CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2111|Reply: 2

BELANJAWAN 2021 (SUMMARY)

[Copy link]
Post time 7-11-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by adila39 at 7-11-2020 10:51 AM

Salam semua...

BELANJAWAN berkaitan EKONOMI for your reference. Tell us, what do you think?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
*Intipati Belanjawan 2021- Ekonomi*

1. Bantuan Khas Kewangan *RM600* untuk kakitangan awam Gred 56 ke bawah dan *RM300* bagi pesara dan veteran tidak berpencen.

2. Pembayaran _one-off _ *RM500* kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.

3. Elaun lebih 1,900 Pegawai Bomba Bantuan dinaikkan daripada RM6 kepada *RM8 sejam*

4. RM30 juta untuk pemberian *e-rebate RM200* bagi pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.

5. *RM20 juta* untuk penggajian lebih 500 bekas tentera dan polis serta Orang Asli di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti

6. *RM5.1 bilion untuk Sabah* dan *RM4.5 bilion untuk Sarawak* bagi membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

7. *RM2.5 bilion* untuk kontraktor kelas G1 hingga G4 jalankan projek kecil dan sederhana termasuk *RM200 juta tambahan* bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan *RM50 juta* bagi penyelenggaraan rumah PPR

8. Kerajaan melalui MARA sediakan *RM50 juta* akses pembiayaan kepada kontraktor pembinaan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).

9. *RM15 bilion* untuk projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama.

10. *RM780 juta* diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan di lima koridor wilayah pembangunan ekonomi.

11. Projek Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura dan MRT3 di Lembah Klang akan *diteruskan*. Projek High Speed Rail atau HSR juga akan diteruskan, tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan Singapura.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 7-11-2020 10:52 AM

*Intipati Belanjawan 2021- Kelangsungan Perniagaan*

1. *RM1 bilion* bagi menggalakkan *pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi.* Juga *Dana Teknologi* *Tinggi* sebanyak *RM500 juta* oleh Bank Negara Malaysia bagi menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi.

2. *Skim Pembangunan Nasional* bernilai *RM1.4 billion oleh Bank Pembangunan Malaysia* bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan.

3. Pelanjutan Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam sehingga 31 Disember 2023. *RM500 juta* dikhususkan untuk *usahawan Bumiputera* .

4. *Bantuan PKS* yang terkesan melalui *Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar bernilai RM2* billion di bawah BNM melalui pinjaman daripada institusi perbankan.

5. *RM400 juta* untuk tujuan *R&D* bagi menyokong perkembangan sains dan teknologi.

6. RM10 bilion  jaminan ditingkat di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (Jumlah RM 35 bilion). RM 2 bilion diperuntukkan khusus kepada usahawan Bumiputera.

7. *RM3 bilion* jaminan di bawah *Skim Jaminan Prihatin* Danajamin untuk syarikat yang terlibat dalam industri berkemahiran tinggi.

8. *RM1.2 bilion* pembiayaan *kredit mikro* disediakan melalui TEKUN, PUNB, BSN dan lain-lain.

9. *RM1 bilion Skim Transformasi Pendigitalan Industri* untuk merancakkan aktiviti pendigitalan dan automasi

10. Program latihan dan penempatan semula bagi 8000 kakitangan dari syarikat penerbangan. *Peluang pekerjaan* kepada *500 orang komuniti setempat* dan *Orang Asli* sebagai jurupandu pelancong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.084286 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list