Jika namanya peminat fanatik, apa sahaja berkaitan artis pujaan akan diidolakan. Begitu juga dengan Raja Rock & Roll, mendiang Elvis Presley yang sehingga ke saat ini, menjadi sebutan jutaan peminatnya.
Terbaharu, peminat setia Elvis, Tom Unwin, 75, dari Britain mahu menjual rambut penyanyi lagenda tersebut dengan harga £6,000 (RM32,506).
foto : Redferns
Menurut Daily Star, Unwin turut mahu menjual raket tenis Elvis bersama-sama dengan rambut yang nilainya dianggarkan £12,000 (RM65,106).
Menceritakan kembali, rambut tersebut sebenarnya disimpan tukang gunting popular, Homer Gilleland. Setiap kali Elvis menggunting rambutnya, Gilleland akan menyimpannya di dalam beg plastik. Sehinggalah Gill bersara, dia menjual rambut mendiang kepada peminat fanatik dan kelab peminat Elvis Presley. Ianya dilekatkan pada kad bagi mengingatkan rasa sayangnya kepada mendiang.
foto : Hansons
"Saya peminat fanatik Elvis sejak umur 15 tahun lagi. Semua berkaitan Elvis akan saya simpan. Saya pernah ke rumahnya di Graceland, Memphis, Tennessee dan bertemu isterinya Priscilla Presley."
foto : Hanson
Bagi Unwin, rambut Elvis sangat memberi impak kepada dunia. Dengan fesyen rambutnya yang tidak pernah dibuat ketika itu, Elvis sebenarnya telah mendahului zaman. Kerana Elvis, salun rambut lelaki pertama dibuka di Hollywood.
"Saya menjualnya sekarang kerana sudah puas memiliki koleksi tersebut bertahun lamanya. Kini, saya mahu orang lain pula menikmatinya."
foto : Stuff.co
Siapa peminat Elvis Presyley? Sanggup membelinya? - CARI |