CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4526|Reply: 11

Tipah Tertipu! Patutlah Ramai Kongsi Gambar Konon Beli PlayStation 5, Rupanya Pa

[Copy link]
Post time 5-11-2020 04:23 AM | Show all posts |Read mode





Kehangatan PlayStation 5 sudah mula dirasai. Adakah anda perasan semalam di Instagram Stories di kenalan anda yang berkongsi memiliki PlayStation 5?
Akan tetapi, PlayStation 5 masih belum lagi berada di pasaran. Mesti anda berasa pelik dan ‘cemburu’ apabila melihat rakan anda memiliki PlayStation 5 tersebut. Betul atau tidak?



Nampak macam betul, bukan? Jangan tertipu! PlayStation 5 akan dikeluarkan pada 12 November 2020 dan akan sampai di Malaysia pada 19 November 2020. Apa yang anda lihat di Instagram Stories itu semua hanyalah filter semata-mata.

Filter tersebut diberi nama PS5 BOX dan diciptakan oleh @aroneverything . Menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) filter tersebut membolehkan pengguna untuk meletakkan kotak PS5 itu di mana-mana bahagian di dalam skrin dan memberikan imej yang realistik.
  



Oleh kerana imejnya yang cukup realistik, ramai pengguna Instagram tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri filter tersebut sambil bergaya bersama kotak PS5 mereka.










Melihat gambar-gambar di atas, siapa saja yang tidak akan tertipu kan? Anda juga boleh cuba filter ini sendiri dan lihat reaksi rakan-rakan anda! Selamat mencuba.






Sumber :  www.thevocket.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. No thanks.. Mcm menipu diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 09:25 AM | Show all posts
Sistur pon tertipu.

Buka ig, ramai benor yg beli. Ingatkan betul2 byk duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 09:47 AM | Show all posts
Kat Malaysia lambat lagi nak sampai PS5 ni. Bertabahla wahai lelaki2 kat luar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jijik esp retis yg acah2 konon bebetul ada.

Kalau setakat nak seronok dan jelaskan kat caption ianya bukan bebetul, takpe.

Kalau macam jantan tunang si eda mat aris tu memang jijik ah konon hebat ada ps5
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2020 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Cisss tertipu iolss tengok orang post kt ig tu semua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa rege ps5 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaaha boleh iols pedajai cik somi nti {:love
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2020 10:11 AM | Show all posts

RM1600 ke RM2000
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 10:13 AM | Show all posts
aku tgk minggu lepas ada la mangkok ayun boh kat status whatsapp dia gambar PS5 dgn caption malam ni boleh main.

Padahai 19 November baru reelase kat Malaysia. and babi tu bukan HxC gamer pown. . Punya nak habaq betapa dia up to date dengan latest punya gadget,
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 07:16 AM | Show all posts
serius nampak real. banyak duit betul orang yang beli. bila gugel, rupanya tak release lagi kat malaysia.. eh sekali filter kau!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94: Berapa rege ps5 ni?


Murah je, kalau preorder hari tu dalam rm1800-1900 tapi lepas habis tawaran preorder jadi rm2300-2500 kalau tak silap la. Bagi aku murah juga la sebab kalau dulu2 fon nokia sabun tu lagi mahal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.205025 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list