Edited by Kangkung1M at 18-11-2020 12:07 AM
Oh walaupon you sudah berubah hala serta memungkiri janji, i harap jangan ada benci antara kita. Jadikan thread2 kita dulu sebagai kenangan di sudut hati. Itu antara bait2 lirik lagu Jangan Ada Benci nyanyian Casey. Hehe gurau, saje nak usik you.
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan
Memang tidak dinafikan Hanis nampak wangi, kemas dan bersih. Hanis ni Che Ta Jr., bab fesyen memang sentiasa onz.
Lagipon Hanis ada personal stylist.
Sebab tu penampilannya ngetop persis model internationale.
Pasal Hanis menternak lipas tu memang benar, bukan rekaan semata iklan.
Memula Hanis up di IGS tanya camne nak basmi lipas yg berumah tangga di kediamannya sejak sekian lama.
Biasa la modus operandi artis, nak sesuatu benda secara free, mereka akan buat2 tanya di media sosial "eh mana nak beli ni ye, eh sape ada jual ni ye, eh i teringin nak makan, etc."
Dah la nak free, lepas tu demand nak customised "kiter nak camni, nak camtu." Huh...
Lepas tu berbondong la orang bagi free benda atau service yg artis tadi tanya.
Sambung citer lipas tadi, lepas Hanis tanya, ramai la yg reply beri tips camne nak hapus lipas.
So konsepnya di sini, sambil menyelam minum air. Bukan sahaja dpt service free, malah dapat juga income hasil review, kot?
|