CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2987|Reply: 6

Nak Pakai Pelitup Muka, Tapi Tetap Mahu Tunjuk 'Muka'... Ini Penyelesaiannya!

[Copy link]
Post time 17-11-2020 03:23 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki ini memakai pelitup muka yang ditempah daripada Roriz, namun sekali pandang seperti langsung tidak memakai apa-apa yang menutup mukanya. -Reuters



RIO DE JANEIRO: Jorge Roriz, 65, sudah lama menggunakan kemahiran seninya untuk mencipta dunia magis, terutamanya dalam sambutan kebudayaan Carnival Rio de Janeiro yang diserikan kostum berwarna-warni serta kenderaan berhias.

Kini, dalam musim pandemik koronavirus yang belum berakhir, dia memanfaatkan bakat seninya untuk menghasilkan pelitup muka yang tidak 'menutup' ciri-ciri wajah pemakainya, sebaliknya kelihatan mirip wajah asal.

Roriz yang ditemui Reuters di studio seninya dilihat tekun melukis gambaran hidung dan mulut serta sebahagian daripada pipi dan dagu, yang ditutup kepingan pelitup muka pemakainya.



Untuk mencapai matlamatnya, pelanggan yang menempah akan memberi gambar wajah mereka menerusi telefon pintar, lalu cuba meniru semula menggunakan calitan berus dan cat khas.

"Saya menggunakan pelitup muka ini dengan tujuan tidak mahu kehilangan identiti," ujarnya yang turut memakai pelitup muka menyamai warna kulit, bentuk mulut, serta ciri khas pada wajahnya sendiri, seperti misai putihnya.

Semua pelitup muka yang dihasilkannya begitu popular dalam kalangan pelanggan yang juga sependapat dengannya - iaitu mahu menutup mulut dan hidung bagi melindungi diri daripada koronavirus, namun enggan menyembunyikan wajah.





"Sangat penting untuk orang ramai menjaga diri masing-masing. Pakai pelitup muka juga sangat bagus.

"Saya menerima banyak reaksi positif... mereka ketawa melihatnya.

"Sesuatu yang digunakan kerana kita dalam tempoh bersedih akhirnya membawa sedikit kegembiraan," katanya.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2020 09:08 AM | Show all posts
kalau wajah instapemes kena ikut muka tanpa make up atau muka 4 lapis bedak + filter? kang dari wajah gelap jd cerah tpksa plk buat 2 face mask.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 10:10 AM | Show all posts
siti musliha..
tak buat laa kot face mask gini
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 10:10 AM | Show all posts
Nak buat penyamaran pun boleh buat jugak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat us skrg bising cecikgu sana budak2 trend pakai mask geiter. Cover dr tekak sampai ke hidung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 05:16 PM | Show all posts
Tak minatlah macam ni lebih baik guna yang biasa lebih rahsia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2020 09:34 AM | Show all posts
Aku lg suka pkai mask biasa.. Biar org tak kenal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058535 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list