CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13126|Reply: 101

Siti Elizad Keguguran. Bertabahlah sis..

[Copy link]
Post time 9-11-2020 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Siti Elizad keguguran

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 36, akur dengan ketentuan Yang Maha Esa apabila mengalami keguguran, baru-baru ini.

Siti Elizad yang menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu berkata dia hanya dapat merasai perasaan wanita hamil buat seketika.


"Allah bagi nikmat rasa jadi ibu itu pada minggu lepas. Tapi, Dia dah ambil balik. Terjentik sungguh 'rasa' itu.

"Dimaklumkan hamilminggu lepas. MasyaAllah, dia punya gembira tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan bleeding alami pendarahan. Tak tau nak gambarkan perasaan macam mana dan terduduk seketika," katanya.

Enggan mengalah dengan mudah terhadap usaha dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat sendiri,  Siti Elizad berkata mungkin belum rezeki lagi. "Tak mengapa, Insha-Allah ada rezeki lain. Husnuzon. Bersangka baik. Saya takkan pernah berputus asa. Saya akan selalu positif dan teruskan berdoa.

"Kepada doktor, kita akan jumpa lagi pada Januari 2021. Terima kasih juga kepada semua yang banyak beri sokongan dan doakan terbaik dalam perjalanan saya ini," katanya.

Sementara itu pada entri di Instagram Story, Elizad memohon maaf kepada rakan-rakan yang menghubunginya kerana tidak menjawab panggilan termasuk membalas kiriman mesej mereka.

Katanya, bagaimanapun sekarang dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.

Apapun, Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.

Siti Elizad bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Bagaimanapun, selama lima tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kredit : Norhayati Nordin ([email protected])





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah, kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 12:57 PM | Show all posts
takziah.. semoga ada rezeki lagi nanti... insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
allahu.. cuba lagi insyaAllah ade rezeki lain t.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... semoga memperolehi cahaya mata...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah Elizad..sedih baca..
semoga ada rezeki lg lain kali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah, semoga dia diberikan rezeki cahayamata lepas ni. Aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:16 PM | Show all posts
kena bed rest kot elizad ni..
macam kawan Ash. tak leh ke mana2 walaupun ke toilet sbb rahim tak strong..
kena baring jer...mandi, kencing berak semua buat atas katil.
alhamdulillah dapat gak sorang anak tp jenuh la baring jer...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah Elizad. Semoga cepat dapat kekuatan semula.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:24 PM | Show all posts
kesiannya ejad. cuba lagi yea. selalu nampak dia ni excited komen kat ig retis2 yang pregnant. mintak doakan dia pregnant juga. semoga ada rezeki untuk ejad. ada masa lagi baru 36 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah stay strong
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:28 PM | Show all posts
AshkieLa replied at 9-11-2020 01:16 PM
kena bed rest kot elizad ni..
macam kawan Ash. tak leh ke mana2 walaupun ke toilet sbb rahim tak st ...

ya betul tu

macam ctdk jugak kan

ctdk wat ivf takk g mana2..just duk  dlm rumah je

tgok elizad dia aktif sgt...keluar g kerja..makan2 kat luar
maybe dia kena duduk je kat rumah cam ctdk tu
tapi maybe dia sejenis tak reti duk diam..sejenis satu hari tu kena keluar gak

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 9-11-2020 01:28 PM
ya betul tu

macam ctdk jugak kan

Kena berkorban la kalau nak anak
Semoga dia cepat sihat & dikurniakan anak selepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:37 PM | Show all posts
boongalalang replied at 9-11-2020 01:34 PM
Kena berkorban la kalau nak anak
Semoga dia cepat sihat & dikurniakan anak selepas ni

yup
memg dia berkorban kena suntik jaga makan

tapi iols tgok dia aktif bergerak...dan suka gelakkk
ingat lagi ibu2 ivf cerita cam ct cerita
ivf ni sush
tak leh g mana2
tak leh nyanyi bergerak aktif keluar bagai
kena duduk je..tu pengorbannan
tapi maybe jugak elizad kerja kan nak cari rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang sedih gak.. baca td rasa nak nangis sbb faham perasaan dia yg berkeinginan nak ada anak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2020 01:43 PM | Show all posts
kesiannye.. moga ada rezeki anak kali kedua nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry la knp dia ni x rehat.asyik kerja ke.  Org lps treatment rehat. Dia lps treatment ivf masa proses masuk kan benih tu dia blh g kerja lps tu. Korban la kerja tu. Duit banyak kot dia ni. Ni semua kerja dia nak
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn sedih... kakak aku buat IUI bnyk kali.. IVF kali ketiga baru berjaya dpt kembar...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:51 PM | Show all posts
takziah elijad, mna taunnt terus allah bagi kembar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.505813 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list