CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Hari ni, 31hb Okt trending di Twitter tangga pagar #Malindo. Ramai staff kongsi

  [Copy link]
Post time 1-11-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-11-2020 09:42 AM
Pakat duk suh orang2 yg kena benti ni muhasabah diri la
Kalau selalu pandang atas kena pandang ba ...

Pantang betul tgk org hina pekerjaan org. Tak boleh fikir ke perasaan org tu dan keluarga. Diorang kerja tu demi kelangsungan hidup dan keselesaan keluarga. Besar sgt pengorbanan. Biar apa jenis kerja tu yang terbaik buat diorang, asalkan kerja yang halal dan bawa balik  gaji yang berkat. Roda tak sentiasa di atas.  Kiyah doakan sesiapa jua yang terkesan akan dimurahkan rezeki dan terus bersemangat meneruskan  kehidupan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiyah replied at 1-11-2020 05:50 PM
Pantang betul tgk org hina pekerjaan org. Tak boleh fikir ke perasaan org tu dan keluarga. Diorang ...

nak buat mcm mana sisturr..

sy dh pernah merasa pekerjaan kena kecam ms mula2 industri OnG / Marine terduduk 6-7 thn lepas dgn 2-3 kutu dlm forum ni..

Padahal diaorg tak tauu dan bengap, once OnG / Marine jatuh..akan ada domino effect..

siap bangga lagi kata org dah tak pakai dah fossil fuel ni...habistu korang ingat empangan Temneggor , Kenyir, Bakun tu mampu ke nk support power generation kt Malaysia ni kalo takda Gas power plant , oil power plant dgn coal power plant..?

dan tak semua negara kt dunia ni mampu gunakan tenaga nuklear...

nak pakai solar ? berapa banyak tempat lapang yg kena korban untuk hasilkan tenaga yg sama perkapita penduduk..?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dipermudahkan urusan semua orang..

sedih bila terkenangkan yang mana ada anak2 kecil, ada parents tua sakit2 yang perlu dijaga, beli ubat semua. Moga dibuka pintu rezeki lain untuk diorang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 08:21 PM | Show all posts
Maaf nak cakap tapi kena selalu ingat, geng yg keja besar2 ni kena ingat 2 pepatah ni even time depa tengah senang dulu2:

1. Besar periuk, besar keraknya
2. Langit tak selalunya cerah

Ini mungkin dugaan besar bagi mereka, mungkin sebagai kifarah.
Mungkin dulu tak pernah bayaq zakat ka, buat sombong/berlagak dgn jiran/rakan2, tipu declare income tax skit ka, tak pernah bagi duit kat mak bapak di kampung ka, tak pernah nak bayaq balik PTPTN atau bayaq ja, etc

Semoga dugaan ini menyucikan dosa2 & kesilapan yg lampau.

Apa pun, ini bukan benda yang terakhir dalam kehidupan masing2.

Boleh ja nak kerja grabfood, foodpanda, pakguard/makguard, as long as gaji halal dan boleh letakkan makanan atas meja utk family.
Buat kerja ni SEMENTARA covid nak reda dan ekonomi nak recover balik.

Apa pun, banyakkan muhasabah diri dan berdoa.

#donedakwah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 12:51 PM | Show all posts
Dewan Rakyat: Pekerja Malindo Air boleh failkan representasi pemulihan kerja - Saravanan
Firdaus Azil
November 3, 2020 12:06 MYT

KUALA LUMPUR: Golongan pekerja yang merasakan penamata perkhidmatan mereka dilakukan secara tidak adil dan tanpa alasan munasabah, mempunyai hak untuk memfailkan representasi pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Ketika menjawab soalan di sesi Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Tapah itu berkata, tindakan berkenaan membolehkan golongan pekerja dipulihkan ke pekerjaan asal.
“Untuk makluman, setakat 2 November 2020, Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) telah menerima sebanyak 31 kes representasi pemulihan kerja di bawah seksyen 20 Akta 177 yang melibatkan bekas pekerja-pekerja Malindo Air.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 kes telah berjaya diselesaikan melalui rundingan damai manakala bakinya sebanyak 7 kes masih lagi dalam tindakan JPP bagi proses rundingan damai,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) yang ingin mengetahui apakah bantuan akan diberikan kepada pekerja Malindo Air yang telah diberhentikan kerja serta-merta.
Selain itu, Kasthuri turut ingin mengetahui rancangan Kementerian untuk memastikan ada perlindungan pekerjaan untuk golongan tersebut.
Menjawab lanjut, Saravanan berkata, Jabatan Tenaga Kerja telah berbincang dengan pengurusan Malindo Air, JPP, dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berhubung isu pematuhan perundangan pemburuhan, serta langkah menjaga kebajikan.
Selain itu, beliau berkata, pekerja Malindo Air yang diberhentikan serta-merta boleh mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga 6 bulan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

“Bayaran elaun akan dibuat antara 80 peratus hingga 30 peratus daripada gaji akhir, di bawah had gaji RM4,000. Bantuan tersebut adalah seperti Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latuihan, Fi Latihan, dan Faedah bantuan pencarian pekerjaan.
“Pada masa sama, pekerja Malindo Air yang telah diberhentikan kerja boleh mendaftar dengan Portal MyFutureJobs, iaitu portal pekerjaan yang membantu mereka mendapatkan pekerjaan,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049920 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list