CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1447|Reply: 5

[SARAWAK] Covid19 Update 03112020

[Copy link]
Post time 4-11-2020 12:42 AM | Show all posts |Read mode
HARI ini 3 November 2020, 21 kes positif yang baharu direkodkan di Sarawak yakni Kuching (12), Miri (3), Lawas (3) dan Lundu (3).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2020 12:44 AM | Show all posts
KUCHING (Nov 3): Sarawak recorded 21 new positive Covid-19 cases today, bringing the total number of positive cases in the state to 927, said the State Disaster Management Committee (SDMC).

According to the update, 12 cases were recorded in Kuching district while Miri, Lawas and Lundu districts each recorded three cases, respectively.

“Eight cases recorded in Kuching were detected from the Green Hill Cluster and these cases were detected through close contact screening to the identified Covid-19 positive cases.

“Six cases were close contacts to Case 877 which was reported on Oct 31. These cases underwent screening at a government health clinic on Nov 1 and were confirmed to be positive on Nov 2. Two of these cases suffered from a fever and cough on Oct 31 and Nov 1,” it said.

It said another case from this cluster involved a local woman who is a friend of Case 832.

“The case is asymptomatic and went for Covid-19 screening at a government health clinic on Nov 1.

“We also detected a case involving a local man who had contact with Case 876 from the Green Hill Cluster. He is asymptomatic and also went for Covid-19 screening at a government health clinic on Nov 1,” it said.

It added that these cases are aged between 20 and 60-years-old and have been admitted to Sarawak General Hospital (SGH) for further treatment.

The Green Hill Cluster also recorded two new cases in Miri, where both cases are friends to Case 829.

“One of the cases had eaten together with Case 829 and both cases were detected through close contact screening to the Covid-19 positive case,” it said, adding that both cases are asymptomatic and have been admitted to Miri Hospital for further treatment.

It also said these two cases have been categorised as local infection cases.

SDMC said Kuching also recorded three new cases from the Wisma Saberkas Cluster involving locals who run an electronic business at Wisma Saberkas here.

“These three cases, all of whom are women aged between 55 and 60-years-old, were detected through active case detection (ACD) screening which was conducted on Nov 2.

“All three are asymptomatic and have been admitted to the isolation ward at SGH for further treatment,” it said, adding that contact tracing and the cause of infection for these cases are underway.

Kuching also recorded an imported case today involving a local man who returned from Selangor via Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 1 to Kuching International Airport (KIA) on Oct 22.

“The case underwent Covid-19 screening upon arrival at KIA and his rT-PCR test had turned up negative results initially.

“He was placed on a mandatory 14-day quarantine at a hotel quarantine centre where he underwent a second screening test on Oct 31. The rT-PCR test on the tenth day of this case returned positive results for the virus on Nov 2,” said the committee, noting that this case is categorised as Import B as the case was infected while in Selangor.

It added that the case, who is asymptomatic, has since been admitted SGH for further treatment.

In Miri, SDMC said one case involved a local man who works as a driver for oil and gas workers in Miri district.

“This case was screened because he had close contacts with Cases 828, 830 and 831 which were reported on Oct 28.

“He was screened on Oct 30 and the results of the RT-PCR test turned up positive on Nov 2.

“The case showed no signs and symptoms of Covid-19 infection and has been admitted to the isolation ward at Miri Hospital for further treatment,” it said.

For Lawas district, three import cases were detected involving a family of locals who had just return from Beaufort, Sabah.

“They returned to Lawas via Merapok Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex on Oct 29 and were admitted to a hotel quarantine centre for a 14-day mandatory quarantine.

“The age range of these cases, comprising a father, mother and baby, are between 1 and 27 years old. The mother of this 1-year-old is a teacher at a vocational college in Sabah,” said the committee.

It said the cases were screened on Oct 31 at the quarantine centre and their RT-PCR test was found to be positive on Nov 2.

“All cases, who are asymptomatic, have been referred to Miri Hospital for further treatment.

“They are categorised as Import B as they were infected from a high-risk Covid-19 infection area namely Sabah,” it said.

As for Lundu, three new cases were detected through ACD which was conducted at Kampung Teluk Melano.

“These cases involved locals (two women and a man) aged between 34 and 62 years old. They were screened on Nov 1 and found to be positive on Nov 2.

“Two of these cases suffered from fever and cough from Oct 30 and 31. They have been admitted to SGH for further treatment,” said SDMC.

It also said active case tracing activities were conducted at Kampung Teluk Melano following a positive case (Case 871) who was detected and reported on Oct 30.

“As of 12pm on Nov 3, a total of 333 individuals have been screened at Teluk Melano resulting in four positive cases (including Case 871), 244 negative cases and 85 individuals who are still pending test results,” it added.

Meanwhile, SDMC said two Covid-19 patients had recovered today and were allowed to be discharged from SGH.

“This brings the total number of recoveries in the state to 763 or 82.42 per cent out of the overall cases,” it said.

It also said that there are 145 patients currently being treated at hospitals throughout the state of which 117 are treated at SGH, 23 at Miri Hospital, three at Bintulu Hospital and two at Sibu Hospital.

On the number of persons-under-investigation (PUI), the committee said 66 new cases were recorded with eight cases pending lab test result.

Since the first positive Covid-19 case was reported on March 13, the state has recorded a total of 19 deaths.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2020 02:19 AM | Show all posts
Laporan Harian :
Hari ini 21 kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak. Kesemua kes tersebut adalah di Daerah Kuching (12), Miri (3), Lawas (3) dan Lundu (3). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 927 kes.

Terdapat lapan (8) kes baharu yang dikesan melibatkan Kluster Greenhill. Kesemua kes dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang telah dikenal pasti. Perincian kes adalah seperti berikut:

i. Enam (6) orang kes merupakan kontak rapat kepada kes Ke-877 yang telah dilaporkan pada 31 Oktober 2020. Kes- kes ini telah menjalani saringan di klinik kesihatan kerajaan pada 1 November 2020 dan telah disahkan pada 2 November 2020. Dua orang daripada mereka telah mengalami demam dan batuk pada 31 Oktober dan 1 November 2020.

ii. Satu (1) kes merupakan seorang wanita warga tempatan yang merupakan rakan kepada kes Ke-832. Kes tidak mengalami sebarang tanda dan gejala. Kes telah menjalani saringan COVID-19 di klinik kesihatan kerajaan pada 1 November 2020.

iii. Satu (1) kes merupakan seorang lelaki warga tempatan yang mempunyai kontak dengan kes ke-876. Kes tidak mengalami sebarang tanda dan gejala. Kes ini juga telah menjalani saringan COVID-19 di klinik kesihatan kerajaan pada 1 November 2020.
Kes-kes ini berumur dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun. Kes- kes ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Kes balik dari kawasan berisiko tinggi :

Kes merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang telah pulang dari Selangor melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA-1) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 22 Oktober 2020. Kes telah menjalani saringan COVID-19 setibanya di KIA dan ujian rT-PCR kes adalah negatif untuk jangkitan COVID-19. Kes telah dimasukkan ke pusat kuarantin hotel untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Kes telah menjalani ujian saringan kedua pada 31 Oktober 2020 dan ujian rT-PCR pada hari ke-10 kes ini telah didapati positif pada 2 November 2020. Kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19.

Kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut, Kes dikategorikan sebagai Import B iaitu telah mendapat jangkitan semasa berada di Selangor.

Kes Saringan bagi kontrak kluster Wisma Seberkas ( 3 kes baru ) :

Ketiga-tiga kes ini merupakan warganegara tempatan yang menjalankan perniagaan elektronik di bangunan Wisma Saberkas.

Ketiga-tiga kes ini dikesan melalui saringan pengesanan kes secara aktif (ACD) yang telah dijalankan pada 2 November 2020. Kes-kes ini terdiri daripada tiga orang wanita yang berumur dalam lingkungan 55 hingga 60 tahun.

Kesemua kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kes-kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. Pengesanan kontak kepada kes-kes ini sedang dijalankan dan punca jangkitan masih dijalankan.

Kes saringan kontrak Kluster Green Hill :

i. Seorang (1) kes merupakan rakan kepada kes Ke-829 yang telah dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Kes ini tidak mengalami tanda dan gejala jangkitan COVID-19.

ii. Seorang (1) kes merupakan rakan kepada kes Ke-829 yang pernah makan bersama dan telah dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Kes ini juga tidak mengalami tanda dan gejala jangkitan COVID-19.

Kedua-dua kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan dan berkaitan dengan Kluster Greenhill di Daerah Kuching.

Kes saringan kontrak rapat pesakit Covid 19 :

Kes ini rupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang bertugas sebagai pemandu kepada pekerja minyak dan gas di Daerah Miri. Kes ini telah disaring kerana mempunyai kontak rapat kepada kes-kes Ke-828, 830 dan 831 yang telah dilaporkan pada 28 OKtober 2020.

Kes ini telah disaring pada 30 Oktober 2020 dan keputusan ujian rT-PCR kes didapati positif pada 02 November 2020. Kes tidak menunjukkan tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Kes Lawas ( 3 kes baru ) :

Ketiga-tiga (3) kes ini merupakan sebuah keluarga warganegara tempatan yang baru balik dari Daerah Beaufort, Sabah. Mereka telah balik ke Lawas melalui ICQ Merapok pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke pusat kuarantin hotel untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Kes-kes ini adalah bapa, emak dan anak yang masing-masing berumur dalam lingkungan 1 tahun dan 27 tahun. Emak kepada anak berumur 1 tahun ini adalah seorang guru di sebuah Kolej Vokasional di Sabah.
Kes telah menjalani saringan pada 31 Oktober sama di pusat kuarantin dan ujian rT-PCR mereka didapati positif pada 02 November 2020. Kes-kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19.

Kesemua kes telah dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Kes-kes dikatogorikan sebagai Import B iaitu mendapat jangkitan dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 iaitu Sabah.

Kes Lundu ( 3 kes baru ) :

Hari ini, tiga (3) kes baharu telah dikesan melalui saringan pengesanan kes secara aktif (ACD) yang telah dijalankan di Kampung Teluk Melano, di Daerah Lundu.
Kes-kes ini terdiri daripada warganegara tempatan, dua orang wanita dan seorang lelaki yang masing-masing dalam lingkungan umur 34 hingga 62 tahun. Kesemua kes ini telah disaring pada 1 November 2020 dan didapati positif pada 2 November 2020.

Dua orang kes telah mengalami demam dan batuk mulai 30 dan 31 Oktober 2020 Kesemua ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sawarak untuk rawatan lanjut. Aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan di Kampung Teluk Melano berikutan satu kes positif telah dikesan dan dilaporkan pada 30 Oktober 2020 iaitu kes Ke-871.

Setakat 3 November 2020, jam 12:00 tengah hari sejumlah 333 individu yang telah disaring di Teluk Melano adalah seperti berikut:
- 4 kes positif (ternasuk kes Ke-871)
- 244 individu negatif saringan COVID-19 - 85 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Covid 19 yang masih aktif :


Hari ini, tiada (0) kluster baharu dilaporkan. Ini menjadikan terdapat enam (6) kluster yang kekal masih aktif di Sarawak. Kluster-kluster yang masih aktif adalah seperti berikut:

Kluster Haji Baki :

Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dikesan atau dilaporkan melibatkan kluster ini. Ini menjadikan jumlah kes positif melibatkan kluster ini kekal seramai 30 orang termasuk kes indeks.
Sejumlah 2,943 individu telah disaring, iaitu:

• 30 kes dikesan positif COVID-19;
• 2,730 individu negatif; dan
• 183 individu yang masih menunggu keputusan.

Kluster Green Hill :

Terdapat penambahan sepuluh (10) kes baharu positif COVID-19 dikesan atau dilaporkan melibatkan kluster ini pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif melibatkan kluster ini adalah 62 orang termasuk kes indeks.

Sejumlah 692 individu telah disaring, dimana:
• 62 kes dikesan positif COVID-19;
• 630 individu negatif

Kluster Wisma Seberkas :


Hari ini, terdapat tiga (3) kes baharu positif COVID-19 dikesan atau dilaporkan melibatkan kluster ini pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif melibatkan kluster ini adalah seramai sebelas (11) orang termasuk kes indeks.

Sejumlah 531 individu telah disaring, dimana:
• 11 kes dikesan positif COVID-19;
• 10 individu negatif; dan
• 510 individu yang masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Arnab :

Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dikesan atau dilaporkan melibatkan kluster ini. Jumlah kes positif melibatkan kluster ini kekal seramai dua belas (12) orang termasuk kes indeks.

Kluster Seladah :


Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dikesan atau dilaporkan melibatkan kluster ini. Ini menjadikan jumlah kes positif melibatkan kluster ini kekal seramai tujuh (7) orang termasuk kes indeks.

Kluster Putra :


Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dikesan atau dilaporkan melibatkan kluster ini. Jumlah kes positif melibatkan kluster ini seramai lima (5) orang termasuk kes indeks.

STATUS Wad Pengasingan :


Dimaklumkan juga bahawa dua (2) kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Kesemua kes ini didiscaj dari Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah kekal seramai 763 orang atau 82.42% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 145 orang iaitu:
• 117 kes di wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak;
• 23 kes di Hospital Miri;
• Tiga (3) kes di Hospital Bintulu, dan
• Dua (2) kes di Hospital Sibu.

Tiada kes COVID-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari ini. Tiada kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kematian adalah kekal seramai 19 orang atau 2.05%.

Hari ini 66 PUI baru telah dilaporkan dan lapan (8) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

RINGKASAN KES MENGIKUT DAERAH SARAWAK :


Hari ini, daerah Kuching kekal berstatus merah dengan jumlah keseluruhan seramai 111 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Daerah Lundu, Miri dan Limbang juga kekal berstatus kuning. Ini menjadikan jumlah daerah yang berstatus Merah adalah satu (1) buah daerah, tiga (3) berstatus Kuning dan 36 buah daerah yang lain di Sarawak kekal berada dalam status Hijau.


Hari ini pihak PDRM telah mengeluarkan tujuh (7) kompaun di Daerah Lawas (5), Miri (1) dan Padawan (1).

Manakala pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 115 amaran lisan, bertulis dan sitaan di kawasan seliaan BDA (23), MPP (21), DBKU (19), SMC (15), MD Marudi (14), SRDC (10), MBKS (7), MD Serian (5) dan MB Miri (1).


Hari ini sebanyak 1,668 premis telah dipantau iaitu Pasaraya (238), Restoran (296), Kilang (8), Bank (131), Pejabat Kerajaan (63), Penjaja (32), Pasar Tani/Awam (68), Tempat Ibadah (77), Tempat Riadah (46), Tapak Pembinaan (19) dan lain-lain (690).

Seramai 518 anggota pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM (243), ATM (32), RELA (124), APM (79), PBT (33), KKM (3) dan lain-lain agensi (4).

Hari ini terdapat 7 sekatan jalan raya di 6 buah daerah iaitu di Lawas (2), Lundu (1), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1). Melalui 7 sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,367 jumlah kenderaan telah diperiksa.

Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives

Jaga Sarawak Intu Sarawak

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2020 02:52 AM | Show all posts
KUCHING: Bayi berusia setahun antara 21 kes positif COVID-19 baharu yang direkodkan di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, bayi berkenaan iaitu yang termuda dijangkiti COVID-19 di Sarawak setakat ini, merupakan kes Import B direkodkan di Lawas.

"Di Lawas sebanyak tiga kes positif baharu dikesan iaitu ke Import B, dimana mereka baru balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19. Kes merupakan sebuah keluarga juga warganegara tempatan yang baru balik dari Sabah.

"Mereka telah balik ke Lawas melalui ICQ Merapok pada 29 Oktober 2020 dan dimasukkan ke pusat kuarantin hotel untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari.

"Kes-kes ini adalah bapa, emak dan anak yang masing-masing berumur dalam lingkungan setahun dan 27 tahun. Emak kepada anak berumur setahun ini adalah seorang guru di sebuah kolej vokasional di Sabah," katanya.

JPBNS berkata dengan 21 kes yang direkodkan hari ini ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan positif di negeri ini meningkat kepada 927 kes.

Jawatankuasa memaklumkan daripada 21 kes berkenaan, 12 kes adalah di daerah Kuching dengan Miri, Lawas dan Lundu masing-masing mencatatkan tiga kes.

Menurutnya, di daerah Kuching 12 kes baharu itu merangkumi lapan kes dari Kluster Greenhill hasil daripada kes saringan kontak.

"Enam daripada kes merupakan kontak rapat kepada kes ke-877 sementara satu kes melibatkan seorang wanita warga tempatan yang merupakan rakan kepada kes ke-832 dan satu lagi kes merupakan seorang lelaki warga tempatan, mempunyai kontak rapat kes ke-876.

"Kes-kes ini berumur dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun dan kes-kes juga dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut," menurut Jawatankuasa.

Sementara itu, tiga kes di Kuching adalah hasil daripada saringan bagi kontak Kluster Wisma Saberkas dan ketiga-tiga kes merupakan warganegara tempatan yang menjalankan perniagaan elektroknik di bangunan Wisma Saberkas.

Katanya, ketiga-tiga kes itu dikesan melalui saringan pengesanan kes secara aktif (ACD) yang dijalankan pada 2 November 2020 dan kes terdiri daripada tiga wanita  berusia dalam lingkungan 55 hingga 60 tahun.

"Satu lagi kes di daerah Kuching adalah kes Import B, merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang pulang dari Selangor melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 22 Oktober.

"Kes telah menjalani ujian saringan kedua pada 31 Oktober 2020 dan ujian rT-PCR pada hari ke-10 kes ini telah didapati positif pada 2 November 2020," katanya.

JPBNS berkata, bagi tiga kes di Miri yang direkodkan, dua daripada kes hasil saringan kontak Kluster Greenhill manakala satu kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

Jelasnya lagi, bagi dua kes kontak Kluster Greenhill, kedua-duanya merupakan rakan kepada kes ke-829 dan dikesan melalui saringan kontak rapat kes positif COVID-19. Kedua-dua kes dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

"Manakala satu kes di Miri merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang bertugas sebagai pemandu kepada pekerja minyak dan gas di daerah Miri. Kes ini disaring kerana mempunyai kontak rapat kepada kes-kes ke-828, 830 dan 831 yang dilaporkan pada 28 Oktober 2020," kata JPBNS.

Sementara tiga kes di Lundu, adalah hasil pengesanan kes secara aktif atau ACD di Kampung Teluk Melano dan kes semuanya warganegara tempatan terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 34 hingga 62 tahun.

"Kesemua kes ini disaring pada 1 November 2020 dan didapati positif pada 2 November 2020. Dua orang kes telah mengalami demam dan batuk mulai 30 dan31 Oktober 2020. Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

"Aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan di Kampung Teluk Melano berikutan satu kes positif dikesan dan dilaporkan pada 30 Oktober 2020 iaitu kes ke-871," katanya.

Jessica Jawing


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 01:44 PM | Show all posts
KUCHING: Sarawak mencatatkan lapan kes positif baharu Covid-19, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat sebanyak 1,019, setakat hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kesemua kes terbabit masing-masing melibatkan tujuh di daerah Kuching dan satu di Lawas.

Menurutnya, tiga daripada tujuh kes di daerah Kuching merupakan kontak rapat bagi kes positif di dalam Kluster Greenhill manakala dua lagi merupakan kontak rapat di dalam Kluster Wisma Saberkas.

Bagi kes positif di Lawas, ia membabitkan seorang lelaki warganegara tempatan yang telah menjalani saringan Covid-19 kerana baru pulang dari Sabah pada 7 November lalu.

“Dimaklumkan juga bahawa 22 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini yang melibatkan 16 kes dari Hospital Umum Sarawak dan enam kes dari Hospital Miri.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah kekal seramai 882 orang atau 86.56 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media laporan harian Covid-19 di Dun Baru, di sini hari ini.

Selain itu, Uggah juga menjelaskan bahawa tiada kes Covid-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari ini diikuti tiada kes kematian baharu dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kematian adalah kekal seramai 19 orang atau 1.86 peratus diikuti 13 PUI baru telah dilaporkan dan tiga PUI yang masih
menunggu keputusan ujian makmal,” katanya lagi.

Beliau yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut mendedahkan bahawa semua taska dan tadika di Zon Merah akan ditutup dan tidak digalakkan untuk beroperasi pada tempoh ini.

kredit:suarasarawak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 06:14 PM | Show all posts
Sarawak Disaster Information
42 min ·

TERKINI

▪️ Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengenalpasti satu kluster baru iaitu Kluster ABell, Kuching
▪️ 13 kes positif COVID-19 di Sarawak
▪️ Daerah Lawas telah bertukar status ke Zon Kuning
▪️ Daerah Limbang telah bertukar status ke Zon Hijau

Laporan Harian Kes COVID-19 di Sarawak (13 November 2020)

KEMAS KINI KES COVID-19
3 kes positif COVID-19 (jumlah 1,032): Kuching (12), Lawas (1)
20 kes PUI baru (jumlah 10,438 & negatif 9,403)
0 kematian direkodkan hari ini (jumlah 19)
8 pesakit sembuh dan discaj dari hospital (jumlah 890)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067832 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list