View: 1923|Reply: 16
|
Wanita Diikat & Dibakar Kekasih Hidup-hidup Sebab Enggan Gugur Kandungan
[Copy link]
|
|
Wanita hamil maut dibakar hidup-hidup dipercayai oleh kekasih selepas enggan menggugurkan kandungannya.
Ellen Priscila Ferreira da Silva, 24, yang hamil empat bulan dibakar di dalam kereta dinaiki bersama Ely Carlos dos Santos, 39.
Kredit foto: The Sun/Newsflash
The Sun melaporkan, kejadian berlaku di Sao Paulo, Brazil, di mana polis percaya mangsa masih hidup ketika mereka diikat sebelum kereta disimbah petrol dan dibakar.
Identiti mangsa yang rentung dikenal pasti selepas keluarga mengecam kereta berkenaan yang juga milik ibu Ellen.
Berikutan itu, polis menahan empat suspek iaitu tiga lelaki berusia 19, 35 dan 38, serta wanita berusia 36 tahun.
Wanita dan lelaki berusia 19 tahun terbabit mengakui perbuatan mereka, namun dua lagi menafikan pembabitan mereka dalam kejadian.
Ely Carlos dos Santos
Kredit foto: The Sun/Newsflash
Menurut polis yang mengetuai siasatan kejadian, Paulo de Tars berkata, Ellen menjalin hubungan dengan salah seorang suspek yang sudah berkahwin hingga hamil.
Polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu sama ada berpunca akibat Ellen dan Eli berhutang dengan pengedar dadah dan tidak menolak kemungkinan Ellen enggan menggugurkan kandungannya.
Difahamkan, suspek utama kejadian dipercayai lelaki berusia 38 tahun yang juga kekasih Ellen.
Dia pada mulanya mendakwa turut diserang dan berpura-pura pengsan bagi mengelak dibakar hidup-hidup, namun menukar kenyataannya dengan mengaku mereka cerita serta mencederakan diri sendiri di bawah pengaruh dadah.
Dia juga mengakui mengenali kedua-dua mangsa terbabit. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan macam kau boleh cari yg lagi hensemmmm. Ni jantan berkerak versi brazil yg kau nak...
Semoga jadi pontianak & hantui jantan ni dalam penjara.
Aku kalau bab gugur anak ni memang sensitip |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya....
Anak dalam perut tu anak ko kut |
|
|
|
|
|
|
|
Kat brazil ni kes jenayah bunuh2 ni dah jadi biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ellen n Ely tu terbakar bersama2..kawan mendadih ke apa kot..baca kat versi omputih, wife suspek pun tengah pregnant..pastu suspek tu siap comfort kan mak si Ellen jugak lepas polis confirmkan mayat Ellen.. |
|
|
|
|
|
|
|
cikki tu lawa...
jejan tu hauk hodoh, taktau la dia takut sebab anak tu bakal rhoper dia ke macam mana sebab memang hauk pun rupa jejan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam, bunuh 2 nyawa.
Sama macam kat indon, yg tu perut dah besar rasanya dlm 6-7 bulan.
Pakwe hanat dia g ikat dan campak hidup2 dlm sungai.
Jahat gilerr.
Moga dapat pembalasan yg setimpal, manusia camni tak layak hidup pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 3-11-2020 01:44 PM
cikki tu lawa...
jejan tu hauk hodoh, taktau la dia takut sebab anak tu bakal rhoper dia ke macam m ...
Yg gambo tu bukan suspek kan? Cer baca bebetul. Rasanya hat tu pun mati juga. Nama suspek semua tak disebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ye kaka... dah la iols baca 5 kali dah tapi masih susah nak hadam yang mana suspek yang mana mangsa... choiii! ini semua salah cek non dan adik dia
#larisambilrasadiritaksalah
|
|
|
|
|
|
|
|
jantan rupa cam bangla ni si mati pilih untuk membirah??salah awok la membirah banyak jantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang ni jenis baca sebaris ayat terus reply ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tengok movie Brazil,
Pemandu train ni buat pregnant gf, suruh gugur tak mau sebab dia ada anak dan bini.
So satu hari lelaki ni bawa gf dia jejalan, pergi rumah kawan, rioanya kat situ dan tunggu meja pembedahan.
So abortion.
Perempuan tu punya dendam, dia buat kawan dengan bini laki tu, dengan anak laki tu.
End cita dia bakar hidup hidup anak perempuan lelaki tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama-lama baca berita macam ni,tak ada perasaan dah.
tak kira di mana kejadian berlaku.
suspek tak kisah dgn hukuman kot. |
|
|
|
|
|
|
|
gugur kandungan tu sma mcm bunuh anak dah...hati binatang betul
|
|
|
|
|
|
|
| |
|