Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
10417
View
128
Reply

Ramai Tertanya-Tanya Filem Lakonan Mawar Rashid Sehingga dinobat Pelakon Filem Wanita Popular

[Copy link]

Author: BarbiePink    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-11-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BarbiePink at 15-11-2020 01:07 PM

Selain penyanyi Haqiem Rusli yang telah berjaya merangkul Bintang Paling Popular di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) malam tadi, terdapat satu lagi keputusan yang menimbulkan persoalan.

Ia berikutan keputusan mengenai Pelakon Filem Wanita Popular yang diraih oleh Mawar Rashid sehingga membuat ramai tertanya-tanya mengenai filem lakonannya.

Menerusi carian yang dibuat di internet, Mawar Rashid sebenarnya pernah membintang sebuah filem berjudul Bu Kasih Suci yang diarahkan oleh seorang pengarah wanita iaitu Jeany Amir dan ditayangkan pada tahun lalu.

Dalam filem tersebut, Mawar membawakan watak sebagai Diana seorang wanita bekerja yang bercadang menangguh rancangan kehamilannya untuk menumpu kepada kerjayanya.

Walaupun mendapat sokongan suaminya, Zack (Iedil Putra), ibu mentua Kak Mah (Dian P. Ramlee) tidak setuju kerana ingin menimang cucu lebih awal.

IMG_20201115_125509.jpg
IMG_20201115_125455.jpg

Bagaimanapun, filem berkenaan gagal mendapat sambutan di pawagam apabila hanya meraih kutipan sekitar RM21,000 sahaja.

Meskipun ada yang cuba mempertikaikan kemenangan Mawar, namun harus diingat bahawa pemilihan pemenang ABPBH adalah dibuat berdasarkan undian daripada para peminat.


Jadi, ia tidak seharusnya menjadi persoalan memandangkan Mawar sendiri pastinya mendapat undian terbanyak peminat-peminatnya sehingga dia muncul sebagai pemenang kategori berkenaan. C KopiPlanet.com

  


IMG_20201115_125548.jpg
IMG_20201115_125532.jpg
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 15-11-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hero filem ni bamwemy
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-11-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Mawar Rashid mencipta kejutan apabila memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Mawar atau nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid meleburkan harapan pelakon popular wanita lain seperti Mira Filzah, Nur Fazura, Nabila Huda dan Erra Fazira.


Ini adalah kemenangan sulung Mawar di pentas ABPBH selepas beberapa kali tercalon.

Mawar yang sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan usahawan, Raf Yaakob mula berhijab sejak sambutan Maal Hijrah, Ogos lalu.

Pada awal pembabitannya, dia pernah digelar 'Mawar GST', ketika bersaing pada program pencarian Dewi Remaja, kira-kira lima tahun lalu.

Antara drama lakonan Mawar adalah Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet selain filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Bu, Kasih Suci.

"Syukur, Alhamdulillah, saya sebenarnya dalam industri ini ada jatuh bangun. Bagaimanapun, saya terharu kerana ini kali pertama dalam tempoh tujuh tahun dalam industri, saya menang anugerah.

"Saya sangat sebak kerana kemenangan ini adalah disebabkan peminat yang tidak jemu menyokong saya.

"Bagi saya, trofi ini sangat bermakna. Saya berhasrat untuk mengembangkan bakat yang ada, seterusnya membina nama dalam industri.

"Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan yang sekarang sudah tujuh bulan. Doakan saya ya.

"Terima kasih kepada peminat yang undi Mawar, TV3 dan rakan media," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakimuvee bagi 9/10 bintang ok mubie ni.. Dia review bulan April lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Merepek repek anugerah thn ni... dik hakim je aku puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:25 PM | Show all posts
baik bagi kat dian p ramlee jah atau wan maimunah...
tapi anugerah ni dah jadi anugerah syok sendiri khennn?
sooo sooo? macam anugerah meletop jugak la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm...peminat ramai smpai boleh undi jota2 tp xsupport movie retis kesayangan ker?smpai kutipan cuma 21k je?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:31 PM | Show all posts
Ke undi diri sendiri je ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 15-11-2020 01:26 PM
Erm...peminat ramai smpai boleh undi jota2 tp xsupport movie retis kesayangan ker?smpai kutipan cuma ...

Pelik kan
Ituler dunia retis
Penuh kedustaan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:37 PM | Show all posts
hasniey replied at 15-11-2020 01:26 PM
Erm...peminat ramai smpai boleh undi jota2 tp xsupport movie retis kesayangan ker?smpai kutipan cuma ...

tu la... ada yang sampai peminat boleh kutip 700 juta undian takkan filem mael totey lagi banyak kutipan sskjp dari terengganu sampai ke songkhla (senggora) tu berapa je... ni yang bertapak di malaysia sendiri kutipan suam2 kuku...

entah2 tahun ni kutipan tiket tak dapat kutip sebab pkpb, nak bayar event tak cukup jadi ada la hulur2 di belakang
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-11-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 15-11-2020 01:25 PM
baik bagi kat dian p ramlee jah atau wan maimunah...
tapi anugerah ni dah jadi anugerah syok sendir ...


Chouls Tak muntah ke
Baca statement suami sheols
Iols tepek ya

IMG_20201115_133407.jpg
IMG_20201115_133417.jpg
IMG_20201115_133433.jpg
IMG_20201115_133446.jpg
IMG_20201115_133459.jpg
IMG_20201115_133533.jpg

Bila msa sheols
Jatuh bngun dlm industry
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak komen cantikla dia dressing dan tudung pon kemas je. Pesen tdung cmne ni dia pakai? Sapa tau pm me please
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Award pun asal boleh..pemenang pun asal boleh lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon Filem Wanita Popular- Mawar Rashid
Pelakon Filem Lelaki Popular - Zahiril Adzim

Persamaan : Filem dorang tahun 2019 tak mendapat sambutan. Iols ingatkan Zahiril Adzim tercalon melalui Filem One Two Jaga tapi filem One Two Jaga pada 2018.

Tetapi, masyarakat / netizen tak pertikaikan kemenangan Zahiril Adzim sebab Kualiti lakonan Zahiril A+++. While, Mawar jarang keluar drama/filem dan lakonan Mawar tak memberikan impak kepada netizen.

Rasa macam tak best pulak bila Filem kepada pelakon Filem wanita/lelaki popular tak mendapat sambutan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarkan ajelah dah ada pengundi dia menanglah. Dah konsepnya gitu. Dah peminat si fazura dok senyap aje membelek muka fatema hari hari bukannya nak ngundi.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-11-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BarbiePink at 15-11-2020 01:58 PM
annadonna replied at 15-11-2020 01:48 PM
Biarkan ajelah dah ada pengundi dia menanglah. Dah konsepnya gitu. Dah peminat si fazura dok senyap  ...


Masalahnya chouls
dia menang sebab under nizer je
Artis lain bkn fans tak undi
Tp mana2 artis under nizer ni
Kaw2 deyols kasi menang
Sejarah dh membuktikan
Walaupun sbnarnya nan hado
& bkn ramai supporter pun

Tak apalah rezeki dier
Walaupun........

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
BarbiePink replied at 15-11-2020 01:56 PM
Masalahnya chouls
dia menang sebab under nizer je
Artis lain bkn fans tak undi

Nak buat lagu mana dah tv3 benarkan kaedah macam tu. Menang loteri la depa
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
BarbiePink replied at 15-11-2020 01:40 PM
Chouls Tak muntah ke
Baca statement suami sheols
Iols tepek ya

Among those adik beradik yg buat aku geli & menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
BarbiePink replied at 15-11-2020 01:40 PM
Chouls Tak muntah ke
Baca statement suami sheols
Iols tepek ya

Puihhhhnyaaaaa... heolls adik beradik memang sejenis manje2 bini ke hapeee.... seko panggil adik, seko nih panggil anje... puihhhhh GTHHH!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
BarbiePink replied at 15-11-2020 01:56 PM
Masalahnya chouls
dia menang sebab under nizer je
Artis lain bkn fans tak undi

Nizer ni padia? nama syarikat ke..dari hari tu porumer nizer nizer...tapi apa benda sebenarnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list