View: 3282|Reply: 17
|
Wajah Tak Komersial, Tapi Bakat Nam Ron Dan Amerul Affendi ‘Mendunia’
[Copy link]
|
|
Nam Ron dan Amerul Affendi antara anak seni yang sering menjadi pilihan rumah produksi perfileman yang dahagakan ‘seni’ lakonan mereka. Biarpun langkah awal mereka agak sukar atas faktor komersial namun kesungguhan membuktikan bakat mengatasi segalanya, kerja yang dipersembahkan perlahan-lahan membuahkan hasil.
Tanpa wajah komersial, tidak bermakna dua figura ini kosong bakat. Pada waktu sama, faktor kurang daya penarik, rupa paras khususnya menjadi penyebab peluang untuk mereka muncul membawa watak utama dalam naskhah televsisyen agak terbatas.
Isu berkenaan bukanlah perkara lapuk, malah ketetapan tidak rasmi stesen televisyen yang menilai jumlah pengikut pelakon dalam akaun laman sosial sebagai syarat pemilihan pelakon, dilihat seolah-olah telah ‘membunuh’ bakat pelaku seni berbakat besar di negara ini.
Dua bintang itu antara yang sering menjadi mangsa ‘kekejaman’ pihak berkepentingan yang sengaja mengugurkan nama mereka atas alasan tidak kacak. Bukan sekali dua mereka meluahkan kekecewaan, namun senario tersebut masih belum bertemu penamat.
Foto: Kosmo
Amerul, 34, pernah meluahkan kekecewaan apabila dimaklumkan pihak produksi bahawa namanya terpaksa digugurkan kerana tidak menepati syarat sebuah stesen televisyen.
“Julai lalu saya ada suarakan keluhan dalam Twitter mengenai jumlah pengikut Instagram saya yang tak sampai 500,000. Itu jumlah yang katanya pihak stesen televisyen mahukan kalau nak berlakon dalam produksi mereka.
“Saya sengaja membuat luahan itu sebab mahu lihat perubahan. Sampai bila mereka (televisyen) akan berpandukan jumlah angka pengikut media sosial seorang anak seni berbanding menilai dari sudut bakat?,” soalnya.
“Luahan itu bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata, tetapi untuk generasi akan datang yang akan keluar dari pusat pengajian atau pun yang betul-betul nak jadikan lakonan sebagai kerjaya.
“Alhamdullilah, selepas bersuara, ada segelintir pihak mula terbuka mata. Mereka juga sedar keadaan industri. Bahkan, orang dalam industri seperti produser pun sudah mula nampak bahawa khalayak sebenarnya pandai menilai bakat pelakon.
“Penonton sudah semakin bijak dan mereka mula minta cerita yang bagus untuk tayangan televisyen atau pawagam. Sudah tidak ada stigma ‘berkiblatkan’ jumlah pengikut Instagram kononnya itu tanda penerimaan peminat,” ujar bintang filem One Two Jaga itu lagi.
Anak kelahiran Temerloh, Pahang itu enggan peduli jika satu hari nanti profesionnya sebagai pelakon akan hilang daripada radar ingatan orang.
Foto: Kosmo
Sejak terjun ke bidang agrikultur tiga tahun lalu, Amerul meletakkan kerjaya baharunya itu sebagai keutamaan.
“Saya pilih bidang itu sebab ada tanah yang boleh diusahakan untuk membuahkan hasil. Buat masa ini saya sedang usahakan penanaman pokok kelapa dan kelapa sawit, penternakan kerbau serta ikan patin sangkar. Semuanya dilakukan di Temerloh.
“Saya tak kaya tetapi bersyukur boleh menampung apa yang patut dibayar. Saya kerap berada di kampung sebab semua kerja dilakukan sendiri dan hanya hari minggu masa untuk bersama keluarga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
“Saya tiada pekerja tetap, hanya gajikan orang kampung untuk mesin rumput jika perlu.
“Saya okey dan tiada masalah kalau orang lupa bahawa saya seorang pelakon. Rasanya selepas ini, saya akan cakap pertanian dan penternakan sebagai fokus utama, manakala lakonan sekadar hobi.
“Sebaiknya begitulah sebab itulah cara saya menghindar daripada terus kecewa dengan industri,” katanya yang tidak meletakkan darjat apatah lagi berasa kerdil bergelar petani dan penternak.
Beralih kepada lelaki bertaraf ‘abang’ kepada Amerul, pada usia 50 tahun, tiada yang terlewat buat Nam Ron.
Mencanai portfolio anak seni profesional pada usia sebegitu matang, bintang yang pertama kali diperkenalkan sebagai hero filem menerusi Paloh itu kekal relevan dan menjadi rebutan rumah produksi.
Di sebalik keampuhan bakatnya, Nam Ron atau Shahili Abdan juga pernah menjadi mangsa ‘kezaliman’ tuntutan komersial.
Mengulas lanjut persoalan berkenaan, pelakon filem Redha itu berasa tersisih hanya ketika awal kemunculan dalam industri sebelum membuat keputusan untuk terlibat secara sepenuh masa.
“Saya masuk industri sepenuh masa pada 2010. Ya, jujurnya memang ada rasa tersisih pada lima tahun pertama penglibatan. Saya kurang diberi perhatian dan disisihkan mungkin sebab bukan kerjaya utama ketika itu.
“Tetapi bermula 2016 dan seterusnya, situasi semakin berubah dan semua kembali normal mungkin sebab lakonan kini menjadi karier tetap saya.
“Alhamdulilah, okey dan perasaan tersisih sudah tiada,” bicaranya.
Kata orang, sebut sahaja nama Nam Ron, pasti watak berat akan menjadi ‘makanannya’.
“Saya suka lihat semua watak yang ditawarkan sebagai berat. Mungkin watak berat mudah bagi orang lain tetapi berat untuk saya dan begitulah sebaliknya.
“Garapan skrip yang bagus juga memberi kredit terhadap keberkesanan kerja seseorang pelakon. Secara automatik hasil lakonan akan jadi bagus kerana watak ditulis dengan baik. Nak kata rasa bangga, saya lebih berasa syukur. Mungkin Tuhan bagi rezeki tawaran banyak yang ke arah watak berat.
“Saya pernah dapat watak kena bercinta tetapi ditolak dengan baik kerana rasa tak logik pula dengan perwatakan saya yang perlu melakonkan adegan jatuh cinta.
“Sebelum tolak, saya akan minta produksi huraikan dulu watak tersebut dan kalau boleh beri jawapan masuk akal, baharu saya setuju tetapi kebanyakkannya terpaksa ditolak.
“Saya bukan memilih sangat tetapi perlu pastikan tawaran itu betul-betul logik untuk dilakonkan. Sebab itu, saya banyak dapat tawaran daripada pembikin yang betul-betul mahu berkarya,” ungkapnya yang kini bergelar pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
Selain miliki persamaan anugerah fizikal dan aliran kesenian, Nam Ron dan Amerul kini berkongsi sebuah penantian dalam Mencari Rahmat. Sayangnya, rahmat yang ditunggu masih tergantung.
Mencari Rahmat sebenarnya filem sulung arahan Al Jafree Md. Yusop yang diilhamkan daripada naskhah The Importance Of Being Earnest tulisan Oscar Wilde.
Nam Ron tertarik membintangi filem tersebut kerana kelainan watak dan keunikan jalan cerita.
“Saya bawa watak Razak dan karakternya belum pernah dilakonkan sebelum ini. Naskhah berkenaan bawa sindiran dalam jenaka.
“Dalam filem ini pelakon memainkan peranan penting untuk menyampaikan jalan cerita. Asalnya karya itu dipersembahkan di pentas teater sebelum diangkat ke layar lebar,” katanya.
Amerul pula berasa lega apabila filem yang menjalani penggambaran tiga tahun lalu akhirnya akan menemui penonton di pawagam.
“Penggambaran hanya memakan masa selama dua minggu. Sebelum memulakan penggambaran kami perlu menjalani kelas latihan selama sebulan sebab skrip asalnya daripada teater kemudian diadaptasi ke lakon layar.
“Cabarannya, pelakon perlu berdialog panjang kerana kalau ikut cerita asal memang begitu.
“Saya harap yang baik-baik sahaja daripada penonton untuk memberi sokongan ke pawagam apabila Covid-19 sudah pulih sepenuhnya,” kata Amerul menutup perbualan.
Selain Amerul dan Nam Ron, Mencari Rahmat turut dibintangi Adibah Noor, Nadia Aqilah, Fauziah Nawi, Azman Hassan, Eric Fuzi dan Sharifah Amani.
Sudah dua kali tertunda tayangan, iaitu pertama pada 18 Jun dan yang kedua pada 31 Disember ini, Mencari Rahmat masih menunggu ‘rahmat’ untuk bertemu peminat pada tarikh yang akan diumumkan kelak. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amerul..lepas kau bersuara dapat job bukan sebab kau bersuara pendalat tu..
Tp sbb kau bersuara orang perasan kau, kena ada cerita dan dari situ follower kau meningkat dan dari situ org amek kau..
Usaha bakat je tak guna skrg..kena usaha bg ramai peminat sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka tgk dedua ni berlakon. Ensem lah jugak, berlakon tak kayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa depa ni mmg tak komersial tapi ada karektor. malangnya kebanyakan produksi kat tanah melayu ni lebih pentingkan rupa paras.
Pelakon2 korea yg A-list pun bukanlah semua muka hensem siap, tapi acting mmg top notch, eg Ha Jung Woo, Hwang Jung Min, han Suk Kyu. Muka pakcik2 je. Dorg lebih dihargai sebab bakat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah sekarang suka amik pelakon lelaki muka berdebu.. Kok ditepuk leh jerebu 1 Malaysia ni... Bagi kakyung hensem je diorang ni... Pada kelas tersendiri laa.. Kang ade lak kata macam ni hensem ke?? {:handsome |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 18-11-2020 10:37 AM
Rupa depa ni mmg tak komersial tapi ada karektor. malangnya kebanyakan produksi kat tanah melayu ni ...
Kan, Korean A-listers muka pakcik2 semua yg weols tengok dlm filem. |
|
|
|
|
|
|
|
I rather see their movies dr tgk Remy Ishak dan Zul ripin pegang perempuan sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
muka cam dorng ni selalu klu citer gaduh2, citer genster2 baru la laku.. klu citer cintan cintun mmg susah la production nak ambik.. tp nam ron ni belakon citer kampung ppl baru ni pn ok gak..xde la citer serius jek sepanjang masa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Linda Hunt...ketot(1.45m)..tua(75taun)...boleh saja pegang watak director berwibawa ncis la...hetty.M eredith Eaton...orang kerdil(1.22m) boleh jgk pegang watak penting dlm siri tv macgyver....... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg minat namron dan 6 pax beliyau |
|
|
|
|
|
|
|
Bakat Namron ni memang dari dulu boleh nampak dari lakonan arahan Adman Salleh. Orangnya very respectful, yang Amerul tu kalau berlakon real sesangat. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk jenis cerita la..dah sah2 jadi hero citer cintan cintun x sesuai..i xtau la uols kat sini mcamana, tapi i turn off nak tgk yer kalu pelakon lelaki even berbakat besar sekali pun, bibir hitam gigi karat..zamarul hisham n namron ni antara yg buat I turn off..btw,bukan kat malaysia je la pilih2 rupa ni..apa kat Hollywood sana tak pilih2 rupa ke? Kalu x, napa filem Mission Impossible diorg amik Tom Cruise jadi hero, tak amik Willem Dafoe? Cuma nasib baik Hollywood tu industri nye besar, so yg muka so2 tapi berbakat banyak la peluang berlakon banyak filem.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi NamRon dah ensem kan sekarang ni... lepas buat pembedahan plastik kat Cuba hari tu.... dah jadi pujaan gadis2 Malaya....
|
|
|
|
|
|
|
|
PR dengan marketing pun kena bagus jugak. Ramai je yang takde lah berupa kacak atau cantik sangat tapi ada peluang mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
kodi rasheed boleh je jadi pelakon utama cite hantu ngan diana danielle aritu..rupa tu nombor 2 la, yg penting penampilan dan attitude kau tu jaga la sikit asyik2 nak main isu takde rupa xleh jadi hero..hehh! |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... muka berdebu ko bagi eh kakyung...
|
|
|
|
|
|
|
|
Amerul ni ensemmm apee blakon pon naiss |
|
|
|
|
|
|
|
namron ni aku selalu teringat drama apa ntah. dia taksub dgn sorg ustaz temberang, zaidi omar. siap bwk balik ustaz tu menumpang umah dia. ustaz temberang tu dok usha2 bini pun x perasan.
last2 namron nampak sendiri zaidi tu miang dgn bini dia. ustaz tu kantoi cakap, bini ko ada jin.. puhh.. puhh dia tiup. namron cakap puhhh..puhhh kepala bapakkk kauu!! time ni berdekah2 aku gelak.
si amerul ni selalu aku nampak dia mcm org siam kulit gelap.. sbb lakonan bunohan tu melekat dlm kepala aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|