereka akan mula menarik sesuatu untuk membantu diri bangun atau berdiri.
Kebiasaannya anak mula berdiri sambil memegang sesuatu sekitar usia 6 hingga 10 bulan.
Bermula daripada proses berdiri itu, si kecil akan mula menambahkan keyakinan serta keseimbangan dirinya.
Rata-rata bayi akan mula membuat langkah pertamanya apabila menjelang usia setahun.
Pada usia 1 tahun 3 bulan, kebanyakan anak mula berjalan tanpa sebarang bantuan.
Namun, jika anak anda mungkin memerlukan masa lebih lama daripada itu, usah bimbang. Ia adalah 1 keadaan normal.
Ini kerana ramai bayi yang tidak boleh berjalan tanpa bantuan sehingga berusia 1 tahun 5 bulan hingga 1 tahun 6 bulan.
Dikatakan bayi yang lebih banyak mengesot akan lebih lambat berjalan berbanding bayi yang merangkak.


Tahap perkembangan sihat

Umumnya, ibu bapa akan bimbang apabila bayi lain yang seusia dengan anak mereka sudah boleh berjalan sedangkan si manja mereka masih merangkak lagi.
Pastinya soalan yang biasa timbul adalah sama ada anak mempunyai masalah kesihatan yang serius?
Anak mula berjalan adalah 1 langkah penting dalam tahap perkembangan fizikal si kecil.
Semestinya bayi yang semakin membesar tidak akan duduk diam dan berbaring di dalam buaian atau di atas katil semata-mata.
Mereka juga pastinya berasa rimas jika didukung sepanjang masa.
Ini kerana mereka akan mula untuk mencuba bangun dan berdiri, bertatih, berjalan tanpa bantuan, berlari dan melompat dengan rasa penuh keyakinan diri.
Haaa…mesti ibu bapa tidak sabar menanti saat-saat itu, bukan?
Dalam keterujaan itu, diharapkan para ibu bapa sekalian dapat bersabar, ya? Jangan pula dipaksa si kecil berjalan sedangkan mereka belum bersedia lagi.
Berikut Hello Doktor kongsikan tahap perkembangan anak mula berjalan.





Lahir hingga usia 2 bulan

Selepas dilahirkan, si kecil akan mempunyai refleks untuk menendang apa sahaja permukaan yang disentuh kaki mereka.
Ia bukanlah bermakna mereka cuba menggunakan kaki untuk berjalan tetapi ia cuma tindakan refleks sahaja dan akan hilang selepas 2 bulan.
Sebagai contoh, jika anda memegang si kecil dalam keadaan menegak di atas paha sambil menyokong kepalanya, pastinya anda berasakan seperti mereka cuba menggunakan kaki, bukan?


5 hingga 10 bulan

Ketika mencecah usia 5 bulan, jika anda memegang si kecil dan kakinya menyentuh paha anda, mereka akan terenjut-enjut turun dan naik.
Ia adalah 1 aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan akan datang.
Sepanjang tempoh ini, otot kaki bayi anda akan berkembang ketika mereka belajar meniarap, duduk dan merangkak.
Menjelang usia antara 8 hingga 10 bulan, si kecil mula ‘memaksa’ dirinya untuk berdiri sambil berpaut atau berpegang pada perabot atau sebarang objek yang boleh menyokong dirinya.
Setelah beberapa minggu si kecil membiasakan diri dengan kemahiran ini, mereka akan mula bergerak secara tegak dengan berpaut pada objek.
Ada kalanya, apabila berasa yakin, mereka mungkin akan melepaskan pegangan tersebut dan berdiri tanpa sokongan.
Bilakah anak mula berjalan?
Apabila si kecil mula melepaskan sebarang pegangan, anda boleh mencuba untuk membantunya berjalan dengan memegang tangannya.
Pasti anak anda akan cuba untuk memulakan langkah untuk berjalan.


9 bulan hingga setahun

Ketika berusia 9 hingga 10 bulan, si kecil akan mula belajar untuk membengkokkan lututnya dan mengetahui cara untuk duduk selepas berdiri.
Haaa… Ini bukan 1 perkara yang mudah untuk bayi, okay?
Kebiasaannya, pada usia 11 bulan, anak anda mungkin sudah mempunyai kemahiran untuk berdiri sendiri, membongkok dan mencangkung.
Dia akan mula berjalan sambil memegang tangan anda.
Namun percayalah, dalam tempoh beberapa minggu, si kecil boleh melakukannya tanpa sebarang bantuan!
Walau bagaimanapun, ada sesetengah bayi masih berjalan berpaut untuk mendapatkan sokongan, jangan risau, ia adalah normal.
Ada juga bayi yang tidak berjalan sehingga mereka berusia 17 atau 18 bulan.





Biarkan anak mula berjalan secara semula jadi

Memang rasa teruja untuk melihat si kecil berjalan tetapi sebaiknya, biarkan ia berlaku secara semula jadi.
Jangan anda memaksa mereka untuk berjalan semata-mata kerana melihat bayi lain seusia mereka sudah boleh berjalan.
Tahap perkembangan setiap bayi adalah berbeza, jadi bersabar ya wahai ibu bapa sekalian.
Biarkan si kecil untuk melalui proses meniarap, merangkak, berpaut sebelum mula bergerak dan berjalan bebas tanpa bantuan.




Sumber : hellodoktor.com






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau 18 bulan tak pandai jalan, it may be a sign of development delay yg lain2. So lebih baik bawak berjumpa pakar kanak2.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols 1 tahun 4 bulan baru jalan
Riso juga memula tu..
Tapi doc cakap takpe..perkembangan lain ok je...
Sebab dia gundu..hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 10:38 AM | Show all posts
shernazz replied at 31-10-2020 07:48 AM
Anak iols 1 tahun 4 bulan baru jalan
Riso juga memula tu..
Tapi doc cakap takpe..perkembangan lain ...

anak minum susu tin ye? kdg2 anak minum susu tin badan sihat muk2 montel comel. seronok tengok merangkak. nanti dh jalan semua nak panjat nak cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 31-10-2020 10:38 AM
anak minum susu tin ye? kdg2 anak minum susu tin badan sihat muk2 montel comel. seronok tengok mer ...

Anak iols fully breastfeed
Iols rasa sebab dia fully bf plus dia kena cucuk steroid.masa eczema.teruk.dulu...2.kali kena cucuk...
Mmg berisi betul..jadi.malas nak berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:22 PM | Show all posts
shernazz replied at 31-10-2020 01:09 PM
Anak iols fully breastfeed
Iols rasa sebab dia fully bf plus dia kena cucuk steroid.masa eczema.t ...

xpe masa dia malas jalan tu dia comel lg boleh cak2. dh berjalan habis dia cuba macam2. btw jgn lupa videokan ye. rakam n simpan. zaman sekarng ada teknologi jgn guna album gambar tu zaman 90an. rekod n simpan untuk kenangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank sume ta same..ank kdua iols 16bln bru jalan adik dia 9bln da jalan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 31-10-2020 01:22 PM
xpe masa dia malas jalan tu dia comel lg boleh cak2. dh berjalan habis dia cuba macam2. btw jgn lu ...

Khen...
Kekadang bila dah.simpan..kang hilang.plak kat pc..geram btol iols...
Maybe bleh upload di.youtube..hahaaha..kekal.kat situ.khenn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 02:04 PM | Show all posts
shernazz replied at 31-10-2020 01:50 PM
Khen...
Kekadang bila dah.simpan..kang hilang.plak kat pc..geram btol iols...
Maybe bleh upload  ...

blh upload youtube tp unlisted video hidekan takut pedo suka anak sis pula. banyak je free cloud medium cuma jgn beli kt shopee unlimited storage semua tu akaun scam. akaun scam maksudnya data kita simpan principle akaun boleh tengok download dan delete.

upload youtube google drive 15 gig dah cukup dah. zaman dulu sedih nak ambil gmbr kena cuci kedai cina cuci filem. zaman sekarang dh cut off. teknologi make things better.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 31-10-2020 02:04 PM
blh upload youtube tp unlisted video hidekan takut pedo suka anak sis pula. banyak je free cloud m ...

Haah kan
Iols.silap
Transfer.swmua.pic kat one.drive
Dah la.kecik.je..1gb
Sesetrngah ada masuk.google.drive..henpon lama.lah tapi..huuuuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
anak sulung iols 9 bulan dh jalan, yg second dah setahun 4 bulan baru pndai berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak iolss setahun ngam2 pandai jalan tapi tula baru berapa hari dapat kaki terus mcm nak lari, padahal kau jalan pun jatuh2 lagi nak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 12:15 PM | Show all posts
Setiap perkembangan bayi adalah moment2 indah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.212222 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list