CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36320|Reply: 27

Pengumuman : Thread baru tak perlu gabung dengan thread lama yang topik/isu berbeza

  [Copy link]
Post time 13-11-2020 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera,

Memandangkan masih lagi ada rungutan dari forumer bodgos mengenai kebanjiran thread baru dan berkenaan seseorang artis kerap dibuka setiap hari, sekali lagi ulang tayang mengenai peraturan yang telah admin maklum kan tahun sebelum ini di bod gosip. Mungkin ramai terlepas pandang. (ntah mana pergi thread lama pasal rules ni)

Jangan gabung semua topik baru dalam 1 thread (berkenaan artis yang sama) sampai seratus page jika topik berbeza. Tolong asingkan.

Budaya ini mungkin diamalkan sejak bertahun-tahun dulu diforum ini tetapi seiring peredaran masa, kita terpaksa ubah cara dengan tidak menggabungkan semua thread atas beberapa sebab :

1. Tak perlu nak belek berpage-page untuk baca topik baru, ia menyukarkan untuk cari topik terbaru pada hari ini terutamanya pada newbie.  (ini kerana sejak dulu lagi memang pembuka thread mahupun mod tak rajin nak tukar tajuk baru walaupun dah diberitahu berkali-kali. Jadi kita putuskan tak benarkan lagi tukar tajuk untuk sambung update pelbagai topik dalam 1 thread sahaja.

2. Kita dapati banyak thread yang sudah hampir setahun pun masih aktif sambung dalam thread sama. Ini tidak bagus untuk perkembangan forum kerana secara teknikalnya, sistem tidak dapat kesan thread terbaru di sini dan pembaca yang bukan forumer tegar bod gosip atau newbie tidak tahu akan kewujudan topik/thread baru kerana tajuk masih kekal topik yang lama.

3. Pengasingan thread juga amat penting untuk memudahkan urusan teknikal. Sebagai contoh thread akan terus dishare setiap hari ke facebook rasmi Cari dengan cara 1 thread dan 1 topik saja untuk setiap post. (semestinya tajuk tidak boleh diubah-ubah kerana akan mengelirukan pembaca).

4. Kita hanya boleh "generate" thread forumer ke halaman portal Cari sekali sahaja. Jadi kalau ubah tajuk kita dah tak boleh generate lagi ke portal jika guna thread yang sama atau thread tersebut ada "poll". Tujuan generate thread forum untuk elak thread ulangan dari wartawan jika kita dapati topik yang ingin kita buka di portal Cari (artikel) sudah ada di dalam forum.

5. Thread wartawan Cari tidak dapat diedit/delete/merge oleh moderator atas sebab (rujuk nombor 1, 2 dan 3). Ini kerana sudah banyak kes terjadi sebelum ini, kita sudah share link thread di Facebook Cari dan lain-lain social media kemudian moderator mendapat aduan dan yang tak sediamaklum dengan pengumuman kita ambil jalan merge thread wartawan atau pun thread forumer dengan thread forumer lain walaupun topik berbeza. Jadi bila ada yang klik link di Facebook atau socmed yang kita share automatik tak boleh access dan jadi error kerana link sudah bertukar ID jika dimerge.

Kita masih bagi access untuk tujuan merge hanya jika thread tersebut topik yang sama, bukan kerana artis yang sama. Harap maklum!

LASTLY. Jangan ambil pusing jika banyak thread baru yang berbeza topik dari wartawan Cari atau pun dari forumer kerana thread baru amat perlu untuk menyalurkan info terbaru dalam single thread selain untuk menaikkan page view forum. Bodgos perlu ikut cara bod ci (isu semasa), tak perlu keep update dalam satu thread sampai berbulan-bulan.

Forum ini masih bertahan sampai ke hari ini kerana sokongan anda semua dan juga page view.Jadi kalau page view semakin kurang kerana tiada topik baru, ini satu perkembangan tidak baik untuk forum Cari berdaya saing dan bertahan lebih lama kerana untuk maintenance forum memerlukan kos yang sangat besar setiap bulan.

Diharapkan semua jelas dan faham kenapa setiap topik perlu diasingkan. Ikut contoh mudah, di mana-mana portal atau page lain pun akan up artikel baru setiap hari walaupun pasal artis sama. Mereka tak akan gabung dalam artikel sebelumnya. Jadi tolong jangan campur aduk lagi semua topik dalam 1 thread lagi ya.

Mohon kerjasama dan sama-sama kita naikkan rating forum kesayangan kita untuk kekal relevan di dalam dunia maya yang penuh cabaran dan onak duri.


Sekian, jaga diri jaga SOP.




P/s : Admin akan stick thread ini dibod gosip, kalau ada lagi rugutan minta merge dalam thread 1 thread, tolong tag forumer itu di thread ini supaya dia pun faham apa yang kita sudah ubah.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah artis itu bernama N ( bukan nama sebenar) ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul juga sebab bila cari artikel dalam archives kita tengok tajuk2 bukan selam dalam page berpuluh2
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 04:29 PM | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 13-11-2020 04:15 PM
Adakah artis itu bernama N ( bukan nama sebenar) ?

dan M..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2020 05:02 PM | Show all posts
KIM.K replied at 13-11-2020 04:26 PM
Betul juga sebab bila cari artikel dalam archives kita tengok tajuk2 bukan selam dalam page berpuluh ...



bukan archives je, kalau asyik gabung dan ubah tajuk kita akan rugi page view sebab kalau sesiapa google search topik yang lepas-lepas memang tak akan jumpa dalam Cari sebab merge. Rugi trafik dah kat situ












Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang tu satu thread berapa ketui je komen. I prefer follow cerita dari awal continuously dalam satu thread. Tak pening kepala belek different thread.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2020 05:25 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 13-11-2020 05:09 PM
Kadang tu satu thread berapa ketui je komen. I prefer follow cerita dari awal continuously dalam sat ...



yang jadi banyak komen berpuluh page pun sebab update semua topik dalam 1 thread. Tapi masalah yang kita hadapi admin dah bagi dalam point-point atas tu, faham... forumer otai dah terbiasa baca dalam 1 thread je sebab kebanyakkan memang follow dari first thread dibuka tapi bagi newbie dan orang bukan forumer gosip tak semua suka baca komen sampai berpuluh page. ada je yang datang dari Facebook dan masuk thread sekadar nak baca tajuk, isi, komen sikit kemudian left cari topik lain pula.

kita perlu ubah demi perkembangan forum








Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa purata keuntungan forum cari ni selama sebulan ,min? Buat duit dgn iklan & views traffic aje ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatan juga untuk mod yg suka merge topik.. Menyampah plak nak kena belek satu-satu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka je baca dari 1 thread je cuma kalau laju sangat memang susah nak catch up tapi alah bisa tegal biasa la kannn...kalau asing2 thread macam sendu rasa
Apa2 jelah asalkan acik2 forum cari masih membawakan info2 juicy dan up to date, iol akan tetap berkuntum gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2020 12:36 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 13-11-2020 06:15 PM
Berapa purata keuntungan forum cari ni selama sebulan ,min? Buat duit dgn iklan & views traffic aje  ...



min tak tahu berapa






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2020 12:37 AM | Show all posts
miszclassique replied at 13-11-2020 07:23 PM
Suka je baca dari 1 thread je cuma kalau laju sangat memang susah nak catch up tapi alah bisa tegal  ...



terima kasih kerana memahami


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2020 04:17 AM | Show all posts
Edited by trunks at 14-11-2020 04:23 PM

saya sangat setuju semua rules baru yang Forum Cari buat ini.sebab akhir2 ini
ada penurunan tentang page views,saya rasa, sebab kurangnya thread baru
memang menyumbang dalam masalah ini.visitor2 baru yang masuk sini,memang
akan pergi ke new threads sebab nak baca 'cerita' baru gossip ke atau isu
semasa ke.bukan semua yang berdaftar di sini, ramai yang view sebagai
'tetamu' sahaja. harap Moderator di sini .lebih memahami rules baru ini

@friedfishsoup

@teky
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2020 02:31 PM | Show all posts
trunks replied at 14-11-2020 04:17 AM
saya sangat setuju semua rules baru yang Forum Cari buat ini.sebab akhir2 ini
ada penurunan tentang ...



betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 09:31 AM | Show all posts
haah saya pun tiada halangan untuk bersetuju...sbb payah laa nak update dlm thread yg sama.. dah tak tahu plak page brape..

so far sya tidak ade merge thread melainkan ada redundant dan juga pemrohonan dari pembuka thread...


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:29 AM | Show all posts
kalau topik baru dari wartawan cari tu bleh la paham gak..tapi kalau topik yg forumer lain dh bukak pon wartawan cari sebok nak bukak jgk..cmano tu min??
ke buat je peraturan biar wartawan cari je yg boleh bukak topik baru..dah hadap sgt nk bukak thread kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 11:30 AM | Show all posts
teky replied at 16-11-2020 09:31 AM
haah saya pun tiada halangan untuk bersetuju...sbb payah laa nak update dlm thread yg sama.. dah tak ...

yela tu teky
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 04:22 PM | Show all posts
Kasi chance la reputz nak jana RM3k sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 02:45 PM | Show all posts
topik semua sampah sarap..suami retis basuh pinggan la..suami tlg urut kaki la.. jubur die la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2020 02:51 AM | Show all posts
maxim replied at 16-11-2020 11:29 AM
kalau topik baru dari wartawan cari tu bleh la paham gak..tapi kalau topik yg forumer lain dh bukak  ...



kita memang sangat galakkan forumer buka thread tapi nampaknya wartawan cari lagi banyak buka thread. forumer ada je buka, tapi tak semeriah 2 ke 3 tahun dulu berlumba2 buka thread.sekarang lebih gemar sambung di thread lama.itu yang kita tak nak...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075138 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list