CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2074|Reply: 1

Bagusnya Ronaldo, Tauke Restoran Pun Puji Sikapnya Yang Baik Hati Dan Merendah D

[Copy link]
Post time 5-11-2020 04:31 AM | Show all posts |Read mode





London: Cristiano Ronaldo mungkin pemenang lima kali Ballon d'Or dan salah seorang selebriti paling popular di dunia tetapi dia juga kadang-kadang perlu menunggu lama untuk mendapatkan meja dalam restoran.
Penyerang Juventus berusia 35 tahun itu keluar makan malam pra Krismas bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan anak mereka, Cristiano Jr pada Disember 2018.
Tetapi selepas menerima panggilan dan menerima tempahan untuk tiga orang di Casa Fiore di Turin, pemilik restoran terbabit tahu keadaan pasti sesak malam itu.

Chef Davide Fiore menawarkan Ronaldo meja pada jam 9.30pm dengan harapan pelanggan lain meninggalkan restoran tepat pada masanya tetapi Ronaldo & Co tiba awal 90 minit.
Tetapi mereka tidak menunjukkan sebarang rasa tidak puas hati dengan Fiore melabelkan supestar itu seorang budak baik.
Layanan mesra kakitangan restoran terbabit memikat hati Ronaldo dan sejak itu dia menjadi pelanggan tetap Restoran Piedmontese yang menyediakan hidangan Itali dan Mediterranean.



Fiore memberitahu Tuttosport: "Ia sukar dilupakan, seperti berada dalam filem. Ketika saya berada di rumah menyiapkan hidangan malam, saya mendapat panggilan yang tak pernah saya jangkakan.
"Seorang lelaki menempah meja tiga orang untuk Cristiano Ronaldo pada jam 9.30pm.
"Sudah tentu saya kata ya tetapi kemudian saya terfikir. Sekarang apa saya perlu lakukan?. Saya tahu tempat itu sudah tentu penuh tetapi tempahan untuk Ronaldo dibuat berdasarkan masa tempahan 7.30pm akan tamat jam 9.30pm.
"Untuk jalan selamat, saya meminjam meja daripada restoran bersebelahan dan meletakkannya di sudut.
"Cristiano, Georgina dan anak mereka, Cristiano Jr, tiba jam 8pm. Saya berkata kepada diri saya, 'Apa patut saya buat?'
''Semua pelanggan tercengang dan tidak bercakap malah tiada yang mahu bangun, mereka teruja melihat CR7.
"Jadi saya bawa Cristiano duduk di meja kecemasan tetapi masa terus berlalu dan tiada siapa meninggalkan meja. Cristiano tidak menunjukkan sebarang rasa tidak puas hati dan Georgina serta anaknya menyenanginya.
"ada masa itu saya menyedari, walaupun Ronaldo bergelar superstar bola sepak dunia, tetapi paling penting dia tetap merendah diri dan baik hati.
"Saya sudah melihat ramai orang yang tidak terkenal seperti dia akan meninggalkan tempat ini tak sampai lima minit ketika berdepan situasi sama malah berjalan keluar dengan ego.
"Dia sebaliknya tenang menunggu di meja hampir empat puluh minit. Empat hari kemudian dia datang kembali. Sejak itu diak kerap datang sehingga seminggu sekali malah kadang-kadang dengan ejennya, Jorge Mendes."
Ronaldo terpaksa menjalani kuarantin lebih dua minggu selepas positif koronavirus bulan lalu. Namun selepas kembali beraksi dengan menjaringkan dua gol untuk Juventus pada Ahad lalu, dia tidak ragu-ragu mahu menikmati hidangan di Casa Fiore.
Fiore menambah: "Saya jangka dia akan datang minggu ini, mungkin selepas aksi Liga Juara-Juara.''




Sumber : www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2020 09:52 AM | Show all posts
Tak ramai orang dah berjaya bersikap macam ni. Sebab tu ramai orang sayang dengan cr ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.080625 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list