CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4316|Reply: 7

Upgrade to Ip 12 pro

[Copy link]
Post time 19-11-2020 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua . Ada sapa sapa tau tak berbaloi tak nak tukar kepada iphone 12 pro bulan december nanti?
Sekarang sedang pakai Ip XS MAX .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 02:25 AM | Show all posts
Edited by trunks at 20-11-2020 02:27 AM

wassalam.
kalau Iphone fans,jangan ragu2 nak tukar, kalau hobby tukar2 model
apa salahnya kan hehe tak kan nak guna model lama (ayat racun) ni


iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza saiz skrin dan saiz kamera



Selepas membentangkan tentang iPhone 12 dan iPhone 12 mini, majlis pelancaran Apple diteruskan pula ke versi Pro. Di sini, Apple mengekalkan nama yang serupa untuk dua model Pro iaitu iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Tetapi perbezaan kedua-dua model ini tidak hanya pada saiz skrin, malah di bahagian kamera. Ada sedikit berbeza.


Banyak pembaharuan di iPhone 12 juga terdapat di iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Antaranya ialah penggunan pemproses baru Apple A14 Bionic, sokongan rangkaian 5G dan pelindung skrin seramik di hadapan.


Saiz skrin kali ini lebih besar dari model tahun lepas, tetapi berjaya mengekalkan saiz badan yang sama. Ini kerana Apple mengurangkan bingkai di tepi untuk membesarkan lagi skrin. Skrin iPhone 12 Pro berukuran 6.1-inci manakala iPhone 12 Pro Max 6.7-inci. Ini adalah skrin paling besar dalam sejarah iPhone.

  • iPhone 12 Pro
  • i
  • Phone 12 Pro Max
Skrin ini masih menggunakan paparan OLED Super Retina XDR, tetapi kadar penyegaran tidak dinyatakan. Dijangka masih kekal 60hz. Badan telefon ini juga kini diratakan di sisinya, sama seperti iPhone 12. Tahap kekalisan air dan debu juga masih kekal IP68.
Sistem pengecasan magnetik baru Magsafe, turut terdapat di iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Ia juga masih menyokong pengecasan berwayar melalui port Lightning dan pengecasan wayarles Qi.
Persamaan kesemua model dalam keluarga iPhone 12 ini, adalah ketiadaan kepala pengecas dan fon telinga di dalam kotak. Apple hanya memberikan telefon dan kabel USB-C ke Lightning sahaja.
Apple kini memasang tiga kamera bersama satu sensor baru, di belakang siri Pro. Ia gabungan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP, kamera telefoto 12MP dan sensor LiDAR. Sensor LiDAR digunakan untuk mengesan jarak dengan tepat dan cepat, banyak digunakan di dalam aplikasi AR.
BACA  iPhone 12 & 12 Pro dijual di Malaysia pada 13 November, tempahan awal dari 6 November di Digi


Tetapi spesifikasi kamera ini sedikit berbeza. Sementara bukaan apertur di kamera utama sama F1.6, kamera ultra lebar juga sama F2.4, tetapi kamera telefoto berbeza. Di iPhone 12 Pro, aperturnya F2.0 dan jarak fokal 52mm, menjadikan zum optikal 2x dan zum digital 10x. Tetapi di Pro Max, aperturnya F2.2 dan jarak fokal 65mm untuk memberi zum optikal 2.5x dan zum digital 12x.




Perbezaan ini disambung apabila iPhone 12 Pro, menggunakan penstabil imej optikal (OIS) di kamera utama dan telefoto. Tetapi iPhone 12 Pro Max dilengkapi penstabil imej optikal “sensor-shift”, dikatakan memberi kestabilan yang lebih baik.
Selain Deep Fusion dan Night Mode Time Lapse, pengguna iPhone 12 Pro dan Pro Max akan menerima keupayaan Apple ProRAW. Ia membenarkan pengguna mengambil gambar dalam format RAW, memberikan ruang lebih luas untuk mengubahsuai gambar. Rakaman video Dolby Vision HDR turut disokong oleh iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, sehingga resolusi 4K 60fps.




iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu perak, kelabu, emas dan biru. Kapasiti storan pula di antara 128, 256GB dan paling besar 512GB.



Jualan iPhone 12 Pro akan bermula dari 23 Oktober di Australia, China, Jerman, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Manakala iPhone 12 Pro Max, akan mula dijual pada 13 November di negara yang sama.
iPhone 12 Pro dijual dari harga USD 999 manakala iPhone 12 Pro Max pula berharga dari
USD 1,099.






Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 12:23 PM | Show all posts
iP XS you tu berapa gb? Battery health? Ada masalah pape ke tak?

Kalau takde pape masalah dan keperluan, guna jelah dulu tunggu je next iPhone. Tak berbaloi tukar. I mean, memanglah iP 12 ni ada 5G tapi bukan boleh guna pun lagi. IPhone 2018 masih padu dan legit untuk diguna sekarang.

Tapi bagi mereka yang pakai iP 7 dan terdahulu (sebagai peranti utama)...yep, patut upgrade kalau taknak ada apa-apa masalah timbul. Probably caused by gradual updates of iOS/Apps features & compatibility.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:59 PM | Show all posts
cik_sssara replied at 4-12-2020 12:23 PM
iP XS you tu berapa gb? Battery health? Ada masalah pape ke tak?

Kalau takde pape masalah dan kep ...

ya betul tu,ada yang iphone 6s (kawan cerita) tak boleh update ios terkini
dan tak boleh install apps terkini2 juga..

lepas ni keluar pual model 13,sampi ke 100
yang saya nampak,banyak kepada untung nak lebih aje
specs agak sama kecuali ada 5G ni,betul pun,belum
meluas mana pun 5G tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 09:23 PM | Show all posts
baloi tk baloi..tgk keupayaan menguruskan kewangan...

& juga menguruskan perasaan gatal dlm hati
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 09:26 PM | Show all posts
trunks replied at 4-12-2020 01:59 PM
ya betul tu,ada yang iphone 6s (kawan cerita) tak boleh update ios terkini
dan tak boleh install  ...

1..cerita tk meluas lg..


2.. cerita telco mana2 pun tk diluluskan lg....pakai fon 5g pun mmg tk keluarkan fitur 5g kt setting kerana simm belum 5g lg...  katanya MCMC blum lulus lg... yg pasti celcom... tk tau la kalau telco lain...

tunggu komen yg lain...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2020 10:07 PM | Show all posts
budaktua replied at 19-12-2020 09:26 PM
1..cerita tk meluas lg..

kena siasat call semua telco ni,sim kad 5G dah keluar ke belum
yang saya baca macam Digi,Maxis dan celcom macam ada
kalau ada pun coverage hanyalah dalam area tertentu saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by airisa at 10-1-2021 10:31 AM

5g still in phase of trial... yg skrg ni mostly Dah start launch VoLTE.. itu pun kalau celcom limited to iPhone users to certain model shj yg supported

I baru upgrade to iPhone 12 pro max .. tapi my iPhone 6 masih bekerja.. Tak sempat it support office utk configure etc.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.070464 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list