View: 8913|Reply: 89
|
[Tempatan]
Berhadapan pertuduhan meliwat remaja 15 tahun, Ariff Haikal teresak2 mohon mahka
[Copy link]
|
|
Teresak-esak mohon mahkamah beri jaminan
MyMetroMutakhir
Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my
Johor Bahru: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan meliwat seorang remaja berusia 15 tahun, Ahad lalu.
Tertuduh, Abang Ariff Haikal Abang Zaidel, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.
Mengikut pertuduhan, Abang Ariff Haikal didakwa sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan remaja berusia 15 tahun di ruang tamu sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira jam 5 petang, 8 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Nur Sulehan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 jika membenarkannya.
Bagaimanapun, hakim berkata beliau akan mempertimbangkan jaminan jika tertuduh membuat rayuan apatah lagi dengan keadaan penjara yang sesak dan penularan wabak Covid-19.
Tertuduh yang menangis teresak-esak kemudian memohon mahkamah memberikan jaminan dengan jumlah rendah kerana baru dibuang kerja tiga bulan lalu selain sudah insaf dengan perbuatannya.
Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan dua orang penjamin, perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali selain dilarang mengganggu saksi dan mangsa.
"Mahkamah harap kamu akan datang untuk sebutan semula kes kamu nanti sebelum jam 9 pagi selepas ini.
"Jangan beri alasan sakit perut, beri sijil sakit dan sebagainya. Mahkamah beri jaminan sebab percayakan kamu dan jangan sia-siakannya, " kata hakim.
Sebutan kes ditetapkan pada 15 Disember depan bagi penyerahan laporan perubatan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 10:42 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Muka nmpk budak baik2 ja
Syg ya dik Muda lg tu |
|
|
|
|
|
|
|
You're sorry cause you got caught je khenn
Kalau x, dgn budak ntah mana mana lg menala |
|
|
|
|
|
|
|
muka baik..ada rupa..syg betul..kalau muka mcm pecah rumah mmg kena carut jer bdk ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kau nak menala pun jgn lah dgn budak bawah umur..cari la rakan sebaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa cari mangsa budak2 lagi? Kat umah mana ni?
Mengikut pertuduhan, Abang Ariff Haikal didakwa sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan remaja berusia 15 tahun di ruang tamu sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira jam 5 petang, 8 November lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak 15 tahun tu repot ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm bodoh je Berita ni. X tau ujung pangkal. Ruang ramu rumah Sapa kejadian berlaku. Apa hubungan tertuduh dgn mangsa.
Mangsa laki ke perempuan. Seriously sampah Berita mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa nak buat jahat tak beringat dah jadi baru kata dah insaf macam baca skrip je. |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 15-11-2020 12:08 PM
@Kurex ke ni?
Muka ada iras sikit, kakak |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dijauhkan dari keturunan kita berperangai seperti ini. |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 15-11-2020 12:13 PM
You're sorry cause you got caught je khenn
Kalau x, dgn budak ntah mana mana lg menala
I second you |
|
|
|
|
|
|
|
Takdanya nak taubat la geng gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry i skeptical...tp klu dh terjebak bleh insaf ke uols??? Klu x kna repot n kna tangkap, x insaf ke mcm mna? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni suka sama suka rasanya ni.. Tapi sebab bawah umur, dikira macam kes rogol juga kan? Ke macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
sian heols tak reti bertinder or wechat kot... |
|
|
|
|
|
|
|
tu la... kalau @Themilo takde boleh je pass kat kurex kan.. jangan kata kat ruang tamu... kat tepi semak pun boleh choiiii
|
|
|
|
|
|
|
| |
|